Showing posts with label promosi bisnes di internet.. Show all posts
Showing posts with label promosi bisnes di internet.. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

Keyword Untuk Promosi Bisnes Di Internet

Entri kali ini saya ingin kongsikan bagaimana saya menggunakan keyword sebagai strategi untuk mempromosi blog ini melalui search engine. Cara setiap orang mungkin berlainan untuk mempromosi blog masing-masing. Oleh kerana saya tidak rajin untuk blog walking, join forum, event dan sebagainya saya lebih mengharapkan trafik blog ini datang daripada search engine. Lagi pun blog ini adalah berkaitan niche jahit menjahit dan fesyen wanita yang mempunyai peminat yang kecil berbanding blog lain yang lebih umum dan mempunyai pembaca yang ramai. 


Keyword pada carian google berada pada tempat teratas pada laman pertama google

Beberapa hari yang lepas, peti ais di rumah saya rosak. Saya ada dua pilihan untuk baiki semula atau membeli yang baru. Pilihan yang pertama perlu dibuat dahulu sebelum pilihan kedua. Untuk membaiki peti ais saya perlu cari juruteknik yang tinggal berdekatan dengan rumah saya. Cara yang paling mudah adalah dengan membuat carian pada search engine. Yang paling popular adalah menggunakan google. Biasanya jika carian berada pada laman pertama google, yang itulah yang akan panggil dahulu.

Lihat betapa pentingnya peranan search engine dalam mempromosi bisnes yang kita lakukan. Setiap hari ramai yang mengguna search engine untuk mencari maklumat dan menyelesaikan masalah mereka. Dari melakukan kerja-kerja pejabat sehinggalah perkara yang sekecil-kecilnya. Mencari warna pakaian, mencari tukang urut, mencari resepi masakan, mencari tempat percutian, membuat kertas kerja dan bermacam-macam lagi.



Blog yang saya bangunkan ini adalah untuk mempromosi servis menjahit yang saya lakukan di samping memperkenalkan produk yang saya jahit sendiri seperti pakaian, tudung dan shawl. 

Blog untuk mempromosi bisnes selalunya tidak popular. Tambahan pula blog tersebut sarat dengan iklan-iklan promosi seolah-olah membacanya seperti membaca iklan. Tidak ada cerita-cerita menarik, sensasi, pelik, menggoda yang dipaparkan di sini. Melihat kepada nama domain sahaja sudah ada persepsi bahawa blog ini hanya untuk promosi bisnes semata-mata. Oleh itu ianya tidak menarik, tidak perlu dikongsi, tidak perlu dipromosi kerana menguntungkan pemilik blog sahaja.



Oleh itu untuk menarik pengunjung datang ke blog ini saya perlukan strategi tertentu. Cara yang terbaik yang selalu saya fikirkan adalah dengan mempromosinya melalui laman search engine. Pencari maklumat atau produk akan membuat carian melalui search engine dan dari situ akan menarik pencari maklumat ke blog ini. Itulah strategi yang terbaik mencari pembaca untuk blog ini.

Apabila saya mula melancarkan blog ini pada bulan Julai tahun lepas perkara pertama yang saya fikirkan adalah bagaimana blog ini boleh diindek melalui google. Keyword apakah yang sesuai untuk blog ini supaya apabila pengunjung mencarinya akan terus datang ke blog ini dan seterusnya mereka mengetahui perkhidmatan yang saya sediakan.




Membuat Kajian Keyword

Membuat kajian keyword adalah untuk mendapat keyword sasaran yang mempunyai banyak carian supaya dapat menarik trafik ke blog. Pada mulanya saya mencuba menggunakan Google Keyword Planner untuk mencari keyword yang paling banyak dicari melalui search engine untuk perkhidmatan jahit menjahit yang saya sediakan dalam blog ini. Tidak banyak yang saya dapat kerana senarai keyword yang dipaparkan kebanyakan dalam Bahasa Inggeris. Mungkin ianya tidak begitu berkesan kerana saya mencari senarai keyword dalam Bahasa Melayu. Google Keyword Planner lebih sesuai untuk keyword berbahasa Inggeris terutamanya untuk pengiklanan menggunakan Adwords. Saya juga cuba mengguna tool yang lain tetapi hasilnya sama sahaja. Tidak begitu berkesan dan tidak perlu untuk saya menggunakannya.

