Tempahan menjahit pakaian wanita, tudung, kelas menjahit. Tempahan baju kurung, jahit pukal shawl, peplum, blouse, shawl, selendang, telekung lycra, jahit shawl, jahit shawl instant, tudung syria, tudung labuh, tudung lycra,tudung chiffon, tukar awning tudung, belajar menjahit. Lokasi di Bandar Baru Bangi, Selangor. Selendang, shawl. Mencerita kehidupan seharian tukang jahit. SMS/WHATSAPP: 017-4315193
Thursday 7 November 2013
Tempahan Menjahit Secara Online
Saya banyak menerima tempahan dan pertanyaan untuk menjahit tudung, shawl, baju, tukar awning tudung dan lain-lain dari pelanggan yang jauh dari Bangi. Pelanggan saya sekarang bukan lagi dari Bangi, Kajang, KL, Putrajaya dan kawasan sekitar tetapi juga ada dari Perak, Kedah, Kelantan, Johor dan lain-lain. Saya memang menerima tempahan dari kawasan yang perlu menghantarnya menggunakan kurier/pos. Kos pos mesti ditanggung oleh pelanggan.
Kain/fabrik atau baju contoh hendaklah dikirim kepada saya dan dinasihatkan supaya mengguna pos/kurier berdaftar atau pos laju untuk memudahkan tracking dilakukan jika kiriman tidak sampai. Saya tidak bertanggungjawab jika terdapat kehilangan semasa kiriman dibuat. Pastikan alamat ditulis dengan betul.
Saya memerlukan sedikit masa untuk menyiapkan sesuatu tempahan. InsyaAllah tidak terlalu lama.
Tudung Lycra Berdagu
Tudung labuh berdagu, tudung twist berdagu, tudung, lycra berdagu, tudung labuh ala-ala Prof Muhaya merujuk kepada tudung yang sama yang diinspirasikan dari tudung yang dipakai oleh seorang tokoh terkenal, Dr Pakar Mata dan juga Pakar Motivasi.
Menjadi idola ramai yang mendapat inspirasi dari kuliah-kuliah yang disampaikan dan juga buku-buku yang dihasilkan sehinggakan apa-apa pakaian serta gaya tudung juga menjadi ikutan ramai.
Saya sendiri menjadikan Prof Muhaya sebagai idola saya. Jika ada kuliah ilmu di surau An-Nur, Bandar Baru Bangi yang disampaikan oleh Prof, saya tidak pernah terlepas peluang untuk mengikutinya.
Apa yang nak saya sampaikan di sini adalah tudung lycra berdagu atau tudung labuh berdagu yang diinspirasi oleh Prof Dr Muhaya yang saya jahit sendiri untuk pelanggan saya.
Tudung di bawah ini adalah UNTUK DIJUAL. Jika berminat boleh sms/whatsapp saya. Ada sehelai sahaja.
Tudung di bawah sudah ditempah oleh pelanggan saya.
Kalau ingin membuat tempahan dengan kain pilihan sendiri, sila hubungi saya.
Jika ingin menjahit sendiri, klik link Panduan Menjahit Tudung Labuh Berdagu.
Di bawah saya sampaikan beberapa petikan kata-kata inspirasi dari facebook Prof. Muhaya.
Petikan Buku Bahagia & Membahagiakan, Prof Dr. Muhaya:
"Apabila kita selalu membantu orang, insyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan oleh Allah"
"Kawal emosi anda. Jika tidak, ia mampu mengganggu kehidupan...."
Petikan Buku Refleksi Diri, Prof Dr. Muhaya:
"Tindakan kita melambangkan fikiran kita. Kita yang baik ialah disiplin yang baik"
Petikan Buku Biografi Inspirasi Prof Dr. Muhaya Sejernih Sinar Matamu:
"Bayangkan apa yang kita nak capai dan yang kita hendak buat pada esok hari setiap kali masa lima minit sebelum kita tidur. Bayangan dalam ‘Minda bawah sedar’ ini penting kerana pada keesokan harinya ‘minda sedar’ akan melaksanakan semua perkara dan tingkah laku yang dibayangkan oleh ‘minda bawah sedar’''
Menjadi idola ramai yang mendapat inspirasi dari kuliah-kuliah yang disampaikan dan juga buku-buku yang dihasilkan sehinggakan apa-apa pakaian serta gaya tudung juga menjadi ikutan ramai.
