Friday, 18 August 2017

Baju Merdeka


Bagi kebanyakan orang, bulan kemerdekaan adalah bulan yang biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Ramai tahu bahawa pada 31 Ogos adalah hari merdeka dan bulan Ogos adalah bulan untuk meraikan hari kemerdekaan tersebut.  Bagi kebanyakan organisasi dan agensi kerajaan dan juga sekolah, banyak program diatur untuk meraikan hari kemerdekaan tersebut. Antaranya adalah seperti program kibarkan jalur gemilang, nyanyian lagu, bacaan puisi dan juga mengadakan pertandingan-pertandingan tertentu sempena hari kemerdekaan.

Bagi ibu bapa tiada yang istimewa kecuali mereka seorang guru atau staf kepada organisasi dan agensi kerajaan. Kesedaran bulan kemerdekaan hanya terasa apabila anak-anak yang pulang dari sekolah bertanya untuk membeli bendera Malaysia dan keterujaan anak-anak untuk memakai baju dengan tema kemerdekaan. Tentu ada sesuatu yang menarik jika anak-anak bersemangat untuk merayakan hari kemerdekaan. Oleh itu permintaan anak-anak untuk sambutan ini perlu dilayan. Baju atau shawl bercorak bendera Malaysia selalunya menjadi pilihan.

Kemeriahan sesuatu sambutan itu bergantung kepada kreativiti guru-guru di sekolah yang hendakkan program tersebut berjalan lancar dan disambut dengan penuh semangat oleh murid-murid. Ibu bapa pun akan turut terasa kemeriahan ini apabila anak-anak mula bercerita dan dikongsi pula dengan gambar-gambar menarik penuh warna-warni keceriaan.

Berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, tahun ini ibu bapa tidak sabar lagi untuk menunggu hari merdeka pada 31 Ogos ini. Bukan sangat disebabkan untuk menyambut hari kemerdekaan tetapi untuk merdeka dari tidak bekerja. Begitu juga dengan anak-anak untuk merdeka dari perlu ke sekolah. Ini kerana  dapat bercuti panjang. Cuti merdeka kali ini bersambung pula dengan cuti Hari Raya Aidiladaha dan cuti sekolah pula seminggu. Cuti yang panjang ini boleh diguna untuk balik kampung dan berjalan-jalan. Marilah sama-sama kita menyambut Hari Merdeka.

Negaraku Sehati Sejiwa

Saturday, 12 August 2017

Hari Kidal Sedunia


Aku secara semulajadinya dilahirkan cenderung ke arah kidal. Dalam keluarga ku yang mempunyai sepuluh orang adik beradik, ayahku adalah kidal. Salah seorang daripada abangku juga kidal. Jadi tidak ramailah yang kidal dalam keluarga ku. Apabila berkahwin hanya seorang sahaja daripada anakku adalah kidal. Kidal menjadi minoriti dalam keluarga ayah ku dan keluarga ku sekarang.

Hari kidal sedunia disambut pada 13 Ogos setiap tahun. Aku tidak pernah pun peduli sebelum ini. Malahan tidak tahu pun tarikh tersebut. Apabila disebar melalui media sosial barulah aku tahu kewujudannya.

Cenderung Mengguna Tangan Kiri

Sewaktu kecil akau selalu dimarahi oleh kakak-kakak ku kerana menggunakan tangan kiri terutama ketika waktu makan. Nak buat macam mana, aku lebih selesa menggunakan tangan kiri. Terasa kekok ketika mengguna tangan kanan. Nak suap makanan pun susah hendak masuk ke mulut. Membuat kerja rumah seharian seperti menyapu sampah, bermain badminton dan banyak kerja lain aku cenderung mengguna tangan kiri.

