Tempahan menjahit pakaian wanita, tudung, kelas menjahit. Tempahan baju kurung, jahit pukal shawl, peplum, blouse, shawl, selendang, telekung lycra, jahit shawl, jahit shawl instant, tudung syria, tudung labuh, tudung lycra,tudung chiffon, tukar awning tudung, belajar menjahit. Lokasi di Bandar Baru Bangi, Selangor. Selendang, shawl. Mencerita kehidupan seharian tukang jahit. SMS/WHATSAPP: 017-4315193
Showing posts with label tempahan menjahit shawl masih dibuka. Show all posts
Showing posts with label tempahan menjahit shawl masih dibuka. Show all posts
Sunday, 13 July 2014
Tempahan Menjahit Shawl Masih Dibuka
Sesiapa yang berminat untuk menghantar shawl untuk dijahit tepi halus, saya masih menerima tempahan pada masa ini. Walaupun hari raya berbaki lebih kurang dua minggu lagi, mesin jahit saya masih berupaya menjahit untuk saudara dan saudari. Kedua-dua mesin jahit saya beroperasi siang dan malam untuk memenuhi permintaan saudara saudari.
Kepada penjual shawl masa sekarang adalah masa terbaik untuk menjual kerana sudah menjadi budaya atau trend rakyat Malaysia yang ingin menyambut hari raya aidilfitri membuat pembelian last minute. Lihat sahaja di mana-mana sahaja sama ada di supermarket, pasar malam, uptown atau gerai-gerai jualan pakaian di hujung-hujung ramadan akan dipenuhi oleh orang ramai yang berpusu-pusu datang, sanggup berjalan kaki kerana meletak kereta di tempat yang jauh semata-mata ingin membeli belah pada saat-saat terakhir dan melakukan pembelian panik.
Malahan survey yang dilakukan di negara-negara Barat menunjukkan separuh (50%) daripada mereka yang membeli belah akan melakukan pembelian pada saat-saat akhir sebelum hari raya (Hari Krismas) dan kebanyakannya adalah wanita. Mereka memberi alasan terlalu sibuk untuk membeli pada saat-saat awal. Begitu juga trend yang sama berlaku di Malaysia. Lihat sahaja di malam raya ketika takbir bergema, masih ramai yang berada di tempat membeli belah kerana ingin membeli pada saat-saat akhir.
Membeli pakaian, tudung dan lain-lain menjadi keutamaan di saat-saat akhir ini untuk mereka yang hendak berhari raya. Ini kerana pada saat-saat awal semangat berhari raya tidak begitu terasa lagi disamping kesibukan dengan perkara-perkara yang lain yang lebih penting dan juga duit belanja yang tidak cuku. Pada masa sekarang juga syarikat-syarikat sudah memberi bonus raya atau duit raya kepada kebanyakan pekerja-pekerjanya. Membeli pada saat-saat akhir juga menjadi keseronokan pada sesetengah-sesetengah orang.
Oleh yang demikian peluang perlu diambil oleh peniaga-peniaga shawl untuk menjual pada waktu sekarang sama ada melalui gerai atau booth di pasar malam, uptown dan sebagainya atau menjual kepada kawan-kawan di pejabat yang tentunya sedang mencari-cari shawl yang sesuai dengan baju yang sudah dibeli awal. Insha Allah saya bersedia menjahit siang dan malam untuk saudara saudari supaya boleh menjualnya dalam masa yang cepat.
Kepada individu-individu yang masih tercari-cari shawl yang sesuai dengan kaler dan corak pada baju juga boleh menghantar kain yang sesuai dengan pilihan sendiri untuk saya jahit tepi halus pada shawl saudari. Boleh dapatkan kain chiffon, lycra, satin atau apa-apa sahaja yang saudari minat dan match dengan kaler baju dari kedai-kedai kain yang berdekatan. Pilihan kain dengan corak dan kaler sendiri tentu lebih baik dan menjimat masa daripada berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain, dari satu supermarket ke supermarket yang lain hanya semata-mata untuk mencari shawl yang match dengan kaler dan corak baju.
InshaAllah saya sedia menjahit untuk anda. Boleh juga datang ke rumah untuk melihat hasil jahitan saya dahulu sebelum membuat keputusan.
Saya gembira dan yang penting sekali saudara saudari juga gembira kerana impian terlaksana di hari raya ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Post Utama
Post Paling Popular
-
Saya akan bercuti di kampung sehingga hari Rabu, 26 Mac 2014. Segala panggilan/sms/whatsapp/pm dan sebarang pertanyaan masih akan dijawab se...
-
Printed Chiffon Terdapat pelbagai jenis fabrik di pasaran. Kadang-kadang sukar juga untuk membuat keputusan apakah fabrik yang sesuai...
-
Memenatkan tetapi menyeronokkan. Itulah yang saya boleh katakan selepas sesuatu aktiviti menjahit atau mengajar selesai. Terasa kepuasan bia...
-
Apabila kita membeli sesuatu pakaian seperti baju, seluar dan lain-lain yang berjenama biasanya kita akan mendapati terdapat label pada paka...
-
Kadang-kadang menjadi dilema tukang jahit menerima tempahan menjahit . Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum memotong kain, menjahit,...
-
kebaya kebarung Saya jarang menerima tempahan menjahit baju kebaya dan juga kebarung sejak berpindah ke Bangi ini. Tidak banyak...
-
Tudung bawal Tudung bawal memang terkenal sejak dahulu lagi dan mengalami beberapa transformasi seiring dengan perubahan fesyen tudung...