Dalam entri saya sudah tunjukkan contoh jahitan dengan hiasan sequin. Kali ini saya tunjukkan beberapa lagi contoh jahitan sequin seperti gambar di atas.
Hiasan sequin ini terletak pada kedudukan di atas kepala untuk menampak kesan kilauan yang menarik. Kesan kilauan juga boleh kelihatan dengan meletakkan manik, kristal, batu swarovski dan lain-lain atau beli sahaja kain jenis glitter. Efek kilauan akan jelas kelihatan apabila shawl ini dipakai di bawah cahaya lampu terutamanya apabila menghadiri majlis-majlis atau perayaan tertentu pada waktu malam.
InshaAllah pada entri yang akan datang saya akan tunjukkan shawl sequin dalam beberapa bentuk yang lain pula.