Mengguna tangan kiri dianggap sesuatu yang buruk. Hanya perkara yang tidak elok sahaja dibuat dengan tangan kiri. Dalam Islam pun hendak memula sesuatu mesti bermula dengan kanan. Hendak makan, melangkah, memberi sedekah disuruh mengutamakan dengan kanan. Mungkin sebab itu aku dimarahi kerana menggunakan tangan kiri. Jadi terpaksa perlahan-lahan belajar makan dengan tangan kanan. Kadang-kadang tertukar juga. Lebih selesa mengguna tangan kiri sehingga kini. 

Apabila mula bersekolah aku menggunakan tangan kiri untuk menulis. Oleh kerana selalu dimarahi dan kadang-kadang diejek. Aku mula belajar mengguna tangan kanan sehinggalah dalam darjah tiga aku berjaya menulis dengan tangan kanan. Kini aku boleh menulis mengguna kedua-dua belah tangan. Sama cantik dan sama padan tulisannya. Walaubagaimana pun, pada masa sekarang aku lebih kerap menggunakan tangan kanan berbanding kiri. 

Minat aku terhadap jahitan juga memaksa aku belajar mengguna tangan kanan. Kebanyakan alatan menjahit terutamanya gunting direka untuk mereka yang menggunakan tangan kanan. Nak tak nak aku terpaksa belajar menggunting, memotong dan menjahit mengguna tangan kanan sehingga cekap. Sekarang aku tidak lagi menghadapi masalah untuk mengguna tangan kiri atau kanan.

Mengguna Kedua-Dua Belah Tangan

Orang yang cekap mengguna kedua-dua belah tangan dikenali sebagai ambidextrous. Rupanya ada beberapa tokoh yang hebat yang mempunyai keupayaan menggunakan kedua-dua belah tangan kiri dan kanan. Antaranya adalah Albert Einstein dan Leonarda da Vinci. Aku walaupun cenderung kidal tetapi keupayaan menggunakan tangan kanan bolehlah aku banggakan. 

Walaupun aku boleh menulis menggunakan kedua-dua belah tangan tetapi tidaklah boleh menulis serentak pada masa yang sama seperti Profesor Virus dalam filem Hindustan, Three Idiots.  

Kebolehan mengguna kedua-dua belah tangan banyak memberi kelebihan kepada aku ketika melakukan kerja setiap hari.

Antaranya ketika menggunting kain. Aku menggunakan tangan kanan untuk menggunting. Apabila letih aku boleh menukarnya mengguna tangan kiri.  Aku juga tidak perlu menggubah kedudukan ketika menggunting apabila perlu mengubah arah pemotongan. Aku hanya perlu menukar tangan kiri. Tak perlu bangun lagi  yang kadang-kadang menimbul kekaguman kepada pekerja-pekerja ku yang memerhati ketika menggunting.

Begitu juga ketika memasak. Aku boleh memasak serentak mengguna dua dapur. Ketika mengacau masakan aku boleh sahaja mengguna kedua-dua belah tangan ku untuk mengacau. Kelebihan ini memboleh aku melakukan beberapa kerja serentak dalam satu masa. 

Kebanyakan orang merasa kekok ketika memotong kuku ketika beralih tangan kiri dan kanan. Bagi aku biasa sahaja. Kebolehan ini sangat membantu aku.

Walau pun begitu terdapat juga kekurangan kepada aku. Aku selalu keliru antara kiri dan kanan. Semasa sekolah dahulu aktiviti yang paling aku benci adalah kawad kaki. Selalu sahaja kena denda. Apabila diberi arahan pusing ke kiri atau ke kanan. Selalu sahaja lambat dan tersilap. Di arah pusing ke kiri, aku pusing ke kanan. Begitu juga sebaliknya. 

Apabila berkahwin aku selalu duduk di hadapan ketika suami memandu. Kononnya boleh menjadi penunjuk arah tetapi akhirnya kena marah. Sampai sahaja di mana-mana simpang apabila hendak membelok selalu sahaja memberi arahan yang salah. Perlu belok ke kiri aku sebut belok ke kanan. Akhirnya terlepas jauh ke hadapan dan terpaksa pusing balik. Kadang-kadang hendak diam sahaja. Diam pun kena marah juga.

