Motif bunga pada pakaian menjadi lambang keanggunan wanita sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi kerana kecantikannya. Tidak kira sama ada pada baju, kain, tudung atau shawl ianya tetap mendapat tempat di kalangan ramai wanita. Bunga-bunga yang tercetak cantik pada kain dengan pelbagai warna menjadi pemakainya berseri-seri seperti mana bunga-bunga di taman yang indah. Keceriaan motif ini menambah lagi kepelbagaian dalam dunia fesyen.
Juga dikenali sebagai motif floral kerana berasaskan pada tumbuh-tumbuhan dan ianya dikatakan berasal dari Asia Tengah. Kain bermotif bunga juga pernah menjadi barangan mahal di Eropah kerana kesukaran mendapatkannya pada masa itu. Diperkenalkan di Eropah oleh pedagang-pedagang Inggeris, Belanda dan Portugis yang membawa pulang dari India ketika itu Kain dari India ini dikenali sebagai kain chintz yang ditenun dengan kain kapas dan dicetak dengan motif bunga-bunga kecil pelbagai warna.
Kain ini menjadi mahal kerana pada masa tersebut penenun dari Eropah belum mempunyai kepakaran untuk menghasilkan kain chintz bermotif bunga ini. Pemerintah di Perancis dan England pernah melarang penjualannya kerana kepopularan kain ini pada masa itu. Walaupun dilarang kain bermotif ini tetap dijual dan dipakai sehinggalah formula mencetak dan mengeluarkan kain bermotif ini ditemui barulah larangan itu ditarik balik.
Motif bunga juga terkenal di zaman Empayar Othmaniah terutamanya di kalangan golongan bangsawan di istana Turki. Pedagang dari Itali pernah membawanya pulang ke Eropah dan mendapat sambutan yang hebat di sana.
Di China dan Jepun motif bunganya adalah berasas bunga-bunga oriental dan sakura. Di Malaysia motif bunga banyak dicetak pada kain-kain batik dan mendapat sambutan yang baik di kalangan peminat-peminat batik.
Corak bunga memang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Ada sahaja permintaan terhadap corak bunga ini sama ada pada shawl atau pun pakaian.
Cara pemilihan bunga pada pakaian juga penting terutama dari segi saiz bunganya supaya tidak nampak seperti serumpun pokok bunga yang bergerak pula.
Kenapa hari ini terasa seram sejuk hendak demam sahaja badan ini? Malam ini terpaksa tidur awal di saat masih ada baju dan tudung sekolah anak-anak yang belum siap dijahit, Harap besok hari sembuh seperti sedia kala supaya terus dapat menjahit dan menulis di blog ini lagi.