Saturday 2 July 2016

Koleksi Fesyen Baju Raya 2016

Alhamdulillah semua tempahan baju raya sudah siap. Baju untuk diri sendiri dan anak-anak juga sudah disiapkan. Selesai sudah kesibukan hari raya untuk tahun ini. Disamping baju, tudung dan shawl juga sudah siap. Semuanya berjalan dengan lancar. Projek menjahit tudung dan shawl selepas raya juga sudah sedia menanti. Nampaknya kesibukan ini akan berterusan. InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar.

Saya kongsikan beberapa gambar fesyen baju raya untuk tahun ini yang sempat dirakam..









Ramai yang sudah bergerak pulang ke kampung. Saya masih di sini menunggu pelanggan mengambil baju mereka. Di samping itu ramai yang datang ke kedai untuk memotong labuh baju dan kain. Hari terakhir adalah pada hari ahad. Isnin saya juga akan bergerak pulang ke kampung.

Kepada semua yang memandu pulang berhati-hati di jalan raya. Semoga semua selamat sampai untuk memeriahkan hari raya di kampung halaman dengan fesyen baju raya masing-masing.

Sunday 5 June 2016

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 2016


Kepada semua pembaca blog www.nashfesyen.blogspot.com saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa 2016-1437H.

Semoga ramadan tahun ini menjadi lebih baik dari ramadan-ramadan sebelum ini.

Friday 27 May 2016

Bercuti


Saya akan bercuti bermula 28.5.2106 sehingga 2.6.2016. Sebarang urusan mengenai tempahan boleh hubungi saya melalui telefon. Jika ingin berjumpa saya sila datang ke kedai selepas 2 Jun 2016. 

Tempahan untuk baju raya sudah ditutup tetapi empahan untuk shawl dan tudung masih dibuka. Saya menerima tempahan pukal tudung dan shawl sahaja pada masa sekarang.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018