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Dari segi akademik pula, aku bukanlah pelajar yang cemerlang. Belajar pun cukup-cukup makan sahaja. Mungkin fikiran aku tidak sama dengan cikgu. Di sekolah jawapan cikgu sahaja yang betul. Mungkin sebab itu aku hanya bekerja sendiri sahaja. Membuka kedai jahit. Kalau aku pandai dan belajar tinggi mungkin aku sekarang sudah bekerja makan gaji. Oleh sebab itu aku perlu bersyukur dengan apa yang ada. Kelebihan yang ada boleh digunakan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah.

Friday, 11 August 2017

Baby Nest Kekabu Asli


RM180.00


RM180.00


RM180.00


RM180.00


RM180.00


RM180.00


RM180.00


RM180.00

Kos Postage Semenanjung - RM30
Kos Postage Sabah/Sarawak - RM38

Perkara pertama yang seringkali difikirkan oleh ibu-ibu mengandung adalah bagaimana hendak memastikan keselesaan bayi selepas melahirkan anak nanti. Bayi perlu dijaga dengan rapi, tidurnya mesti nyenyak. Bayi mesti dalam keadaan selesa. Apabila bayi tidur lena, ibunya boleh berehat panjang. Jagaan bayi semasa berpantang adalah tanggungjawab ibu sepenuhnya.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah tempat tidur bayi. Oleh itu baby nest adalah pilihan yang terbaik. Direka dan dijahit kemas mengikut keperluan bayi dan ibu. Bahannya adalah dari kain kapas yang memudah pengaliran udara berlaku disebabkan oleh tekstur kain kapas itu sendiri. Ini memberikan keselesaan kepada bayi kerana tidak panas. Corak kain pula terdiri dari pelbagai pilihan supaya sedap memandang. Maklum sajalah tetamu akan ramai datang berkunjung untuk melihat bayi.

Bahan di dalamnya pula adalah seratus peratus kekabu asli termasuk bahan untuk bantal bayi. Sifat kekabu yang lembut dan fleksibel membolehkan bayi bebas bergerak. Cukup memberi keselesaan pada bayi. Pasti bayi akan tidur nyenyak. Disediakan juga dengan tangkai untuk memudahkan dibawa kemana-mana. 

Bolehlah mencuba produk terbaru Nash Fesyen ini. InsyaAllah tidak mengecewakan. 

Boleh lihat entri sebelumnya untuk produk baby nest dan toto bayi yang lain pada link ini: http://nashfesyen.blogspot.my/2017/08/baby-nest-toto-bayi.html

Whatsapp 017-4315193 jika berminat. Sertakan sekali dengan gambar. Siapa dahulu dia dapat. Setiap corak ada satu unit sahaja.

Thursday, 10 August 2017

Baby Nest & Toto Bayi

                       Baby Nest - RM180                                     Toto Bayi - RM160                         

Toto Bayi  - RM160                                  Toto Bayi - RM160

Kos Postage Semenanjung - RM30
Kos Postage Sabah/Sarawak - RM38

Projek jahitan terbaru Nash Fesyen direka khas untuk kelesaan bayi dan ibunya. Jika anda sedang mengandung atau ingin menjadikan baby nest atau toto bayi ini sebagai hadiah istimewa kepada adik, kakak anak saudara, kawan pejabat atau sesiapa sahaja yang sedang mengandung bolehlah menghadiahkan produk yang comel ini. 

Baby nest menggunakan seratus peratus kekabu asli dan sangat lembut untuk kelesaan bayi. Manakala toto bayi pula terdiri dari fiber yang lembut dan bantalnya pula terdiri dari kekabu asli. Whatsapp segera 017-4315193 dan sertakan gambar produk yang anda minat. Siapa cepat dia dapat.

