Monday, 4 November 2013

Baju Kurung Lycra

baju kurung lycra

baju kurung lycra

baju kurung lycra

Baju kurung sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, menjadi kebanggaan orang melayu sejak zaman berzaman dan sesuai dipakai di semua majlis.

Menjadi pilihan golongan wanita yang bekerja di pejabat, dipakai di majlis-majlis, di tempat awam dan di semua tempat.  Kalau sebelum ini ramai yang memilih kain kapas untuk dibuat baju kurung kerana besesuaian dengan cuaca panas di negara kita. Kini fabrik dari lycra pula semakin diminati.

Selesa dipakai, tidak mudah berkedut, tak perlu digosok, sejuk, dan mudah meregang antara sifat lycra yang menjadi pilihan ramai. Walaubagaimanapun baju dan kain lycra tidak sesuai dipakai terlalu ketat dan sendat.

Kepada sesiapa yang ingin mengubah selera dari baju kurung kapas kepada lycra bolehlah mencari fabrik lycra ini untuk baju kurung. Kalau di Bandar Baru Bangi boleh singgah di Gulatis. di Kajang boleh pergi ke Kamdar. Di KL dan Shah Alam boleh singgah di Jakel. Di Putrajaya dan Seremban tak tahu pula di mana.

Gambar di atas adalah baju kurung moden lycra yang ditempah oleh pelanggan saya yang bekerja di Putrajaya. Fabrik lycra pilihan adalah jenis bercorak (printed lycra).

Jubah Kaftan

jubah kaftan


jubah kaftan


Kaftan atau dikenali juga sebagai baju kelawar bukanlah asing terutamanya untuk wanita yang biasanya memakainya sebagai baju tidur. Kali ini saya menerima tempahan menjahit jubah kaftan untuk pelanggan saya dari Putrajaya. Lihat hasil jahitan di atas. Jubah kaftan ini tanpa inner.

Kaftan memang menjadi pilihan wanita kerana tidak panas, longgar,selesa dan rasa berangin terutama dipakai bersama keluarga di rumah di waktu malam. Potongannya juga ringkas dan mudah. Kaftan juga sesuai dipakai oleh semua jenis bentuk badan sama ada yang bertubuh berisi atau langsing.

Fesyen kaftan juga sentiasa berubah mengikut peredaran fesyen dan mendapat tempat di hati wanita apabila diberi sentuhan moden dengan tambahan bermacam-macam perincian di atasnya seperti manik dan lain-lain.
Imej kaftan atau baju 'kelawar' sebagai baju untuk besantai di rumah sekarang diganti dengan fesyen kaftan terkini yang dipakai di majlis-majlis seperti majlis akad nikah, majlis makan malam dan lain-lain.

Saya sertakan artikel dan tip menarik mengenai kaftan yang saya ambil dari Harian Metro untuk pembaca Nash Fesyen.

Artikel ini saya ambil dari link berikut.
http://www.hmetro.com.my/articles/Anggunlangsingmenggoda/Article

Anggun langsing menggoda
Oleh Siti Zarinah Sahib

DULU apabila menyebut mengenai kaftan, ramai membayangkan sepasang baju tidur berpotongan kelawar daripada fabrik batik atau sutera. Namun seiring perkembangan fesyen, kaftan melalui pelbagai evolusi baru dan ditampilkan dalam sentuhan kontemporari yang memikat bermula daripada segi potongan, penggunaan fabrik serta perincian manik sehingga memperlihatkan gaya anggun si pemakai.
Lebih istimewa kaftan kini diangkat sebagai persalinan eksklusif untuk majlis formal terutama bagi wanita yang ingin tampil sopan dan anggun.

Tidak kira sama ada untuk wanita bertudung atau tidak, fesyen kaftan memenuhi kriteria penampilan elegan lagi bergaya. Apatah lagi jika fabrik digunakan daripada jenis mewah dan berkualiti tinggi seperti sifon atau sutera sifon yang lembut dan beralun cantik.

Apa yang lebih menarik, kini kebanyakan pereka semakin kreatif dan bijak mengadunkan rekaan dalam gaya kaftan supaya ia terus menjadi pujaan ramai terutama peminat fesyen.

