Monday 29 July 2013

Mesin Jahit Tepi

                                                            Mesin jahit tepi
                                                        
Dah la banyak lagi tudung tak siap mesin jahit tepi pula buat perangai. Dari pagi tadi asyik putus. Banyak lagi tudung syria tak siap. Akhirnya terpaksa panggil Alex repair mesin. Panggil guna telefon rumah tak jawab. Nasib baik bila pakai hanphone dia jawab. Alex pula setuju nak datang. Cepat sahaja sampai. Bila buka mesin tu rupa-rupanya pisau bengkok. Alhamdullillah dak ok.

Sesiapa yang berminat untuk dapat service repair machine daripada Alex boleh hubungi Kak Ros.

Mesin jahit tepi jenama Yashima memang dah lama berjasa. Dah lebih 10 tahun. Masa pindah kat Sabah hari tu mesin pun angkat pindah sekali. Sekarang kat Bandar Baru Bangi pula. Mungkin mesin ni perlu rehat juga. Akhirnya kena keluar juga RM 40.00. Nasib laaa.

Menerima Tempahan Menjahit Pakaian Wanita

                                                            Baju yang siap dijahit

Entri yang pertama ini saya ingin membuat promosi berkaitan perkhidmatan yang saya sediakan. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan baju kurung, baju moden, shawl, tudung chiffon dan lycra, langsir, baju melayu termasuk juga kursus menjahit baju dan tudung. Saya sedia menerimanya secara pukal atau individu. Bawa atau pos sahaja contoh baju bersama kain yang nak ditempah.

Saya juga menyediakan kursus menjahit baju, tudung dan langsir. Nak tukar awning tudung dan tukar zip pun boleh.

Lokasi di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Boleh hubungi Kak Ros di 017-4315193 atau 03-89289970 atau datang sendiri ke rumah Kak Ros.

Kualiti terjamin. Biasanya pelanggan tersenyum puas bila pulang.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018