Showing posts with label tempahan menjahit shawl. Show all posts
Showing posts with label tempahan menjahit shawl. Show all posts

Thursday, 28 May 2015

Tempahan Shawl Dari Seberang Jaya




Shawl kedut





Shawl bunga ros

Menghampiri bulan Ramadan menjadikan seoarang tukang jahit seorang yang sangat sibuk. Pada masa sekarang tempahan yang masuk tidak berhenti-henti. Tempahan shawl dari peniaga terutamanya perlu disiapkan sebelum puasa bermula kerana pada masa itu jualan mesti dilakukan awal. Tempahan baju raya pula perlu dirancang dengan betul untuk mengelaknya dari tidak siap. 

Ini menjadikan tukang jahit dalam dilema sama ada untuk terus mengambil tempahan atau berhenti dahulu sehingga tempahan yang ada berkurangan. Berhenti mengambil tempahan terutamanya dari customer baru memang merugikan kerana jika customer itu pertama kali datang mereka berpotensi menjadi customer tetap pada masa depan. Bagi customer lama pula apabila sudah biasa membuat tempahan mereka tidak mahu lagi mencari di tempat lain. Memang sukar untuk menolak. Keupayaan menjahit seorang diri memang tidak boleh kerana setiap orang hanya ada 24 jam sehari. Apabila ditolak waktu tidur dan urusan yang lain masa yang tinggal untuk menjahit hanya beberapa jam sahaja. Cara yang terbaik adalah dengan menambah lagi tukang jahit untuk membantu. Masa yang diperlukan sekarang sudah boleh digandakan. 

Cabaran baru pula akan timbul. Adakah kuliti jahitan sama seperti yang dikehendaki?  Cabaran ini akan berkurangan apabila tukang jahit yang baru tadi semakin mahir menjahit. Pada masa sekarang sudah mula berfikir untuk menambah lagi tempahan untuk diambil. Oleh itu cabaran itu akan berterusan sehinggalah apabila tempahan baru sudah tidak diambil lagi. Begitulah kitarannya.

Kadang-kadang berfikir juga tidak perlu lagi membuat promosi. Cukuplah dengan apa yang ada. Jangan jadi tamak yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. 

Mungkin saya perlu berfikir untuk menjahit untuk produk sendiri sahaja.

Monday, 15 December 2014

Tempahan Shawl & Tudung Pakai Sendiri









Ramai yang bertanya macam mana nak buat tempahan shawl?

Antara soalan yang popular.

Saya berminat nak tempah shawl. Bagaimana caranya?

Boleh tak saya minta akak sediakan kain?

Saya tinggal jauh. Boleh tak saya poskan kain?

Boleh tak bagi no telefon. Saya nak contact akak?

Saya ada design sendiri. Boleh tak akak jahitkan?

Saya nak jumpa akak. Boleh tak hari ini?

Saya nak jahit instant shawl. Berapa harga?

Untuk soalan di atas. Jawapan saya BOLEH. Hubungi saya melalui pm/sms/whatsapp: 017-4315193.  
Untuk kain saya hanya akan sediakan jika jenis plain sahaja dan bukan yang bercorak tetapi jika tempahan secara pukal saya galakkan untuk hantar kain sendiri. Jika untuk label cloth atau label jenama saya tidak buatkan. Perlu bawa sendiri. Saya jahitkan sahaja. 

Hantar gambar shawl atau tudung melalui whatsapp kerana saya pun kadang-kadang tidak ingat gambar apa yang ada dalam blog. Kalau ada contoh boleh bawa jika ada design yang saya tidak pernah buat. 

Kadang-kadang saya mengambil sedikit masa untuk menjawab pm/sms/whatsapp. Maklum sahajalah saya sedang menjahit.

Kak Ros kerja tukang jahit ka? 

Yang ini memang susah nak jawab.

Tuesday, 22 July 2014

Projek Menjahit Selepas Raya


Walaupun hari raya tinggal beberapa hari lagi pertanyaan terhadap tempahan menjahit shawl, tudung dan baju terus mendapat pertanyaan. Ada pengunjung yang baru berjumpa dengan blog ini mendapat idea untuk menjalankan bisnes menjual tudung dan shawl. Oleh sebab itulah pertanyaan demi pertanyaan diterima setiap hari.

Tudung atau shawl merupakan keperluan asas untuk wanita muslim. Sentiasa akan dibeli dan dipakai sepanjang masa. Tidak kira semasa perayaan atau tidak. Oleh sebab itu ianya menjadi suatu bisnes yang amat menguntungkan. Jika kena strateginya cara menjualnya, ianya mampu memberi pulangan yang lumayan.

Tambahan pula design fesyen shawl dan corak berserta warna yang menarik, digayakan pula oleh model yang jelita dengan kualiti jahitan yang kemas dan cantik mampu menggoda wanita dan gadis untuk mendapatkannya.

Seorang pelanggan saya yang membaca blog ini terus membeli kain dan menghantar kepada saya untuk dijadikan shawl. Bermula hanya dengan 10 helai shawl. Akhirnya kini berniaga shawl.