LEMBUT...pemilihan rona lembut dan polos ditambah perincian manik membuatkan kaftan lebih menarik.

FORMAL...kaftan tidak lagi dianggap pakaian di rumah, kini untuk majlis formal.

MEWAH...perincian manik dan jemeki menambah gaya eksklusif dan mewah.

ANGGUN...kaftan daripada fabrik sifon beralun cantik pada tubuh si pemakai.

Bagi wanita, rekaan yang sederhana dengan sedikit perincian manik mampu menjadikan penampilan seseorang itu sempurna.

Menurut pemilik Kelrina House of Fashion yang hanya mahu dikenali sebagai Kelrina, busana kaftan dulu adalah baju panjang berpotongan longgar, mempunyai sisi lurus, berlengan panjang dan belahan pada bahagian tengah.

Tetapi kini perubahan fesyen semasa menyebabkan pereka semakin kreatif dalam menghasilkan rekaan. Maka lahirlah kaftan berlengan panjang dengan perincian manik mewah pada bahagian leher dan dada. Ada juga yang menampilkan kaftan berpotongan gaun dengan sisi kembang.

“Walau apa juga bentuk potongan, konsep digunakan tetap sama iaitu menampilkan sisi anggun si pemakai yang langsing dan menggoda. Tambah pula bagi wanita bertubuh lampai, sudah pasti pemakaian akan menyerlahkan peribadi mereka,” katanya.

Jika diambil kira sejarah pemakaian kaftan, ia boleh dianggap antara koleksi fesyen sepanjang zaman kerana himpunan ini sesuai untuk semua bentuk tubuh.

Tetapi si pemakainya hendaklah berhati-hati terutama daripada segi pemilihan rona dan corak.
Kaftan juga boleh dipelbagai kemunculannya andai kreativiti dimiliki tinggi.
Mengambil gaya potongan kaftan tetapi diberi pengubahsuaian pada bahagian lengan dan tangan, ia nampak moden serta bergaya.
“Bagi wanita berbadan gempal, mereka seharusnya bijak memilih rona sesuai.

Elakkan warna cerah atau bercorak sebaliknya pilih warna gelap seperti hitam dan coklat bagi melindungi kekurangan tubuh,” katanya yang sudah 14 tahun berpengalaman dalam menghasilkan rekaan baju siap serta pengantin.

Tambah Kelrina, di pasaran terdapat pelbagai jenis kaftan daripada fabrik berbeza. Misalnya sifon, kapas, lycra, jersi, linen, sutera dan satin.

Namun sifon adalah fabrik paling tepat sebagai penyelamat kepada penampilan kerana dengan mutu fabrik yang terpelihara dan indah, ia menjadikan wanita tampil anggun lantaran fabrik ini terkenal dengan kelembutan sekali gus menyerlahkan keistimewaan derap langkah wanita.

Bagi wanita bertudung, rekaan kaftan sangat sesuai dengan penampilan Muslimah kerana potongannya menutupi hampir semua bahagian tubuh. Namun mereka digalakkan memilih daripada fabrik sifon bukannya lycra kerana lycra membuatkan busana mengikut bentuk tubuh wanita dan kelihatan seksi.

Kelrina juga tidak gemar menggunakan fabrik bercorak pada kaftan sebaiknya memilih rona polos ditambah perincian manik, batu permata serta jemeki supaya lebih eksklusif dan mewah.
“Perincian manik dan jemeki pada bahagian leher dan dada diakui menyumbang ke
pada kesempurnaan penampilan kerana menjadikan wanita tampak ramping dengan persalinan sedemikian,” katanya.

Dengan beberapa kelebihan dalam rekaan kaftan, hakikatnya busana ini tidak lagi sesuai dipakai di rumah sebaliknya mempunyai kelebihan untuk dikembangkan menjadi persalinan kontemporari mewah. Perbezaan hanya pada fabrik, potongan serta perincian manik digunakan.

Namun fabrik yang lembut, berat dan bersifat sejuk sesuai dijadikan persalinan labuh. Seandainya bijak memilik fabrik untuk dijadikan persalinan, anda akan berasa selesa sepanjang hari.