Saya sendiri menjadikan Prof Muhaya sebagai idola saya. Jika ada kuliah ilmu di surau An-Nur, Bandar Baru Bangi yang disampaikan oleh Prof, saya tidak pernah terlepas peluang untuk mengikutinya.
Apa yang nak saya sampaikan di sini adalah tudung lycra berdagu atau tudung labuh berdagu yang diinspirasi oleh Prof Dr Muhaya yang saya jahit sendiri untuk pelanggan saya.
Tudung di bawah sudah ditempah oleh pelanggan saya.
Kalau ingin membuat tempahan dengan kain pilihan sendiri, sila hubungi saya.
Jika ingin menjahit sendiri, klik link Panduan Menjahit Tudung Labuh Berdagu.
Di bawah saya sampaikan beberapa petikan kata-kata inspirasi dari facebook Prof. Muhaya.
Petikan Buku Bahagia & Membahagiakan, Prof Dr. Muhaya:
"Apabila kita selalu membantu orang, insyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan oleh Allah"
"Kawal emosi anda. Jika tidak, ia mampu mengganggu kehidupan...."
Petikan Buku Refleksi Diri, Prof Dr. Muhaya:
"Tindakan kita melambangkan fikiran kita. Kita yang baik ialah disiplin yang baik"
Petikan Buku Biografi Inspirasi Prof Dr. Muhaya Sejernih Sinar Matamu:
"Bayangkan apa yang kita nak capai dan yang kita hendak buat pada esok hari setiap kali masa lima minit sebelum kita tidur. Bayangan dalam ‘Minda bawah sedar’ ini penting kerana pada keesokan harinya ‘minda sedar’ akan melaksanakan semua perkara dan tingkah laku yang dibayangkan oleh ‘minda bawah sedar’''
Wednesday 6 November 2013
Panduan Menjahit Tudung Labuh Berdagu
tudung labuh berdagu
Pengenalan
Tudung labuh berdagu ala-ala Prof Dr Muhaya mengambil nama tokoh popular Prof Dr Muhaya seorang pakar mata dan tokoh motivasi terkenal. Tudung yang digaya oleh Prof Muhaya menjadi ikutan ramai terutama yang tidak begitu meminati fesyen tudung yang bewarna warni seperti tudung layer dan fesyen selendang. Sesuai dipakai ketika menghadiri kuliah ilmu di surau-surau dan masjid, ke majlis kenduri dan juga ke pejabat.
Kali ini saya akan tunjukkan tutorial panduan menjahit tudung labuh berdagu ala-ala Prof Muhaya mengikut kaedah saya sendiri mengguna kain lycra. InsyaAllah pada kesempatan yang lain saya akan tunjukkan satu lagi kaedah dengan menggunakan kain lycra cotton dengan awning dipotong sedikit dari bawah.
Langkah 1
Sediakan kain untuk membuat tudung. Saya menggunakan kain jenis lycra. Saiz kain 1 meter bidang 60.
kain jenis lycra untuk bahagian utama tudung
Langkah 2
Sediakan pola seperti gambar di bawah.
pola tudung
Langkah 3
Letakkkan pola di atas kain
Potong kain mengikut bentuk pola.
Bentuk kain yang dipotong seperti ganbar di bawah.
Langkah 4
Snap dihujung kain yang dipotong.
Langkah 5
Langkah ini adalah untuk menyedia pelapik dagu.
Lipat lebihan kain seperti di bawah.
Letakkan pola pelapik dagu di atas kain.
Potong kain mengikut pola.
