Tempahan menjahit pakaian wanita, tudung, kelas menjahit. Tempahan baju kurung, jahit pukal shawl, peplum, blouse, shawl, selendang, telekung lycra, jahit shawl, jahit shawl instant, tudung syria, tudung labuh, tudung lycra,tudung chiffon, tukar awning tudung, belajar menjahit. Lokasi di Bandar Baru Bangi, Selangor. Selendang, shawl. Mencerita kehidupan seharian tukang jahit. SMS/WHATSAPP: 017-4315193
Showing posts with label spun polyester. Show all posts
Showing posts with label spun polyester. Show all posts
Monday, 5 May 2014
Benang Polyester Untuk Jahit Tepi Halus
Terdapat berbagai jenis benang untuk tujuan menjahit. Ada yang diberi nama berdasarkan kegunaannya seperti benang jahit, benang sulam, benang jahit tepi, benang cross stitch dan sebagainya. Ada juga yang diberi nama berdasarkan bahan asas pembuatannya seperti benang kapas, benang rayon, benang nylon, benang getah, benang polyester dan sebagainya.
Untuk kegunaan menjahit yang biasa digunakan adalah dari jenis benang polyester. Polyester adalan bahan buatan manusia yang dihasilkan dari bahan kimia petroleum.
Ciri-ciri benang polyester adalah dari jenis benang yang mempunyai kekuatan yang tinggi, bersifat elastik, mempunyai ketahanan pada suhu yang panas dan juga sangat stabil. Disamping itu juga benang polyester juga tahan pada gosokan, tidak mudah luntur dan mempunyai ketahanan terhadap kakisan bahan kimia dan bakteria.
Kelebihan bahan ini kerana mudah dijaga serta tidak mudah kusut dan kelihatan kemas dan rapi. Kekurangannya adalah dari segi daya serapan terhadap lembapan yang rendah. Benang polyester juga boleh didapati dalam pelbagai warna dari warna dari terang sehingga ke warna yang pudar.
Oleh kerana sifat yang sedemikian menjadikan benang polyester selalu digunakan untuk menguatkan jahitan, kekemasan pada pinggir kain dan pelbagai lagi kegunaan lain.
Terdapat pelbagai jenis benang yang berorientasi polyester diberi nama berdasarkan proses penghasilannya. Antaranya seperti spun polyester dan filament polyester,
Benang polyester yang biasa digunakan untuk jahit biasa adalah dari jenis spun polyester. Spun polyester dihasilkan dari 'polyester staple fiber' iaitu fiber sintetik yang kecil dengan panjang yang pelbagai, tercantum dan dipintal (twist) bersama-sama untuk menjadi benang 100% poliester atau benang poliester dengan campuran fiber-fiber lain seperti kapas, viscose dan lain-lain.
Halus atau kasar sesuatu benang ditentukan dengan nombor benang. Biasanaya disebut dengan ukuran S (spining = gulungan / putaran ) seperti yang biasa kita lihat pada bobbin atau kon benang iaitu 45S, 40S, 32S, 30S, 28S, 20S, 16S, 14S, dan seterusnya. Semakin besar ukuran benang yang tertera pada kon atau bobbin semakin kecil ukuran diameter benang. Contoh : 30S < 20S.
Satu lagi jenis benang poliester yang banyak digunakan adalah benang filamen poliester sama ada dari jenis polimer filamen bertesktur atau 'texturized polyester filament'. Sifatnya yang licin, gebu, lembut dan nampak menarik apabila digunakan untuk kemasan pada kain yang berserabut. Biasanya digunakan untuk mesin jahit tepi biasa atau jahit tepi halus (overlock/serger machine).
Untuk jenis benang filamen berpanjangan tetap (continous) ukuran benang yang digunakan adalah dengan ukuran Dennier (D) seperti yang tertera pada kon : 20 D, 30 D, 40 D, 70D, 75 D, 150 D, 300 D, 600 D, dan 1200 D. Semakin besar ukuran benang maka semakin besar pula benang yang digunakan (ukuran diameter benangnya). Contoh : 150 D > 75 D
Untuk jahit tepi halus biasanya boleh digunakan benang spun polyester dan juga benang filament polyester di mana untuk 3 benang, 1 benang menggunakan benang jahit biasa iaitu spun polyester dan 2 benang menggunakan benang filament polyester untuk memberi kekuatan, kehalusan dan kekemasan pada hasil jahitan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Post Utama
Post Paling Popular
-
Saya akan bercuti di kampung sehingga hari Rabu, 26 Mac 2014. Segala panggilan/sms/whatsapp/pm dan sebarang pertanyaan masih akan dijawab se...
-
Printed Chiffon Terdapat pelbagai jenis fabrik di pasaran. Kadang-kadang sukar juga untuk membuat keputusan apakah fabrik yang sesuai...
-
Memenatkan tetapi menyeronokkan. Itulah yang saya boleh katakan selepas sesuatu aktiviti menjahit atau mengajar selesai. Terasa kepuasan bia...
-
Apabila kita membeli sesuatu pakaian seperti baju, seluar dan lain-lain yang berjenama biasanya kita akan mendapati terdapat label pada paka...
-
Kadang-kadang menjadi dilema tukang jahit menerima tempahan menjahit . Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum memotong kain, menjahit,...
-
kebaya kebarung Saya jarang menerima tempahan menjahit baju kebaya dan juga kebarung sejak berpindah ke Bangi ini. Tidak banyak...
-
Tudung bawal Tudung bawal memang terkenal sejak dahulu lagi dan mengalami beberapa transformasi seiring dengan perubahan fesyen tudung...