Cara yang paling mudah adalah untuk mendapat senarai keyword yang selalu dicari pengunjung dengan merujuk kepada keyword yang dicadangkan oleh google. Setiap kali kita menaip pada kotak google akan muncul beberapa keyword yag dicadangkan oleh google. Dari situ saya mula menulis entri berdasarkan keyword cadangan tersebut.



Bukan setakat itu sahaja, saya juga melihat ke dalam beberapa forum yang mempunyai post berkaitan jahit menjahit untuk mendapat idea apakah pertanyaan-pertanyaan yang selalu ditanya untuk mendapat servis dari tukang jahit. Dari situ saya boleh mendapat idea keyword apa yang perlu saya gunakan dalam setiap entri blog. Walau bagaimana pun ianya tidak banyak membantu kerana forum yang membincangkan tentang jahit menjahit ini amat kurang sekali.

Satu lagi tempat untuk mengetahui apa yang selalu dicari dari servis tukang jahit adalah melalui facebook group. Daripada situ saya mendapat banyak idea untuk menulis entri blog berdasarkan keyword pertanyaan yang selalu digunakan. Saya mula mengenali istilah-istilah yang tidak pernah saya dengar sebelum ini kerana di tempat yang berlainan menggunakan istilah yang berlainan.

Istilah-istilah seperti jahit lis, kun, piping, serger machine, baby lock, baby seam, coverstitch, jahit kelim, jahit tepi curly dan lain-lain antara contoh-contoh yang saya gunakan dalam beberapa entri blog selepas saya lihat ada permintaan dan saya pula boleh melakukannya.

Pada masa sekarang lebih mudah untuk saya membuat analisis keyword untuk servis dan produk yang saya tawarkan. Setiap hari saya menerima begitu banyak pertanyaan  sehingga kadang-kadang saya juga terpaksa merujuk semula pada google untuk mencari jawapannya. Contohnya seperti warna kain, design tudung, fesyen baju yang saya tidak tahu sebelum ini. Ada kalanya diluar bidang saya sendiri. Semuanya memberi saya idea keyword-keyword yang sesuai untuk entri blog saya yang seterusnya.


Keyword yang menyebabkan saya mendapat tempahan setiap hari

Melihat Pesaing yang Menawar Servis & Mengguna Keyword Yang Sama

Saya membuat perbandingan dengan blog lain termasuk web pengiklanan yang menggunakan keyword yang sama dengan menaip pada petak google untuk keyword yang saya perlukan. Saya agak bernasib baik  kerana tidak banyak blog atau web yang menawarkan servis yang saya lakukan. Yang ada hanyalah beberapa blog, web pengiklanan seperti dan beberapa post pada forum tertentu. Sekarang saya sudah ada senarai keyword yang perlu saya gunakan dan kurangnya saingan untuk keyword tersebut. Saingan untuk menguasai page pada google menjadi lebih mudah .

Menggunakan Keyword Bahasa Inggeris

Saya menulis bukan menggunakan Bahasa Melayu standard seratus peratus. Beberpa istilah dalam bahasa Inggeris saya kekalkan kerana keyword tersebut lebih banyak dicari berbanding dalam bahasa Melayu. Contohnya perkataan shawl lebih banyak dicari daripada perkataan selendang. Perkataan kain lebih banyak digunakan berbanding perkataan fabrik. Kain chiffon lebih banyak ditaip berbanding fabrik sifon. Begitu juga perkataan lycra berbanding likra, halfmoon berbanding separuh bulatan, dan lain-lain. Kadang-kadang saya mencampur aduk antara kedua-duanya.

Mengguna Long Tail Keywords

Apabila pengunjung mencari sesuatu di search engine, mereka tidak menaip dalam satu patah perkataan sahaja. Mereka biasanya menggunakan lebih daripada satu patah perkataan dan perkataan yang lebih spesifik untuk mencari maklumat yang diperlukan. Contohnya mereka tidak menaip perkataan tudung untuk mencari maklumat tentang tudung tetapi menaip lebih daripada satu patah perkataan untuk mendapat maklumat yang mereka cari. Contohnya long tail keywords seperti tempahan menjahit tudung syria, cara menjahit tudung, kelas menjahit tudung, cara jahit tudung 3 layer dan lain-lain

Jadi saya memanafaatkan pengetahuan ini untuk bermain-main dengan keyword untuk setiap entri yang saya post di blog. Matlamat utama supaya keyword yang dicari boleh diindex pada laman google dan dicari oleh pengunjung.