Lihat hasil potongan pelapik dagu seperti di bawah.
Langkah 6
Langkah berikutnya adalah untuk membuat pola.
Sediakan kain untuk awning. Saya menggunakan kain jenis lycra. Sedikit sahaja kain diperlukan.
Letakkan pola di atas kain.
Potong kain mengikut bentuk pola. Hasil potongan awning seperti di bawah.
Hasil untuk ketiga-tiga bahagian kain yang dipotong adalah seperti di bawah.
Langkah 7
Potong bakrum mengikut panjang awning. Lihat gambar di bawah.
Langkah 8
Seterika bakrum bersama awning untuk lekatkan bakrum bersama awning dan untuk kemasan.
Langkah 9
Jahit bakrum awning bersama awning 2 baris atas dan bawah. Lihat gambar.
Langkah 10
Langkah berikutnya untuk menjahit bahagian utama kain.
Lipat kain seperti berikut. Jahitkan dari bahagian A ke B.
Jahitan bermula dari A.
Berakhir di B.
Hasil Jahitan.
Langkah 11
Buat kemasan di hujung kain dengan jahit tepi biasa.
Langkah 12
Langkah berikutnya untuk mencantum pelapik dagu dan awning.
Lipat dua kain pelapik dagu yang dipotong tadi. Snap di hujung.
Langkah 13
Cantumkan pelapik dagu dengan kain utama. Guna jarum peniti dan lekatkan pelapik dagu dan kain utama. Guna tanda yang disnap tadi untuk mendapat betul-betul di tengah kain.
Lihat gambar di bawah untuk lebih jelas.
Langkah 14
Jahit pelapik dagu bermula dari tengah pelapik dagu.
Langkah 15
Jahit sehingga bercantum dengan awning. Awning di bawah pelapik dagu. Lihat gambar supaya lebih jelas.
Langkah 16
Jahit sekeliling sehingga berjumpa semula dengan pelapik dagu tadi.
Lihat hasil jahitan yang telah siap.
dari depan
dari sisi
Langkah 17
Buat kemasan hujung kain dengan jahit tepi biasa.
Langkah 18
Jahit tindih di sebelah atas pelapik dagu dan awning. Lihat gambar supaya lebih jelas.
Hasil selepas dijahit.
Langkah 19
Kemasan terakhir di bahagian bawah tudung. Boleh mengguna mesin jahit tepi halus atau mesin coverstitch.
Untuk tutorial ini saya mengguna mesin coverstitch supaya nampak lebih menarik.
Kalau tak ada mesin jahit tepi halus atau mesin coverstitch boleh hantar kepada saya. Saya boleh tolong jahitkan.
Hasil jahitan seperti di bawah.
Langkah 20
Siap sudah tudung labuh berdagu ala-ala Prof. Muhaya. Boleh digayakan di kepala. Sedap dipakai, kemas dan sopan.
Kalau belum lagi yakin nak jahit sendiri. Boleh contact saya. Harga berpatutan.
SELAMAT MENCUBA
Monday 4 November 2013
Baju Kurung Lycra
baju kurung lycra
baju kurung lycra
baju kurung lycra
Menjadi pilihan golongan wanita yang bekerja di pejabat, dipakai di majlis-majlis, di tempat awam dan di semua tempat. Kalau sebelum ini ramai yang memilih kain kapas untuk dibuat baju kurung kerana besesuaian dengan cuaca panas di negara kita. Kini fabrik dari lycra pula semakin diminati.
Selesa dipakai, tidak mudah berkedut, tak perlu digosok, sejuk, dan mudah meregang antara sifat lycra yang menjadi pilihan ramai. Walaubagaimanapun baju dan kain lycra tidak sesuai dipakai terlalu ketat dan sendat.
