Wednesday, 6 May 2015

Shawl Ropol



Semakin hari semakin banyak pilihan fesyen shawl untuk dipakai. Semakin ramai yang pandai merekabentuk shawl sendiri, Kalau dahulu fesyen shawl terhad kepada beberapa jenis pattern sahaja tetapi kini tidak terbilang lagi fesyen shawl yang wujud di pasaran. Menambahkan lagi kemeriahan berfesyen di kalangan wanita dan juga kesibukan tukang jahit untuk menjahit.

Keunikan shawl bukan sahaja terletak kepada rekabentuk geometri shawl tersebut tetapi juga dengan tambahan aksesori tertentu pada shawl. Hiasan  seperti manik, kristal. sequin, bunga dan lain-lain yang biasa diletak bersama-sama pada shawl. Salah satunya yang menjadi pilihan adalah ropol.

Ropol bukanlah sesuatu yang baru wujud. Ianya sudah lama menjadi hiasan pada kain, baju, langsir dan sebagainya. Tambahan ropol pada shawl memberi keistimewaan tersendiri pada shawl. Dengan sedikit kreativiti ianya boleh menjadikan fesyen shawl sesuat yang unik, menarik, dan istimewa. 

Cara menjahitnya juga tidak susah. Untuk membuat ropol saya memotong kain menjadi jalur yang panjang dan dijahit tepi halus disekelilingnya. Untuk shawl pula saya menggunakan jahitan kelim halus pada bahagian atas shawl. Kemudian jalur kain ropol tadi dicantum pada keliling shawl yang tidak berkelim dan dijahit menjadi ropol sebagaimana kita biasa menjahitnya pada baju, langsir atau tudung meja. Jahitan ropol juga boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing. Mudah dan ringkas. 
Post a Comment

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2017