"Saya menjualnya kepada kawan-kawan di pejabat."

"Habis kesemuanya 5 helai dijual kepada kawan-kawan."

"Lagi 5 helai jual kat mana pula?"

"5 helai lagi saya pakai sendiri. Sayang pula nak jual. Cantik sangat."

"Selepas ini saya bercadang nak hantar lagi kain untuk jahit shawl".

"Kak Ros mesti ambil tau."

"InshaAllah boleh tetapi mesti tunggu lepas raya"

Itu kisah salah seorang pelanggan saya. Begitu berminat sekali berniaga shawl.

Ramai lagi yang menghantar message kepada saya untuk projek selepas hari raya ini. Awal-awal lagi dah booking. Nampaknya selepas hari raya ini, sibuk lagilah saya menerima tempahan menjahit. Ada yang hendak datang sendiri ke rumah untuk berbincang, ada yang menelefon dan kebanyakan menghantar message melalui whatsapp, sms dan email. Semuanya projek menjahit selepas hari raya ini.




Selepas hari raya banyak kerja yang menunggu. Mulai minggu depan saya akan bercuti panjang. Hari sabtu ini akan bertolak pulang menyambut hari raya di kampung.

Sunday, 13 July 2014

Tempahan Menjahit Shawl Masih Dibuka


Sesiapa yang berminat untuk menghantar shawl untuk dijahit tepi halus, saya masih menerima tempahan pada masa ini. Walaupun hari raya berbaki lebih kurang dua minggu lagi, mesin jahit saya masih berupaya menjahit untuk saudara dan saudari. Kedua-dua mesin jahit saya beroperasi siang dan malam untuk memenuhi permintaan saudara saudari.

Kepada penjual shawl masa sekarang adalah masa terbaik untuk menjual kerana sudah menjadi budaya atau trend rakyat Malaysia yang ingin menyambut hari raya aidilfitri membuat pembelian last minute. Lihat sahaja di mana-mana sahaja sama ada di supermarket, pasar malam, uptown atau  gerai-gerai jualan pakaian di hujung-hujung ramadan akan dipenuhi oleh orang ramai yang berpusu-pusu datang, sanggup berjalan kaki kerana meletak kereta di tempat yang jauh semata-mata ingin membeli belah pada saat-saat terakhir dan melakukan pembelian panik.

Malahan survey yang dilakukan di negara-negara Barat menunjukkan separuh (50%) daripada mereka yang membeli belah akan melakukan pembelian pada saat-saat akhir sebelum hari raya (Hari Krismas) dan kebanyakannya adalah wanita. Mereka memberi alasan terlalu sibuk untuk membeli pada saat-saat awal. Begitu juga trend yang sama berlaku di Malaysia. Lihat sahaja di malam raya ketika takbir bergema, masih ramai yang berada di tempat membeli belah kerana ingin membeli pada saat-saat akhir.

Membeli pakaian, tudung dan lain-lain menjadi keutamaan di saat-saat akhir ini untuk mereka yang hendak berhari raya. Ini kerana pada saat-saat awal semangat berhari raya tidak begitu terasa lagi disamping kesibukan dengan perkara-perkara yang lain yang lebih penting dan juga duit belanja yang tidak cuku. Pada masa sekarang juga syarikat-syarikat sudah memberi bonus raya atau duit raya kepada kebanyakan pekerja-pekerjanya. Membeli pada saat-saat akhir juga menjadi keseronokan pada sesetengah-sesetengah orang.

Oleh yang demikian peluang perlu diambil oleh peniaga-peniaga shawl untuk menjual pada waktu sekarang sama ada melalui gerai atau booth di pasar malam, uptown dan sebagainya atau menjual kepada kawan-kawan di pejabat yang tentunya sedang mencari-cari shawl yang sesuai dengan baju yang sudah dibeli awal. Insha Allah saya bersedia menjahit siang dan malam untuk saudara saudari supaya boleh menjualnya dalam masa yang cepat.

Kepada individu-individu yang masih tercari-cari shawl yang sesuai dengan kaler dan corak pada baju juga boleh menghantar kain yang sesuai dengan pilihan sendiri untuk saya jahit tepi halus pada shawl saudari. Boleh dapatkan kain chiffon, lycra, satin atau apa-apa sahaja yang saudari minat dan match dengan kaler baju dari kedai-kedai kain yang berdekatan. Pilihan kain dengan corak dan kaler sendiri tentu lebih baik dan menjimat masa daripada berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain, dari satu supermarket ke supermarket yang lain hanya semata-mata untuk mencari shawl yang match dengan kaler dan corak baju.

InshaAllah saya sedia menjahit untuk anda. Boleh juga datang ke rumah untuk melihat hasil jahitan saya dahulu sebelum membuat keputusan.

Saya gembira dan yang penting sekali saudara saudari juga gembira kerana impian terlaksana di hari raya ini.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018