Showing posts with label tempahan jahit tepi. Show all posts
Showing posts with label tempahan jahit tepi. Show all posts

Saturday, 29 March 2014

Beli Mesin Jahit Tepi Halus

mesin jahit tepi halus

jahitan tepi shawl

Paling banyak tempahan menjahit yang saya terima adalah tempahan jahit tepi shawl dan tempahan jahit tepi tudung. Tempahan jahit tepi halus ini mengatasi tempahan menjahit baju dan tempahan menjahit tudung

Sebelum ini saya hanya mempunyai satu sahaja mesin jahit tepi halus. Pada masa ini saya merasakan satu keperluan untuk membeli sebuah lagi mesin jahit tepi halus ini. Tujuan utama adalah sebagai 'back up' jika berlaku kerosakan kepada mesin jahit tepi halus yang satu lagi.

Pernah terjadi mesin jahit tepi halus saya rosak dan technician pula tidak boleh datang menyebabkan segala aktiviti menjahit tudung dan shawl terganggu. Ini merugikan masa saya kerana mesin jahit tepi halus adalah mesin yang wajib ada untuk jahitan tudung dan shawl. Mesin jahit tepi juga satu keperluan jika ada kelas menjahit tudung. Jika berlaku kerosakan segala rancangan saya akan terganggu. Bayangkan jika mesin tersebut rosak dan pelanggan pula hendakkan shawl atau tudung mereka dengan segera. Technician pula tidak boleh datang pada hari itu dan mungkin juga dalam dua tiga hari juga. Ini boleh menyebabkan segala urusan terganggu pada saat-saat kritikal tersebut. Oleh sebab itulah saya membuat keputusan untuk membeli sebuah lagi mesin jahit tepi halus sebagai 'back up' jika berlaku kecemasan. Jika satu rosak satu lagi boleh digunakan sementara menunggu technician datang repair.

Selain daripada itu kedua-dua mesin tersebut boleh digunakan jika terdapat tempahan yang banyak. Mesin jahit tepi halus sangat mudah untuk digunakan. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya setelah mencuba beberapa kali.

Mesin jahit tepi ini berjenama MAQI buatan dari China. Mesin ini mesin baru bukannya mesin secondhand. Saya telah mencuba untuk jahitan pada kain chiffon dan lycra. Kedua-dua kain tersebut mempunyai kualiti jahitan yang sangat memuaskan. Lihat sendiri kualiti jahitan tepi halus pada gambar di atas. Selepas ini bolehlah saya mempercepatkan lagi setiap tempahan jahit tepi tudung dan shawl yang saya terima.

Nampaknya ruang rumah saya terpaksa saya korbankan lagi untuk memberi ruang kepada mesin jahit baru. Mungkin jika saya perlu tambah lagi mesin jahit pada masa akan datang, saya perlu pertimbangkan untuk mencari tempat yang lebih luas.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018