Kaftan dulu dan sekarang

Fakta:
  • Kaftan pada awalnya adalah jaket labuh dengan lengan panjang dan dipakai lelaki. Biasanya memiliki butang pada bahagian depan diperbuat daripada fabrik bulu, sutera dan sering dipakai bersama selempang.
  • Kaftan berasal dari negara Timur Tengah dengan ciri khas gaun labuh dengan terdapat kain berlebih pada lengan hingga membentuk formasi seperti sayap dan hiasan berpusat pada bahagian dada.
  • Kaftan berasal dari negara Timur Tengah dengan ciri khas gaun labuh dengan terdapat kain berlebih pada lengan hingga membentuk formasi seperti sayap dan hiasan berpusat pada bahagian dada.
  • Kaftan pernah menjadi pakaian istana ketika zaman pemerintahan Kesultanan Othman di Istanbul sehingga menjadi hadiah paling berharga ketika perayaan. Malah terdapat perbezaan daripada segi warna, butang, potongan mengikut pangkat dan status seseorang.
  • Di Istanbul, kaftan hanya dipakai wanita, ini berbeza dengan Turki kerana kaftan turut dipakai lelaki. Biasanya ia dipakai untuk acara makan malam, mandi bayi, pertunangan dan pernikahan.
  • Di Asia Tenggara, kaftan batik dihasilkan untuk memberikan rasa ringan dan dingin daripada panas matahari. Motif bunga dan abstrak sangat mempengaruhi potongan kaftan ketika itu.
  • Di Afrika Barat, kaftan adalah jubah labuh yang dipakai lelaki dan wanita. Ia dipanggil kaftan boubou dan senegalese.
  • Di Russia, kaftan dikenali sebagai pakaian labuh dan longgar dengan lengan yang ketat. Pada abad ke-19, kaftan Russia adalah jenis pakaian luar yang paling ­banyak dipakai di kalangan petani dan ­pedagang. Pada masa itu, mereka memakai kaftan untuk upacara keagamaan. Kaftan sutera Russia pula dipakai bersama seluar biru bergaris, but, selempang sutera dan topi berbulu.

Saturday, 2 November 2013

Kuliah Ilmu Surau An-Nur Bandar Baru Bangi

kuliah ilmu surau an-nur Bandar Baru Bangi

Kebiasaannya saya memperuntukkan masa saya pada setiap hari ahad pagi untuk menghadiri kuliah ilmu di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi. Kali ini penceramah ustaz jemputan adalah Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz ynag cukup dikenali. Kuliahnya berkisar kepada kisah Maal Hijrah sempena Awal Muharam.

Untuk mengikuti maklumat terbaru berkaitan aktiviti-aktiviti di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi boleh lihat di  facebook page Surau An-Nur di https://www.facebook.com/pages/Surau-An-Nur-Bandar-Baru-Bangi/135078653216362.

Kelas Jahit Tudung

Kelas menjahit tudung pada minggu ini. Kelas dijalankan hari sabtu setiap minggu.

Maklumat lanjut: Klik link di bawah:
Kelas Menjahit (Sila Klik).
Kelebihan datang ke kelas (Sila Klik).

potongan 3 layer

tekun menjahit

Jahit Peplum

peplum

Pilihan pelanggan untuk tempahan menjahit  kali ini adalah fesyen peplum.

Fesyen peplum ini sebenarnya bukanlah baru. Ia sudah terkenal dan menjadi kegemaran ramai sejak tahun 60-an lagi. Baju peplum yang juga dikenali sebagai baju potongan kembang payung atau baju potongan A (A cut) berbentuk kembang di bahagian pinggang. Fesyen peplum masih menjadi pilihan wanita sehingga ke hari ini kerana gayanya yang elegan dan sesuai untuk majlis-majlis keramaian dan pesta.

Fabrik biasanya dari jenis nipis  dan boleh digayakan dalam bentuk labuh atau singkat. Sebagai wanita Islam, pilihlah fesyen melepasi bahagian punggung supaya tidak terlalu mencolok mata.

