Showing posts with label fabrik satin. Show all posts
Showing posts with label fabrik satin. Show all posts

Friday 25 October 2013

Dress Satin

dress satin

rekabentuk dress satin seperti diminta pelanggan

satin pelangi 

Berbagai jenis fabrik yang diguna untuk membuat pakaian, tudung dan shawl. Dress satin di atas ditempah oleh pelanggan mengikut design seperti pada gambar. Dress ini belum siap sepenuhnya kerana ada lagi aksesori yang perlu ditampal pada dress tersebut. Antaranya reben yang hendak diikat pada pinggang. 

Kali ini saya ingin cerita tentang fabrik satin yang diminati oleh wanita kerana sifat-sifatnya yang menarik. 

Satin adalah hasil tenunan dan bukannya nama bahan untuk membuat fabrik. Satin boleh dibuat dari sebarang fiber atau kombinasi dari fiber-fiber yang lain. Pada asalnya satin dibuat daripada sutera, tetapi pada masa kini ia juga dihasilkan daripada rayon, cotton, nilon dan polyester. Satin mula dikenali di Eropah pada awal abad ke 20 selepas kain sutera. Walaupun satin dan sutera mempunyai ciri-ciri khas yang sama tetapi kedua-dua mengguna bahan fiber yang berlainan. Meskipun kedau-dua terasa lembut, satin mempunyai permukaan licin dan berkilat manakala sutera lebih halus dan ringan. 

Penenunan kain satin memerlukan penjagaan yang rapi kerana begitu rumit dan komplek untuk mendapat ciri-ciri khas permukaan berkilat dan licin. Kebanyakan permukaan di sebelah dalam kain satin lebih kasar tetapi ada juga satin yang licin dan berkliat di kedua-dua belah permukaan seperti Satin De Lyon. 

Antara sifat-sifat satin adalah  tekstur kain yang licin, lembut, kelihatan sendat bila dipakai, tidak berkedut dan biasanya tidak dihiasi dengan corak (plain).

Tahap kualiti yang tinggi pada kain satin akan membuatkan kain ini jatuh ter'letak' di atas badan pemakai. Kain yang berkualiti juga lembut dan mempunyai tahap kilauan yang menarik.

Kain satin menjadi pilihan wanita kerana fibernya yang lembut dan selesa dipakai. Di samping itu juga pemakainya akan kelihatan glamor, feminin, menggoda dan elegan.

Kainnya yang berkilat boleh menarik perhatian jejaka yang memakainnya. Si jejaka pula akan terpesona dengan kilauan yang terhasil dari kain satin dan ini yang  membawa fikiran si jejaka ke alam fantasi yang indah seperti berada di puncak kayangan bersama si dia yang memakai baju satin. Inilah yang dikatakan kesan elegan bila memakai pakaian satin.

Pakaian degan kain satin juga dipakai oleh si isteri untuk menarik perhatian dan menggoda si suami menjadikan suami seolah-olah tidak percaya dengan keindahan si isteri. Tidak hairanlah kain satin biasanya dijadikan baju tidur, kain cadar, sarung bantak dan sebagainya supaya dapat menimbulkan keseksian, keromantikan dan keghairahan antara suami isteri. 

Jika anda ingin menjadi glamor, menjadi perhatian, mahu kelihatan seperti selebriti, cepat-cepatlah pergi cari kain satin untuk dibuat pakaian tentunya suatu pengalaman baru akan terhasil semasa memakainya.

Sifat bersinar atau berkilau fabrik satin inilah yang menjadikan material ini berada pada kelas yg tinggi. Satin juga tersedia dalam pelbagai warna dan biasanya terang dan cerah. Antaranya seperti hitam, merah, ungu , biru, putih, pink/ros, biru muda, hijau muda seperti pucuk pisang, perak atau silver, pearl orange, kuning emas, chrome dan banyak lagi.

Fabrik satin biasanya digunakan untuk membuat blouse, dress, pakaian tidur seperti jubah, pyjamas dan lain-lain. Juga fabrik satin digunakan untuk cadar, curtain, kegunaan hiasan terutamanya di rumah-rumah mewah dan juga untuk gaun pengantin.

Satin juga semakin digemari sebagai selendang dengan jahitan tepi piping yang menarik. Untuk membentuk selendang dengan baik di kepala memerlukan kemahiran si pemakai dengan anak tudung yang sesuai. Pelbagai jenis fesyen pakaian dihasilkan dari fabrik satin hasil dari kreativiti dan inovasi pereka fesyen.

Walaupun kain ini kelihatan berat tetapi jika diteliti atau dirasakan  dengan jari-jemari kita, ia sebenarnya adalah lembut tetapi tebal. Ini adalah kerana penenun-penenun kain jenis ini melapiskan jaringan demi jaringan kain menjadi banyak lapisan yang akhirnya menjadi kain tebal yang lembut dan bersinar.

Terdapat pelbagai jenis kain satin. Antaranya

Kain satin jenis antique satin
Kain satin dari baronet satin
Kain satin dari canton satin
Kain satin jenis silk duchess
Kain satin jenis polyester duchess
Kain satin jenis silk duchess/viscose
Kain satin jenis silk chameuse
Kain satin jenis polyester chameuse
Kain satin jenis polyester crepe/crepe-back satin/satin-back crepe
Lain-lain seperti hammered satin, mesalline satin, panne satin, ribbed satin, slipper satin.

Bagaimana menjaga kain satin supaya tahan lama?

Pencucian.
Setiap satin berbeza dari segi bahannya dan memerlukan kaedah yang berbeza untuk menjaganya. Misalnya kain satin jenis asetat (acetate) dan satin sutera perlu dicuci dengan kaedah ‘dry clean’ sedangkan satin yang lain pula memerlukan dibasuh dengan air suam dengan mengguna detergen yang biasa sama ada dengan basuhan tangan atau mesin.

Rendamkan kain satin didalam air yang mempunyai detergen dan gosokkan dengan perlahan-lahan dan lembut lebih kurang ½ jam. Angkatkan dan lalukan di bawah air paip untuk membuang detergen pada pakaian.

Walaupun boleh mengguna mesin basuh tetapi dengan mengguna basuhan tangan lebih selamat kerana mengguna mesin basuh  kadang-kadang boleh meregangkan kain satin.

Pengeringan.
Letakkan kain satin yang sudah dibasuh pada permukaan rata dan lapkan  air yang belebihan dengan kain kering yang lembut. Letakkan disitu supaya kering. 

Seterika.
Pastikan semasa meyeterika setkan pada ‘low’ dan hanya gunakan seterika bila perlu sahaja. Adalah lebih baik untuk seterika kain satin ini di permukaan yang terbalik iaitu pada permukaan yang tak berkilat. Selepas itu simpan di tempat yang kering dan tidak lembab. Jangan simpan di tempat yang panas dan terdedah kepada cahaya matahari. 

Penyimpanan.
Simpan dalam almari dengan menggantung mengguna hanger supaya tidak ada bekas lipatan

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018