Teknik ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Misalnya jika ingin menawarkan servis jahit tepi halus, Gunakan long tail keywords seperti jahit tepi halus di tempat masing-masing. Jika servis dilakukan di Seremban boleh mengguna keyword jahit tepi tudung Seremban, jahit tepi shawl di Seremban. Kalau servis dilakukan di Melaka gunakan keyword seperti jahit tepi shawl Melaka atau kalau nak lebih spesifk gunakan mengikut kawasan masing-masing seperti jahit tepi shawl di Seri Kembangan, Jahit tepi halus Kuala Lumpur dan lain-lain. Keyword ini selalu dicari tetapi kurang saingan.

Saya juga mengguna tajuk entri sebagai keyword sebagai strategi supaya diindek digoogle. Lihat setiap tajuk entri saya, tidal menarik tetapi menjadi keyword carian di search engine.

Mengelak Mengguna Keyword Yang Negatif

Saya cuba mengelak mengguna keyword yang negatif yang boleh menjadi keyword tersebut popular di internet. Perkataan seperti mesin jahit rosak, tempahan sudah ditutup seboleh-bolehnya saya cuba elakkan kerana keyword tersebut boleh memberi kesan yang negatif kepada khidmat yang saya sediakan jika dindek pada laman google. Saya lebih suka menggunakan keyword yang positif seperti tempahan masih dibuka, jahitan berkualiti, dan lain-lain.

Mempelbagaikan Perkhidmatan

Untuk memastikan servis yang saya lakukan tidak terhad kepada menjahit baju, tudung dan shawl sahaja, saya juga menerbit beberapa entri untuk servis menjahit yang lain. Contohnya seperti jahit lencana sekolah, tukar zip seluar, tukar awning tudung, repair awning tudung, jahit skirting meja dan lain-lain. Apabila keyword tersebut ditaip pada google, blog ini akan tersenarai di laman pertama google. Ini memberi keuntungan kepada saya walaupun sedikit sahaja. Boleh juga buat belanja dapur.

Lebih Dari 10,000 Keywords Tesenarai Dari Carian Pada Search Engine




Sejak blog ini dilancarkan sehingga September 2014  sudah terdapat lebih daripada 10,000 carian keyword oleh pengunjung yang datang ke blog ini seperti mana senarai dari Google Analytics. Dengan begitu banyak keyword yang tersenarai pada google untuk blog ini dan keyword tersebut tertumpu kepada keyword berkaitan jahit menjahit, fesyen pakaian, tudung,shawl da lain-lain menjadikan blog ini satu lombong emas kepada saya sepanjang masa kerana keyword tersebut sentiasa evergreen dan dicari sepanjang masa.

Keyword seperti cara menjahit tudung, pola tudung butterfly, panduan menjahit tudung dan lain-lain telah menyebabkan saya berjaya menjual pola tudung setiap minggu. Sekurang-kurangnya 3 hingga 5 pola setiap minggu dan kadang-kadang lebih. Ini memberi pendapatan tambahan kepada saya selain daripada tempahan menjahit dan kelas menjahit.

Keyword seperti kelas menjahit tudung, belajar menjahit tudung, bengkel menjahit tudung, panduan menjahit tudung menyebabkan saya berjaya mengadakan kelas menjahit tudung hampir setiap minggu kecuali saya berkata tidak untuk minggu tersebut.

Keyword seperti jahit tepi tudung, jahit tepi shawl, tempahan menjahit tudung, tempahan menjahit jubah, jahit blouse, jahit dress dan lain-lain menyebabkan saya menerima tempahan yang tidak putus-putus dari pelanggan  sehingga ke hari ini. Ada sesetengahnya saya terpaksa menolak kerana tidak mampu memberi komitmen dalam masa yang ditetapkan.

Terdapat lebih kurang 1200-1500 keyword sebulan yang dicari seperti mana pada Google Analytics yang membawa pengunjung ke blog ini dan menjadikan trafik ini sentiasa konsisten setiap bulan. Pembacanya datang dari carian pada search engine.

Saya senaraikan beberapa keyword daripada lebih 1500 keyword untuk carian keyword untuk tempoh sebulan yang membawa pembaca ke blog ini.








Tujuan saya menulis entri ini bukan untuk berbangga tetapi lebih kepada perkongsian mengikut pengalaman saya sendiri mempromosi blog ini. Mungkin bermanafaat kepada orang lain untuk bisnes yang lain. Saya juga masih belajar sebagaimana saya masih belajar dalam bidang jahitan dan bisnes. Marilah sama-sama kita bersaing dengan cara yang sihat.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018