Kepada sesiapa yang ingin mengubah selera dari baju kurung kapas kepada lycra bolehlah mencari fabrik lycra ini untuk baju kurung. Kalau di Bandar Baru Bangi boleh singgah di Gulatis. di Kajang boleh pergi ke Kamdar. Di KL dan Shah Alam boleh singgah di Jakel. Di Putrajaya dan Seremban tak tahu pula di mana.
Gambar di atas adalah baju kurung moden lycra yang ditempah oleh pelanggan saya yang bekerja di Putrajaya. Fabrik lycra pilihan adalah jenis bercorak (printed lycra).
Jubah Kaftan
jubah kaftan
jubah kaftan
Kaftan atau dikenali juga sebagai baju kelawar bukanlah asing terutamanya untuk wanita yang biasanya memakainya sebagai baju tidur. Kali ini saya menerima tempahan menjahit jubah kaftan untuk pelanggan saya dari Putrajaya. Lihat hasil jahitan di atas. Jubah kaftan ini tanpa inner.Kaftan memang menjadi pilihan wanita kerana tidak panas, longgar,selesa dan rasa berangin terutama dipakai bersama keluarga di rumah di waktu malam. Potongannya juga ringkas dan mudah. Kaftan juga sesuai dipakai oleh semua jenis bentuk badan sama ada yang bertubuh berisi atau langsing.
Fesyen kaftan juga sentiasa berubah mengikut peredaran fesyen dan mendapat tempat di hati wanita apabila diberi sentuhan moden dengan tambahan bermacam-macam perincian di atasnya seperti manik dan lain-lain.
Imej kaftan atau baju 'kelawar' sebagai baju untuk besantai di rumah sekarang diganti dengan fesyen kaftan terkini yang dipakai di majlis-majlis seperti majlis akad nikah, majlis makan malam dan lain-lain.
Saya sertakan artikel dan tip menarik mengenai kaftan yang saya ambil dari Harian Metro untuk pembaca Nash Fesyen.
Artikel ini saya ambil dari link berikut.
http://www.hmetro.com.my/articles/Anggunlangsingmenggoda/Article
Anggun langsing menggoda
Oleh Siti Zarinah Sahib
DULU apabila menyebut mengenai kaftan, ramai membayangkan sepasang baju tidur berpotongan kelawar daripada fabrik batik atau sutera. Namun seiring perkembangan fesyen, kaftan melalui pelbagai evolusi baru dan ditampilkan dalam sentuhan kontemporari yang memikat bermula daripada segi potongan, penggunaan fabrik serta perincian manik sehingga memperlihatkan gaya anggun si pemakai.
Lebih istimewa kaftan kini diangkat sebagai persalinan eksklusif untuk majlis formal terutama bagi wanita yang ingin tampil sopan dan anggun.
Tidak kira sama ada untuk wanita bertudung atau tidak, fesyen kaftan memenuhi kriteria penampilan elegan lagi bergaya. Apatah lagi jika fabrik digunakan daripada jenis mewah dan berkualiti tinggi seperti sifon atau sutera sifon yang lembut dan beralun cantik.
Apa yang lebih menarik, kini kebanyakan pereka semakin kreatif dan bijak mengadunkan rekaan dalam gaya kaftan supaya ia terus menjadi pujaan ramai terutama peminat fesyen.
LEMBUT...pemilihan rona lembut dan polos ditambah perincian manik membuatkan kaftan lebih menarik.
FORMAL...kaftan tidak lagi dianggap pakaian di rumah, kini untuk majlis formal.
MEWAH...perincian manik dan jemeki menambah gaya eksklusif dan mewah.
ANGGUN...kaftan daripada fabrik sifon beralun cantik pada tubuh si pemakai.
Bagi wanita, rekaan yang sederhana dengan sedikit perincian manik mampu menjadikan penampilan seseorang itu sempurna.
Menurut pemilik Kelrina House of Fashion yang hanya mahu dikenali sebagai Kelrina, busana kaftan dulu adalah baju panjang berpotongan longgar, mempunyai sisi lurus, berlengan panjang dan belahan pada bahagian tengah.