Bayi tidur lena, ibu pun boleh tidur lena. 


Wednesday, 21 June 2017

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2017/1438H


Dengan ingatan tulus ikhlas saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri minal aidin wal faizin kepada semua pembaca blog ini di mana sahaja kalian berada.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf, Zahir & Batin

Saturday, 17 June 2017

Nak Pakai Tudung Apa Raya Ini?


Selain baju raya, memilih tudung atau shawl yang sesuai untuk raya nanti bukan juga perkara yang mudah. Tudung atau shawl mesti sesuai dengan tema baju yang dipakai, warna kulit dan bentuk muka. Kadang-kadang sudah pergi ke semua kedai yang menjual tudung masih juga tidak sesuai. Nampak sahaja ada kedai yang menjual tudung dan shawl mesti hendak singgah, kalau-kalau terjumpa dengan tudung yang dikehendaki. Sudah puas mencari melalui google, nampak berkenan di hati tetapi rupanya produk lama, sudah tidak dijual lagi. Susahnya mencari yang sesuai.

Oleh sebab itu ada sahaja yang sanggup membeli kain sendiri dan menghantar kepada kami untuk dijahit. Ada sejauh Sabah dan Sarawak sanggup menghantar kain sendiri dan menanggung kos pos untuk mendapat tudung dan shawl yang sesuai dengan pilihan hati.

Memilih tudung untuk dipakai raya nanti memang nampak mudah di mata suami tetapi cukup memeningkan kepala isteri. Masakan tidak, kadang-kadang di malam raya pun masih hendak keluar mencari lagi.

Jadi jenis tudung apa yang sesuai dipakai? Boleh lihat pilihan di bawah.

Tudung Bawal


Tudung bawal berbentuk empat segi sama dan memang sesuai dipakai sepanjang masa. Sentiasa evergreen. Ada yang plain dan ada yang bercorak. Digemari oleh golongan remaja terutamanya anak-anak gadis. Boleh dipakai tidak kira majlis. Cuma perlu pandai melilit untuk memakainya. 

Harga ada yang murah dan ada yang mahal bergantung kepada jenis bahan kain. Semurah RM5.00 pun ada. Mampu dimiliki oleh hampir semua golongan. Jahitan tepi kain kebiasaanya adalah jahit baby seam atau jahit tepi halus. Raya nanti bolehlah cari tudung bawal jika belum jumpa lagi tudung apa nak dipakai.

Shawl


Ada pelbagai jenis shawl di pasaran. Ada yang jenis instant seperti tudung dua muka dan ada yang separuh instant. Bahan kain pula ada yang mahal seperti chiffon, moss crepe, satin dan lycra dan ada juga yang murah. Ada pelbagai bentuk yang dipotong panjang. Kebiasaaanya 2 meter atau 1,8 meter dengan kain bidang 60. Potongan begini biasanya perlu pandai melilit untuk bergaya. 

Untuk shawl instant pula sangat mudah dipakai. Sarung sahaja dan membuat sedikit adjustment sudah siap bergaya. Kadang-kadang tidak memerlukan pin atau kerongsang. Menjadi pilihan kebanyakan golongan yang suka bergaya. Kebiasaanya yang berumur  di antara 20an hingga 40an. Harganya sederhana bergantung kepada jenis bahan kain  Kami paling banyak menerima tempahan untuk shawl jenis ini. 

Sesiapa nak bergaya pada hari raya ini bolehlah cuba memakai shawl. Banyak pilihan warna yang sesuai dengan tema baju yang dipakai. 

Tudung Berawning



Tudung berawning juga boleh dikategori sebagai tudung instant. Mudah dipakai dan tidak memerlukan banyak adjustment. Ada design dua layer, 3 layer dan ada juga design dari kain lycra atau moss crepe. Sangat popular untuk golongan pertengahan dan dewasa. Ada jenis soft awning atau hard awning. Harga juga dalam kategori sederhana dan mampu dimiliki.

Tudung berlayer juga terdapat dengan pelbagai warna yang sesuai dengan tema baju. Nampak eksklusif dan berseri apabila memakai tudung ini.

Tudung lycra atau moss crepe berawning pula sesuai untuk golongan yang amat mementingkan penjagaan aurat kerana ianya tebal dan kebiasaanya labuh. Sesuai untuk pergi ke masjid dan melawat saudara mara. Ianya juga mudah dijaga kerana tahan lasak dan kadang-kadang tidak perlu digosok. Ada yang bercorak dan ada yang plain. Banyak pilihan warna dan corak yang sesuai dengan tema baju raya. Jika pening memikirkan tudung apa yang sesuai dengan tema baju. Pilihlah yang ini. Suami pasti gembira. 

Tudung dan Shawl Berserta Aksesori


Jika inginkan kelainan dan nampak mewah dan eksklusif, bolehlah pilih tudung yang terdapat aksesori tertentu seperti lace, renda, manik, batu-batu kecil, sequin, bunga dan lain-lain. Kalau rajin boleh jahit sendiri pada tudung atau shawl yang dibeli. Dari jauh sudah pasti ada yang perasan kesan dari kilauan pada aksesori yang terdapat pada tudung.

Ada juga yang mahal harganya seperti tudung atau shawl yang bertatah dengan batu swarovski. Nampak mewah dan eksklusif.  Ada yang murah seperti lace dan kuntuman bunga. 

Apa salahnya mencipta kelainan pada hari raya ini dengan mencuba tudung atau shawl yang penuh dengan perincian aksesori ini. Pasti akan mendapat perhatian saudara mara dan kawan-kawan pada hari raya nanti. Ramai yang nak bergambar bersama nanti.

Sunday, 11 June 2017

Fesyen Baju Raya Tahun Ini








Bilakah masa paling sesuai untuk bergaya seperti selebriti? Di hari-hari biasa nampak janggal pula memakai pakaian berfesyen ini. Tambahan pula jika tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Yang bekerja pula juga terasa janggal juga memakai baju berfesyen ini. Jika tempat kerja ada Majlis Jamuan Makan Malam bolehlah mencuba. Itu pun kalau ada. Dalam ekonomi sekarang ini banyak syarikat dah berjimat.

Masa yang sesuai adalah sewaktu Hari Raya. Tidak terasa janggal untuk melaram seperti selebriti kerana hampir setiap orang akan memakai baju baru. Begitu juga dengan baju berfesyen. Oleh sebab itu peluang begini tidak boleh dilepas begitu sahaja. Lagi pun sekarang ini masa untuk berkongsi dengan rakan-rakan melalui facebook, whatsapp dan instagram. 

Biar keluar duit sedikit untuk mendapat baju fesyen yang berkenan di hati. Hari raya perlu dirai dengan rasa gembira. Malulah dengan saudara mara dan kawan-kawan kalau nampak biasa-biasa sahaja di hari raya. Biarlah nampak bergaya sedikit. Pada hari tersebut boleh dikatakan semua orang akan balik kampung. Kawan-kawan yang sudah lama tak berjumpa pun akan balik juga. Sekarang pun banyak petemuan dengan kawan-kawan sekolah atau reunion diadakan. Mestilah bergaya. Nak selfie dengan kawan-kawan juga nanti.

Paling terbaik untuk mendapat baju berfesyen yang selesa dipakai adalah dengan membuat tempahan menjahit kerana ukuran sudah tentu seperti yang dikehendaki. Walaupun nampak fit dengan badan tetapi selesa dipakai. Tak apa keluar duit sedikit. Kalau boleh biarlah sedondon satu keluarga. Rasanya sudah tak sabar lagi nak balik kampung menyambut hari raya.

Walau apa pun niat sebenar untuk berhari raya di kampung adalah untuk mengukuhkan silaturahim bersama saudara mara dan kawan-kawan.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018