Friday, 1 November 2013

Kedai Online Kegemaran Pembeli


Di bawah ini saya ingin kongsikan satu kajian yang dilakukan oleh PWC berkaitan bagaimana cara seseorang individu melakukan shopping secara online. Hasil kajian yang diberikan boleh memberi kita idea bagaimana kita boleh membangunkan sebuah kedai online yang cemerlang dan mendapat perhatian pelanggan. 

Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang ingin berjaya dalam perniagaan online termasuk saya sendiri. Insyallah. Walaupun kajian ini dilakukan terhadap consumer di US dan beberapa negara lain, data-data yang diberikan boleh memberi panduan kepada kita.

Kaedah Kajian 
sumber: www.pwc.com

HASIL KAJIAN

Kenapa 'Online Shopping' Menjadi Pilihan

sumber: www.pwc.com

Ciri-Ciri Store Yang Menjadi Pilihan Pelanggan

sumber: www.pwc.com

Thursday, 31 October 2013

Kelebihan Membeli Belah Secara Online


Ramai mempunyai sebab dan alasan sendiri apabila membuat keputusan untuk membeli secara online atau tidak. Ini bergantung kepada kemampuan, pengetahuan, pengalaman dan juga kepercayaan terhadap penjual yang  menawarkan produk di internet.

Antara alasan atau sebab tidak mahu membeli secara online terutamanya barangan berbentuk pakaian, tudung, selendang dan sebagainya adalah seperti mereka pernah ditipu, barangan yang  dipesan tidak sampai, saiz tidak sesuai, warna yang dipesan tidak sama seperti yang dipaparkan laman web, produk tidak berkualiti, penjual tidak bertanggungjawab, penjual tidak mahu menjawab panggilan selepas mendapat bayaran, beli kat pasar malam lebih murah, tidak mahu mendedah identiti diri dan kad kredit, lebih suka shopping secara offline kerana boleh pegang pakaian, boleh belek-belek, boleh lihat warna semasa membeli, boleh mencuba pakaian tersebut dan pelbagai lagi sebab yang pengguna sahaja yang tahu.

Dari survey  yang dibuat oleh  NPD Group, Inc. (sebelumnya dikenali sebagai  National Purchase Diary) mendapati  85% daripada mereka  yang membeli belah secara online menolak  untuk membeli pakaian kerana mereka  tidak boleh mencuba pakaian tersebut.

Satu lagi firma yang membuat survey iaitu E-BuyersGuide.com mendapati pembeli tidak membeli pakaian secara online  mempunyai sebab-sebab berikut.

  • Tidak pasti saiz yang sebenar (27.95%)
  • Pengembalian barangan mungkin akan  bermasalah (18.17%)
  • Tidak pasti tentang kualiti barangan (13.92%)
  • Kos penghantaran (13.71%)
  • Harga (8.61%)
  • Sekuriti Kad Kredit (6.48%)
  • Tak pasti warna sebenar barangan (5.84%)
  • Tidak berupaya mendapat maklumat yang betul (3.29%)
  • Laman web yang sukar dilayari (2.55%)
  • Lain-lain (10.20%)

Untuk entri ini saya tidak berniat untuk berbincang terhadap perkara di atas tetapi lebih berminat untuk berbincang berkenaan kelebihan-kelebihan membeli belah secara online.

Satu survey yang dilakukan oleh  John B Horrigan (Feb 2008)  berkaitan ‘Online Shopping’ di Amerika mendapati bahawa.

  • Dua per tiga (2/3) daripada pengguna online Amerika menyatakan mereka pernah membeli produk secara online seperti buku, toy,muzik atau pakaian. 
  • Sikap dan persepsi adalah dua perkara yang penting  untuk membeli secara online atau tidak.
  • Tujuh puluh lapan peratus  bersetuju (53% setuju & 25% sangat setuju) bahawa membeli secara online adalah convenient kepada mereka.
  • Enam puluh lapan peratus bersetuju (47% setuju dan 21% sangat setuju) bahawa membeli secara online boleh menjimatkan masa.

