Tuesday 3 March 2015

Baju Kurung Sequin



Memakai baju yang berkilauan dan berkemerlapan bakal menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Dari jauh sudah nampak kilauan apabila disambar cahaya matahari atau cahaya lampu di waktu malam.  Kepada peminat baju yang  mempunyai kesan kilauan ini boleh memikirkan untuk meamakai baju yang dijahit dengan sequin sebagaimana permintaan pelanggan saya ini. 

Di mana nak dapatkan sequin ini? 

Kebanyakan kedai kain ada menjual sequin ini dengan pelbagai bentuk dan fesyen. Pilih sahaja yang mana berkenan dihati.  Baju yang saya tunjukkan di atas adalah baju kurung moden dengan dipasang sequin pada bahagian bawwah baju dan pada hujung tangan.

Nak tahu apa itu sequin boleh baca entri saya yang lepas yang saya postkan untuk shawl jahitan sequin.

Monday 2 March 2015

Shawl Instant 2 Muka




Shawl instant 2 muka direka untuk memudahkan peminat shawl memakainya dengan cara yang mudah dan cepat. Cara memakainya cukup mudah. Sarungkan bentuk sarung muka yang pertama dan seterusnya sarungkan bentuk sarung muka yang kedua seperti memakai hoodie. Perbetulkan shawl untuk mendapat kemasan yang shawl yang menarik. Selesai memakai shawl tanpa mengguna sebarang pin.

Cara menjahitnya tidak susah. Lihat pada gambar yang saya tunjukkan sidah faham cara menjahitnya tanpa memerlukan sebarang pola. Untuk bahagian atas pada muka saya mengguna jahit lipat biasa sahaja. Kemasan sekelilingnya pula mengguna jahit tepi halus. Material yang digunakan adalah lycra moss crepe. Jenis kain yang lembut sejuk dan meri. Sejuk dan selesa. Mudah dijaga dan tidak berkedut. Kebanyakan kedai kain ada menjual kain jenis ini.

Peminat shawl instant boleh mencuba untuk memakai shawl instant ini pula. Boleh jahit sendiri kalau rajin. 

Sunday 1 March 2015

Baju Menyusu






Masalah yang selalu dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan anak adalah ketika berada di luar rumah. Pilihan pakaian yang sesuai untuk menyusukan anak memang sukar dicari tambahan pula yang bersesuaian dengan bentuk tubuh badan terutamanya selepas mempunyai anak kecil. Untuk bergaya dan dalam masa yang sama dapat menyusukan anak memerlu memilih baju mempunyai bukaan di bahagaian dada.

Saya pamerkan tempahan pelanggan untuk baju menyusu kali ini iaitu dress menyusu dan baju kurung menyusu. 

Thursday 26 February 2015

Baju Kurung Motif Floral




Motif floral adalah berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Dilukis dan dicetak di atas fabrik dengan pelbagai bentuk dan warna dari saiz yang kecil sehinggalah yang besar. Pernah menjadi barang dagangan yang mahal di Eropah suatu masa dahulu apabila pedagang-pedagang Inggeris membawa pulang dari India fabrik dengan motif bunga yang kecil. 

Kepada penggemar batik ,motif floral sentiasa menghiasi baju-baju batik sama ada untuk lelaki atau wanita. Pada masa sekarang motif floral ini sentiasa digemari untuk dijadikan baju dan sesuai untuk kebanyakan majlis. Baju kurung bermotif floral juga mendapat tempat dalam budaya melayu sejak dahulu lagi. 

Pergi sahaja ke mana-mana kedai textile, kain bermotif floral ini sentiasa memenuhi setiap ruang dalam kedai tersebut kerana sambutan yang baik untuk dijadikan baju terutamanya.

Wednesday 25 February 2015

Cardigan Berpoket



Cardigan adalah pakaian yang dipakai pada lapisan sebelah luar baju. Di bahagian depannya terbuka dan boleh dikancingkan dengan butang, dizipkan, diikat dengan tali atau dengan pelbagai variasi yang lain untuk menutupnya. Cardigan menjadi pilihan kerana mudah untuk dipadankan dengan t-shirts, blouse, baju kurung, dress atau apa sahaja.

