Carian melalui google untuk 'tudung putih' membawa mereka kepada blog ini. Ramai yang ingin membeli tudung putih tetapi saya sendiri tidak menyimpan stock kerana tudung putih memang laris. Tak sempat nak simpan stock. Kebiasaannya hanya ahli-ahli PERKEP yang membuat tempahan untuk tudung putih ini. Jika ada apa-apa function semakin laris tudung putih ini.
Saya memang menyimpan kain chiffon putih tetapi kali ini stock kain hanya tinggal sedikit. Terpaksa keluar mencari tambahan kain chiffon putih. Nasib baik di kedai kain ada baki beberapa meter sahaja lagi. Saya borong semua sekali untuk memenuhi tempahan tudung putih.
Saya pernah menceritakan tentang 'desperate buyer' pada entri yang lepas. Apabila hati sudah teringin, segala usaha akan dilakukan untuk mendapatkannya. Di situlah tempat yang terbaik untuk menjual.