Sunday 11 June 2017

Fesyen Baju Raya Tahun Ini








Bilakah masa paling sesuai untuk bergaya seperti selebriti? Di hari-hari biasa nampak janggal pula memakai pakaian berfesyen ini. Tambahan pula jika tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Yang bekerja pula juga terasa janggal juga memakai baju berfesyen ini. Jika tempat kerja ada Majlis Jamuan Makan Malam bolehlah mencuba. Itu pun kalau ada. Dalam ekonomi sekarang ini banyak syarikat dah berjimat.

Masa yang sesuai adalah sewaktu Hari Raya. Tidak terasa janggal untuk melaram seperti selebriti kerana hampir setiap orang akan memakai baju baru. Begitu juga dengan baju berfesyen. Oleh sebab itu peluang begini tidak boleh dilepas begitu sahaja. Lagi pun sekarang ini masa untuk berkongsi dengan rakan-rakan melalui facebook, whatsapp dan instagram. 

Biar keluar duit sedikit untuk mendapat baju fesyen yang berkenan di hati. Hari raya perlu dirai dengan rasa gembira. Malulah dengan saudara mara dan kawan-kawan kalau nampak biasa-biasa sahaja di hari raya. Biarlah nampak bergaya sedikit. Pada hari tersebut boleh dikatakan semua orang akan balik kampung. Kawan-kawan yang sudah lama tak berjumpa pun akan balik juga. Sekarang pun banyak petemuan dengan kawan-kawan sekolah atau reunion diadakan. Mestilah bergaya. Nak selfie dengan kawan-kawan juga nanti.

Paling terbaik untuk mendapat baju berfesyen yang selesa dipakai adalah dengan membuat tempahan menjahit kerana ukuran sudah tentu seperti yang dikehendaki. Walaupun nampak fit dengan badan tetapi selesa dipakai. Tak apa keluar duit sedikit. Kalau boleh biarlah sedondon satu keluarga. Rasanya sudah tak sabar lagi nak balik kampung menyambut hari raya.

Walau apa pun niat sebenar untuk berhari raya di kampung adalah untuk mengukuhkan silaturahim bersama saudara mara dan kawan-kawan.

Saturday 10 June 2017

Fesyen Baju Raya Ibu & Anak-Anak




Antara kemestian semasa hari raya adalah bergaya dengan baju raya dengan fesyen menarik. Seboleh-bolehnya biarlah sekeluarga nampak sama fesyennya. Dengan kata lain biarlah sedondon. Barulah meriah hari raya ini.Tambahan pula dengan adanya media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp, satu kemestian pula untuk berkongsi gambar dengan saudara mara dan rakan-rakan. Kewujudan telefon kamera pula memudahkan untuk mengambil gambar pada bila-bila masa sahaja. Jadi baju raya untuk keluarga mestilah dengan fesyen yang menarik. Lagi pun setahun sekali sahaja untuk bergaya.

Kebiasaanya setiap keluarga akan memperuntukkan budget untuk baju raya. Tidak kira yang kaya atau yang kurang berada. Mesti memakai baju baru. Inilah trend hari raya pada zaman sekarang. Semuanya perlu diabadikan untuk kenang-kenangan. 

Walaupun gambar tidak perlu disimpan lagi di dalam album. Masing-masing sudah ada pen drive atau hard disk untuk menyimpan gambar digital yang semakin banyak. Kalau tidak pun kongsi sahaja di facebook atau di instagram. Sekarang juga sudah ada pilihan untuk menyimpanya di cloud storage seperti Google Drive, Dropbox, Amazon Drive atau lain-lain yang semakin banyak di internet supaya tidak hilang. Semuanya semakin mudah pada zaman digital ini.

Oleh itu menjadi suatu kemestian untuk bergaya dengan fesyen yang menarik supaya gambar-gambar yang diambil juga nampak menarik. Lagi pun setahun sekali. Apa salah untuk bergaya. Semuanya untuk kebahagian keluarga.

Sunday 21 May 2017

Salam Ramadan Al-Mubarak 2017/1438H

Salam Ramadan Al-Mubarak 2017/1438H Daripada Nash Fesyen.


Semoga Ibadah Kita Diterima Oleh Allah Subḥānahu wa ta'alā.

Friday 21 April 2017

Tempahan Menjahit Baju Raya 2017 Masih Dibuka

                                       baju moden lace                                        dress

                        
                                          peplum moden                             kebaya tradisional

Peluang memiliki baju raya mengikut ukuran badan sendiri. Kami masih masih lagi menerima tempahan menjahit baju raya 2017. Tempahan akan ditutup bila-bila masa sahaja apabila kuota tempahan sudah cukup. 

Minggu depan dapat gaji. Cepat pergi beli kain. Siapa dulu dia dapat.

Untuk tempahan sila whatsapp 017-4315193 atau datang ke kedai Nash Fesyen di alamat:

No 3-1, Jalan Reko Sentral 2, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor.

Ceriakan hari raya tahun ini dengan baju fesyen pilihan sendiri, selesa dan sedap dipakai

Saturday 14 January 2017

Jahit Pukal Tudung dan Shawl



Kami menyediakan perkhidmatan jahit pukal tudung dan shawl seperti shawl instant, tudung dua muka dan lain-lain. Berminat sila hubungi 017-4315193 atau datang ke kedai di alamat berikut;

NASH FESYEN
No 3-1, Jalan Reko Sentral 2,
Taman Reko Sentral,
43000 Kajang,
Selangor.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018