Boleh dipakai semasa berada di pejabat, keluar berjalan bersama kawan-kawan, juga semasa berada di rumah. Boleh menutup baju yang kotor, badan yang nampak berisi atau melindungi apa-apa yang kita tidak mahu kelihatan. Kalau aircons sejuk boleh pakai cardigan untuk menahan kesejukan. Boleh dipakai semasa mesyuarat dan juga semasa membuat persembahan atau memberi kuliah. Boleh melindungi badan yang gementar atau berpeluh semasa berada di hadapan pentas.

Kalau memakai baju lengan pendek atau t-shirt boleh sarungkan cardigan untuk menutupi bahagian tangan yang terdedah. Pendek kata cardigan ini memang sesuai dipakai di mana-mana sahaja dalam apa-apa keadaan sekali pun dan sesuai dipadankan dengan apa-apa jenis pakaian.

Poket pula boleh disi dengan bermacam-macam benda seperti pen, alat solek, handphone dan lain-lain. Kalau selalu rasa pening-pening dan mual boleh isi dengan minyak cap kapak. Banyak kegunaannya poket ini pada cardigan.

Sambil baca blog ini semasa pagi-pagi masuk pejabat juga boleh pakai cardigan. Maklum sahajalah pagi-pagi terasa sejuk. Selepas itu nak pergi sarapan dengan kawan-kawan di kafeteria juga boleh pakai cardigan. Kalau demam juga boleh sarungkan cardigan. Pakaian tak berapa sempurna seperti nampak kedut juga boleh sarungkan cardigan. Cardigan ini memang banyak kegunaan dan memberi keselesaan. Tak rugi kalau ada cardigan ini untuk keselesaan dan juga untuk bergaya.

Tuesday 24 February 2015

Tempahan Menjahit Baju Melayu



Kepada pembaca lelaki yang berminat untuk menempah baju melayu untuk dipakai ke masjid setiap hari, pembaca wanita yang ingin menghadiahkan sesuatu yang istimewa untuk suami tersayang, muda mudi yang sedang asyik berkasih sayang yang bercadang melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi boleh hubungi Kak Ros untuk membuat tempahan baju melayu.

Lokasi: Bandar Baru Bangi/Kajang.  Tel/sms/whatsapp: 017-4315193.

Monday 23 February 2015

Baju Fesyen & Baju Pengantin



Tempahan paling mudah untuk baju fesyen sama ada dengan memberi baju contoh atau menghantar gambar melalui whatsapp. Saya akan melihat dahulu fesyennya dan jika semuanya ok termasuk bersetuju dengan harganya bolehlah datang ke kedai untuk menghantar kain untuk dijahit.

Ramai dari kalangan remaja sekarang begitu mudah untuk memilih baju berfesyen. Begitu juga ketika hendak memilih baju untuk majlis pertunangan atau ketika hari perkahwinan. Banyak pilihan boleh dibuat pada masa sekarang. Hanya dengan menggunakan engine carian seperti google image, banyak fesyen pilihan boleh dijumpai Taip sahaja di kotak google image akan muncul pelbagai jenis fesyen pilihan. Pilih sahaja fesyen yang berkenan di hati an terus boleh hantar image gambar tadi kepada tukang jahit melalui aplikasi whatsapp, telegram dan sebagainya untuk membuat tempahan menjahit. Begitu mudah sekali berbanding masa dahulu yang terpaksa mencari dari satu butik ke butik yang lain. Kadang-kadang sudah berjumpa dengan fesyen pilihan, ukuran pula tidak sesuai dengan bentuk tubuh badan. Melepas begitu sahaja.

Baju pengantin di bawah juga ditempah melalui contoh gambar. Semuanya serba mudah jika sudah berminat.


Beberapa contoh fesyen dress dan jubah yang sudah siap dijahit.



Semakin ramai yang booking untuk tempahan hari raya nanti. Nampaknya tempahan menjahit untuk hari raya ini terpaksa ditutup lebih awal. Mungkin sebulan sebelum hari raya.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018