Daripada survey itu juga mendapati:

  • Kebanyakan pengguna online juga mempunyai kesedaran yang tinggi dan merasa tidak selesa untuk menghantar maklumat personal dan kredit kad melalui internet.
  • Masih ramai yang merasa sangsi dan mempunyai halangan  untuk membuat pembelian secara online.
  • Ramai lagi akan membeli secara online  jika sesuatu  e-commerce itu  mempunyai sekitaran yang boleh dipercayai.
  • Golongan berpendapatan rendah lebih merasa berisiko membeli secara online berbanding  kelebihan merasa selesa  dan menjimatkan masa kepada mereka.
  • Bilangan pengguna internet  semakin meningkat dalam mencari maklumat sesuatu produk dan melakukan transaksi secara online . Revenue dari jualan internet meningkat dalam kadar yang sangat cepat.
  • Membeli belah melalui internet semakin menjadi kebiasaan kebanyakan pengguna internet.
  • Empat daripada sepuluh penduduk Amerika sekarang menggunakan pembankan internet meningkat ¼ sejak tahun 2005.
  • Satu daripada empat golongan dewasa  Amerika sekarang beralih ke iklan internet berbanding satu daripada 7 sejak awal 2005.

Daripada data-data yang didapati di atas saya merasakan bahawa trend yang sama juga melanda pengguna internet di Malaysia.  Di bawah adalah faedah-faedah kenapa membuat pilihan membeli secara online.

Keselesaan 

  • Tidak perlu tunggu siang hari sehingga kedai dibuka.  Kedai online dibuka 24 jam dan boleh membeli pada bila-bila masa. 
  • Tidak perlu berfikir untuk berpakaian kemas dan bersolek. Sambil pakai baju tidur juga boleh membeli. 
  • Tidak perlu beratur panjang sehingga giliran tiba untuk membayar. 
  • Dapat membeli hanya dalam beberapa minit. Ini dapat menjimatkan masa.
  • Tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai.
  • Kalau membeli produk digital seperti ebook, video dan lain-lain boleh terus mendapat produk tersebut. Sangat cepat.


Harga Yang Lebih Baik

  • Boleh membuat perbandingan harga produk yang sama di internet. Pilihan terletak di tangan pembeli. 
  • Tidak ada orang tengah yang terlibat. Boleh beli terus dari penjual.

Ulasan/Testimonial  Produk

Jika terdapat ulasan/testimonial produk yang dibeli oleh pelanggan sebelumnya. Kita boleh membuat keputusan sebelum membeli.

Kepelbagaian Produk

Dengan membeli secara online kita boleh membuat pilihan produk yang lebih mudah. Lebih banyak produk kita boleh lihat dalam masa yang singkat Tidak ada halangan geografi kerana kita boleh akses di mana-mana kedai dengan mudah. Kalau secara offline bayangkan berapa banyak kedai kita perlu  pergi untuk membuat pilihan yang kita kehendaki.

Kalau secara online kalau kita berkenan dengan produk di kedai online  tersebut. Kita boleh pergi pula ke kedai online yang lain. Kebiasaanya kedai online menawarkan kepelbagaian warna dan saiz untuk kita pilih.

Ada kedai yang menyediakan kemudahan di mana jika sesuatu produk itu sudah habis stok, kita boleh daftarkan keinginan kita dan jika produk itu tersedia, kita akan dihubungi dan kita boleh membeli produk yang kita ingin tersebut.

Hadiah/Voucher/Point

Ada kedai online juga menawarkan  hadiah/voucher /point kepada pelanggan yang membeli di kedai mereka yang kita boleh tebus kemudian.

Dapat Mengelakkan Kesesakan

Penat bersesak-sesak ketika hendak membeli pakaian sendiri dan juga untuk anak-anak terutama pada musim perayaan seperti hari raya. Jika pada masa itu anak-anak ikut sekali, bertambah sesaklah dada untuk menjaga anak-anak terutama yang suka berlari ke sana ke sini. Penat jangan cakaplah.  Semasa bersesak sesak juga macam-macam bau yang muncul. Silap-silap boleh pengsan. Akhirnya balik dengan tangan kosong kerana tak cukup masa shopping dan produk yang dicari tak berkenan di hati. Kadang-kadang terlepas waktu solat.

Perkara begini tak berlaku jika membeli secara online.