Tetapi kini perubahan fesyen semasa menyebabkan pereka semakin kreatif dalam menghasilkan rekaan. Maka lahirlah kaftan berlengan panjang dengan perincian manik mewah pada bahagian leher dan dada. Ada juga yang menampilkan kaftan berpotongan gaun dengan sisi kembang.
“Walau apa juga bentuk potongan, konsep digunakan tetap sama iaitu menampilkan sisi anggun si pemakai yang langsing dan menggoda. Tambah pula bagi wanita bertubuh lampai, sudah pasti pemakaian akan menyerlahkan peribadi mereka,” katanya.
Jika diambil kira sejarah pemakaian kaftan, ia boleh dianggap antara koleksi fesyen sepanjang zaman kerana himpunan ini sesuai untuk semua bentuk tubuh.
Tetapi si pemakainya hendaklah berhati-hati terutama daripada segi pemilihan rona dan corak.
Kaftan juga boleh dipelbagai kemunculannya andai kreativiti dimiliki tinggi.
Mengambil gaya potongan kaftan tetapi diberi pengubahsuaian pada bahagian lengan dan tangan, ia nampak moden serta bergaya.
“Bagi wanita berbadan gempal, mereka seharusnya bijak memilih rona sesuai.
Elakkan warna cerah atau bercorak sebaliknya pilih warna gelap seperti hitam dan coklat bagi melindungi kekurangan tubuh,” katanya yang sudah 14 tahun berpengalaman dalam menghasilkan rekaan baju siap serta pengantin.
Tambah Kelrina, di pasaran terdapat pelbagai jenis kaftan daripada fabrik berbeza. Misalnya sifon, kapas, lycra, jersi, linen, sutera dan satin.
Namun sifon adalah fabrik paling tepat sebagai penyelamat kepada penampilan kerana dengan mutu fabrik yang terpelihara dan indah, ia menjadikan wanita tampil anggun lantaran fabrik ini terkenal dengan kelembutan sekali gus menyerlahkan keistimewaan derap langkah wanita.
Bagi wanita bertudung, rekaan kaftan sangat sesuai dengan penampilan Muslimah kerana potongannya menutupi hampir semua bahagian tubuh. Namun mereka digalakkan memilih daripada fabrik sifon bukannya lycra kerana lycra membuatkan busana mengikut bentuk tubuh wanita dan kelihatan seksi.
Kelrina juga tidak gemar menggunakan fabrik bercorak pada kaftan sebaiknya memilih rona polos ditambah perincian manik, batu permata serta jemeki supaya lebih eksklusif dan mewah.
“Perincian manik dan jemeki pada bahagian leher dan dada diakui menyumbang ke
pada kesempurnaan penampilan kerana menjadikan wanita tampak ramping dengan persalinan sedemikian,” katanya.
Dengan beberapa kelebihan dalam rekaan kaftan, hakikatnya busana ini tidak lagi sesuai dipakai di rumah sebaliknya mempunyai kelebihan untuk dikembangkan menjadi persalinan kontemporari mewah. Perbezaan hanya pada fabrik, potongan serta perincian manik digunakan.
Namun fabrik yang lembut, berat dan bersifat sejuk sesuai dijadikan persalinan labuh. Seandainya bijak memilik fabrik untuk dijadikan persalinan, anda akan berasa selesa sepanjang hari.
Kaftan dulu dan sekarang
Fakta:
- Kaftan pada awalnya adalah jaket labuh dengan lengan panjang dan dipakai lelaki. Biasanya memiliki butang pada bahagian depan diperbuat daripada fabrik bulu, sutera dan sering dipakai bersama selempang.
- Kaftan berasal dari negara Timur Tengah dengan ciri khas gaun labuh dengan terdapat kain berlebih pada lengan hingga membentuk formasi seperti sayap dan hiasan berpusat pada bahagian dada.
- Kaftan berasal dari negara Timur Tengah dengan ciri khas gaun labuh dengan terdapat kain berlebih pada lengan hingga membentuk formasi seperti sayap dan hiasan berpusat pada bahagian dada.
- Kaftan pernah menjadi pakaian istana ketika zaman pemerintahan Kesultanan Othman di Istanbul sehingga menjadi hadiah paling berharga ketika perayaan. Malah terdapat perbezaan daripada segi warna, butang, potongan mengikut pangkat dan status seseorang.
- Di Istanbul, kaftan hanya dipakai wanita, ini berbeza dengan Turki kerana kaftan turut dipakai lelaki. Biasanya ia dipakai untuk acara makan malam, mandi bayi, pertunangan dan pernikahan.
- Di Asia Tenggara, kaftan batik dihasilkan untuk memberikan rasa ringan dan dingin daripada panas matahari. Motif bunga dan abstrak sangat mempengaruhi potongan kaftan ketika itu.
- Di Afrika Barat, kaftan adalah jubah labuh yang dipakai lelaki dan wanita. Ia dipanggil kaftan boubou dan senegalese.
- Di Russia, kaftan dikenali sebagai pakaian labuh dan longgar dengan lengan yang ketat. Pada abad ke-19, kaftan Russia adalah jenis pakaian luar yang paling banyak dipakai di kalangan petani dan pedagang. Pada masa itu, mereka memakai kaftan untuk upacara keagamaan. Kaftan sutera Russia pula dipakai bersama seluar biru bergaris, but, selempang sutera dan topi berbulu.
Saturday 2 November 2013
Kuliah Ilmu Surau An-Nur Bandar Baru Bangi
kuliah ilmu surau an-nur Bandar Baru Bangi
Kebiasaannya saya memperuntukkan masa saya pada setiap hari ahad pagi untuk menghadiri kuliah ilmu di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi. Kali ini penceramah ustaz jemputan adalah Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz ynag cukup dikenali. Kuliahnya berkisar kepada kisah Maal Hijrah sempena Awal Muharam.
Untuk mengikuti maklumat terbaru berkaitan aktiviti-aktiviti di Surau An-Nur Bandar Baru Bangi boleh lihat di facebook page Surau An-Nur di https://www.facebook.com/pages/Surau-An-Nur-Bandar-Baru-Bangi/135078653216362.
Kelas Jahit Tudung
Kelas menjahit tudung pada minggu ini. Kelas dijalankan hari sabtu setiap minggu.
Maklumat lanjut: Klik link di bawah:
Kelas Menjahit (Sila Klik).
Kelebihan datang ke kelas (Sila Klik).
Maklumat lanjut: Klik link di bawah:
Kelas Menjahit (Sila Klik).
Kelebihan datang ke kelas (Sila Klik).
potongan 3 layer
tekun menjahit
Subscribe to:
Posts (Atom)
Post Utama
Post Paling Popular
-
Inilah hasil jahitan permintaan dari pelanggan. Hasil jahitan ini baru sample sebelum buat keputusan nak jahit pukal. Rupa-rupanya ...
-
Printed Chiffon Terdapat pelbagai jenis fabrik di pasaran. Kadang-kadang sukar juga untuk membuat keputusan apakah fabrik yang sesuai...
-
Apabila kita membeli sesuatu pakaian seperti baju, seluar dan lain-lain yang berjenama biasanya kita akan mendapati terdapat label pada paka...
-
Saya akan bercuti di kampung sehingga hari Rabu, 26 Mac 2014. Segala panggilan/sms/whatsapp/pm dan sebarang pertanyaan masih akan dijawab se...
-
Kadang-kadang menjadi dilema tukang jahit menerima tempahan menjahit . Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum memotong kain, menjahit,...
-
Selain daripada jahit tepi halus , jahit coverstitch dan jahit piping untuk kemasan tepi tudung dan shawl, terdapat satu lagi cara jahitan...
-
kebaya kebarung Saya jarang menerima tempahan menjahit baju kebaya dan juga kebarung sejak berpindah ke Bangi ini. Tidak banyak...