Thursday, 10 July 2014

Koleksi Baju Raya 2014 Tempahan Pelanggan

Baju yang ditunjukkan di bawah adalah tempahan dari pelanggan untuk paparan sahaja dan bukan untuk dijual. Banyak permintaan menjahit dress, jubah dan baju kurung.

Baju, Tudung, Shawl dan Telekung untuk dijual pula boleh dilihat pada entri yang lepas. Boleh klik link di bawah.

Beli Jubah Lycra 


Beli Tudung Lycra

Beli Shawl

Beli Tudung Hoodie

Beli Telekung (Boleh contact saya untuk dapat harga diskaun telekung)


Hari raya tinggal lebih kurang 2 minggu sahajalagi. Saya sendiri sudah target untuk cuba siapkan tempahan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum hari raya terutama sekali tempahan untuk baju kerana memberi ruang untuk sebarang komplen seperti  baju yang terkecil, terlalu besar dan lain-lain supaya mempunyai masa untuk direpair semula. Lagi pun saya sendiri perlukan masa untuk membuat persediaan menyambut raya. Baju anak-anak pun perlu dijahit juga. Nak juga merasa mencuba resepi berbuka puasa dan membuat kuih raya.

Setiap hari ada sahja yang bertanya ambil lagi tak tempahan. Dah tak sempat kecuali untu jahit shawl. Saya masih terima.












Selepas raya ini pun sudah ramai yang booking untuk jahit baju, shawl dan tudung. Jika permintaan terhadap tudung dan shawl tinggi mungkin saya terpaksa kurangkan aktiviti menjahit baju.

Saya bercadang untuk cuti panjang selepas hari raya ini. Sekurang-kurangnya 2 minggu. Berehat dan melupa sekejap aktiviti menjahit. Ramai juga yang bertanya bila nak buka kedai sendiri. InshaAllah jika ada rezeki. 

Kenapa semakin terasa tak sabar-sabar lagi nak balik kampung.
Post a Comment

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2017