Membuat Keputusan Yang Betul Sebelum Membeli

Kita ada banyak masa untuk berfikir sebelum membeli. Lihat betul-betul produk yang dikehendaki Terutamanya ukuran, saiz, jenis bahan, dan ciri-ciri produk yang kita kehendaki. Pengalaman mengenalpasti semua ini akan membantu kita. Insyallah kita tidak akan tertipu.

Kalau membeli secara offline kadang-kadang kita membuat keputusan yang tergesa-gesa. Tambahan pula dengan pujukan manis si penjual akan membuat kita tergoda. Silap-silap beribu-ribu ringgit duit habis. Balik rumah baru menyesal kerana membeli produk yang kita tak kehendaki.  Ini boleh berlaku dalam kedaan kita terlalu desperate.

Mudah  Membeli Produk Yang Sukar Didapati

Dengan online sahaja kita boleh mencari produk yang kita kehendaki secara mudah dan kadang-kadang dengan harga yang murah. Berbanding mencari secara terjah atau mencuba nasib yang akhirnya berkahir dengan kekecewaan. Secara online lebih mudah untuk mencari.

Membeli Secara Privasi & Tidak Perlu Jumpa Penjual

Mungkin disebabkan faktor populariti atau gelaran selebriti kita menjadikan  malu turun ke kedai-kedai biasa mencari pakaian yang  kita kehendaki. Kalau nak membeli perlu pergi ke kedai ‘high class’ yang menawarkan harga yang terlalu mahal. Jadi salah satu cara untuk menjaga ‘standard’  bolehlah membeli secara online. Tidak ada siapa yang kenal pun. Terselamat la duit kita dan boleh diguna untuk kegunaan lain.

Menjimatkan Duit

Ada yang berpendapat dengan membeli secara online perlu membayar kos penghantaran seperti pos laju dan lain-lain.  Kebiasaannya kos penghantaran tidak semahal yang kita sangka berbanding belanja yang kita keluar semasa membeli secara offline.

Jika kita keluar sahaja dari rumah untuk berbelanja duit ptrol untuk kereta perlu kita keluarkan. Dari Bangi ke KL pun sekurang-kurangnya RM20.00 duit petrol. Duit tol pergi dan balik pun dah bebarapa ringgit. Kadang-kadang tersesat, tersilap jalan masuk jalan bertol kena bayar lagi. Kalau ada kesesakan tentu ada perkataan kasar yang keluar . Dapat dosa lagi.  Bila sampai ke destinasi, nak bayar parking lagi. Dah sibuk bershopping tentu dahaga dan terasa lapar. Keluar lagi duit untuk makan minum. Kalau bawa satu family. Habis beratus-ratus ringgit untuk makan minum.

Ini tentunya melebihi kos pos berbanding membeli secara online. Ada sesetengah kedai online yang menawarkan penghantaran percuma.

Faktor Keselamatan

Kes-kes jenayah yang semakin meningkat penyeluk saku, tembakan rambanng, penculikan menjadi kerisauan jika kita keluar membeli belah.

Jadi bagaimana perasaan anda sekarang  membeli secara online atau offline. Pilihan terletak di tangan masing-masing.


Tidak dinafikan ada juga perkara-perkara tertentu yang memerlukan kita shopping secara offline. Kadang-kadang datang ketidakpuasan jika tidak dapat keluar dan bershoppinng secara offline. Terutama yang suka dengan hiruk pikuk. Mencium bau pakaian, bercakap dengan penjual, melihat telatah orang ramai dan ingin keluar secara bergaya bila bershopping. Emosi yang tidak dapat dipisahkan. Keindahan dan keseronokan membeli belah semacam ini tak terasa jika membeli belah secara online. Itu alasannya.

Bagi saya sendiri trend membeli secara online akan terus meningkat dan kita perlu mencubanya tanpa perlu risau, Pilihlah kedai online yang memberi perkhidmatan yang cemerlang. Jika kita dahulu merasa risau melakukan transaksi melalui internet, lihat sahaja sekarang di mana-mana sahaja orang melakukan transaksi melalui internet. Alah Bisa Tegal Biasa.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018