Fesyen shawl sudah pelbagai. Setiap satu mempunyai keunikannya yang tersendiri mengikut kreativiti perekanya. Keunikannya bergantung kepada cara potongannya sehinggalah kepada tambahan perincian pada shawl. Perincian seperti jahitan manik, kuntuman bunga, lace dan lain-lain dengan pelbagai bentuk dan design menjadikan shawl begitu istimewa sekali.
Gambar di atas adalah contoh shawl yang dijahit dengan lace tempahan dari pelanggan saya. Cantik dan menarik sekali corak bunga lace yang dipilih. Saya kongsikan di sini supaya dapat memberi idea kepada peminat shawl yang tercari-cari jenis-jenis fesyen shawl yang sesuai. Rajin-rajinlah selak dalam bab-bab yang lain dalam blog ini.