Tempahan untuk menjahit baju memang laku sepanjang masa. Tidak kira hari biasa dan meningkat dengan mendadak apabila menghampiri bulan puasa. Kebanyakan lebih selesa membuat tempahan daripada membeli di kedai kerana saiz badan berbeza-berbeza berbanding dengan saiz baju yang sedia terjual di pasaran. Tambahan pula ramai yang ingin berfesyen mengikut bentuk badan.
Hasilnya adalah fesyen seperti di atas. Walaupun hari raya lambat lagi tapi sudah ramai yang mula merancang untuk membuat tempahan awal.
Insya Allah untuk musim raya tahun ini saya akan menerima lebih banyak tempahan baju raya. Perancangan awal sudah dibuat. Tukang jahit pun sudah pun ready untuk menjahit siang dan malam. Walau bagaimanapun tetap terhad kerana perlu mengikut deadline tarikh hari raya. Sekurang-kurangnya dua minggu sebelum hari raya mesti disiapkan.
Untuk tempahan baju wanita boleh whatsapp 017-4315193 atau datang ke kedai di Jalan Reko Sentral 2, Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor.