Showing posts with label tudung chiffon 3 layer. Show all posts
Showing posts with label tudung chiffon 3 layer. Show all posts

Tuesday, 25 February 2014

Tudung Chiffon 3 Layer Untuk Dijual

Dapatkan tudung chiffon 3 layer dengan dengan harga istimewa.

Tudung bersaiz M dengan labuh dari dagu 11 inci. Material: Chiffon Georgette

Jahitan tepi halus yang kemas.

Kami mengguna kamera Nikon D3100 untuk mengambil gambar. Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan pencahayaan dan setting pada skrin komputer.

PM melalui facebook : https://www.facebook.com/nashfesyen
SMS/Whatsapp Kak Ros: 017-4315193.

Harga tudung seperti dipaparkan di bawah setiap gambar tudung.  Kos Pos: RM6.00 (Semenanjung), RM10.00 (Sabah & Sarawak)  walaupun beberapa helai dibeli.

Penghantaran menggunakan pos laju.

Sila nyatakan kod tudung jika ingin membeli. Siapa cepat dia dapat. Klik imej untuk gambar yang lebih besar.

SOLD OUT
Kod: TTL0001
Harga: RM65.00

SOLD OUT
Kod : TTL0002
Harga: RM65.00

SOLD OUT
Kod: TTL0003
Harga: RM65.00

SOLD OUT
Kod: TTL0004
Harga: RM60.00

SOLD OUT
Kod: TTL0005
Harga: RM60.00

SOLD OUT
Kod: TTL0006
Harga: RM60.00

SOLD OUT
Kod: TTL0007
Harga: RM60.00

SOLD OUT
Kod: TTL0008
Harga: RM60.00

SOLD OUT
Kod: TTL0009
Harga: RM60.00

SOLD OUT
Kod: TTL:0010
Harga: RM60.00

Tuesday, 4 February 2014

Tudung Tiga Layer Putih



Putih menjadi pilihan kali ini. Semuanya putih untuk ketiga-tiga layer. Jahit tepi halus pun nak benang putih. Katanya untuk dipakai semasa mesyuarat. Sesuai dipakai dengan uniform kerja. Tudungnya tidak berapa labuh. Size M. Labuh dari dagu 14 inci. 

Warna tudung atau pakaian yang dipilih untuk dipakai sehari-hari membawa makna tersendiri, malah ada yang menyatakan bahawa manusia boleh mengubah perasaannya dan tingkahlakunya dengan memakai warna tertentu. Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang. Pilihan warna yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi mood pemakai. Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti.

Warna putih melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seseorang yang ingin memulakan hidup baru seperti kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan profesional. Warna putih menjadi lambang kesucian dan  kemurniaan.

Warna putih merupakan warna asas yang belum tercemar dengan warna-warna lain. Ia memberi rasa bersih dan segar. Ia juga melambangkan keceriaan, kebersihan, kemurniaan, kesucian, keayuan, kejelasan, kesederhanaan, kecanggihan dan juga kecekapan.

Warna putih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.  Putih juga melambangkan baik dan amanah. Sukakan kesederhanaan dalam kehidupan, sukakan kebebasan, mempunyai sikap berdikari dalam hidup yakni tidak suka bergantung kepada orang lain apabila melakukan sesuatu serta mempunyai sifat amanah.

Putih menjadi pilihan di mana-mana sahaja. Lihat sahaja di dinding rumah, di pejabat dan bangunan. Di hari perkahwinan persalinan pengantin dengan pakaian putih menjadi kemestian. Putih mampu menambah kemanisan dan keayuan pengantin dan menceriakan majlis raja sehari.

Warna putih juga merupakan warna perangsang, warna pencetus idea. Ada yang menyatakan hari Isnin, hari pertama mula bekerja, memakai pakaian putih mampu memberi perangsang untuk bekerja. Banyak idea akan tercetus dan kreativiti akan bercambah.

Warna putih mempunyai kesan tersendiri. Ia mampu memberi rasa anggun kepada pemakainya. Nampak eksklusif dan sangat sesuai untuk semua jenis acara resmi. Setiap pakaian yang berwarna putih biasanya padan untuk dikombinasikan dengan warna apapun. Berpakaian putih tidak kira baju atau tudung akan nampak kemas dan rapi dari segi penampilan.  

Warna putih juga dilambangkan dengan sikap suka berbelanja. Mungkin tidak begitu baik kepada peminat putih tetapi berita baik untuk tukang jahit.

Thursday, 26 December 2013

Tudung Chiffon 3 Layer








Selain tudung labuh berdagu dan tudung syria yang sering mendapat tempahan, tudung 3 layer tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri. Pemilihan kaler sama ada dengan satu kaler atau pelbagai kaler supaya matching dengan warna pakaian yang dipakai menyebabkan pelanggan sentiasa memilih untuk membuat tempahan berbanding dengan membelinya di kedai. 

Jika mendapatkannya di kedai dilema yang dihadapi adalah warna yang dikehendaki sentiasa tidak serasi dengan baju pula Pemilihan sama ada inginkan yang labuh atau singkat juga sukar dicari berbanding jika ditempah.

Tempahan kali ini adalah dengan pilihan kain berwarna putih, hitam, warna skin dan pink. Material pula adalah dari chiffon georgette yang selesa dipakai dan tidak jarang. Awning juga dari kain yang sama. Kelihatan sopan dan meyakinkan apabila dipakai dan sungguh mempersonakan. Sesuai digayakan di mana-mana sahaja terutamanya untuk dipakai di pejabat atau untuk pergi ke majlis keraian.

Walaupun pelbagai fesyen wujud di pasaran, tudung chiffon 3 layer sentiasa mendapat sambutan kerana ianya ringkas, sederhana dan selesa dipakai. Tudung ini akan sentiasa kekal dan mendapat perhatian. Yang berubah hanyalah warna dan corak. Oleh sebab itulah membuat pilihan sendiri untuk warna dan corak sentiasa menjadi pilihan supaya sesuai dengan trend semasa.

Wednesday, 14 August 2013

Panduan Jahit Sendiri Tudung Chiffon 3 Layer

Setiap orang ada cara sendiri untuk menjahit tudung chiffon 3 layer. Saya nak tunjukkan cara yang saya gunakan untuk menjahit tudung chiffon 3 layer ini.

PENGENALAN

Tudung chiffon layer sekarang menjadi pilihan ramai di mana-mana. Blog ini memberi panduan kepada cik/puan yang berminat untuk menjahit tudung chiffon 3 layer sendiri. Panduan berikut boleh memberi idea untuk menjahit sendiri tudung tiga layer.

Sediakan kain chiffon. Kain chiffon boleh dibeli di Kamdar atau Jackel. Setiap satu kain 1½  meter setiap satu.

STEP 1
Sediakan dasar chiffon tiga layer iaitu A,B dan C seperti gambar di bawah.
A = bahagian atas
B = bahagia tengah
C= bahagian bawah


STEP 2
Sediakan pola seperti A, B,C di bawah. Untuk pola B kurangkan 1 inci daripada pola A. Untuk pola C kurangkan 1 inci dari pola B. Sebaiknya lebihkan sedikit untuk memudahkan trim nanti.

Pola boleh dibentuk dengan menggunakan kertas keras, kertas minyak, kertas suratkhabar atau apa-apa bahan yang sesuai.




 STEP 3
Lipat kain mengikut era menjadi sama besar untuk mendapat layernya


STEP 4
Letakkan pola dan potong ikut lebihan 1 inci untuk trim.



STEP 5
Setiap layer yang dipotong  kita snap sedikit di atasnya sebagai penanda.


 Hasil kain yang dipotong seperti di bawah


 STEP 6
Ulang untuk warna yang berlainan



 STEP 7
Ambil ketiga-tiga layer tadi dan cantumkan ketiga-tiganya. Kemudian bentang semula untuk ditrim. Jarak antara tiga layer adalah 1½ inci.


 Pada bahagian yang disnap tadi lekatkan dengan jarum peniti.


 STEP 8
Cantumkan kain seperti di bawah


 Lihat ukuran seperti di bawah. Jarak dari tanda snap ke hujung 12  inci untuk lekatkan ketiga-tiga layer seperti tanda garis biru.


 STEP 9
Jahit untuk lekat kain tadi dari tanda snap hingga ke garis biru. Selesai untuk langkah mencantum ketiga-tiga layer.



STEP MEMBUAT AWNING

STEP 1

FULL AWNING
(i) Gunakan kain gam yang keras.
(ii) Kain pelapik pertama gunakan satin atau cotton biasa.
(iii) Kain chiffon.

Potong awning mengikut pola 2 lapis kain untuk dilipat. Kemudian potong pelapik gam seperti pola di bawah.


STEP 2
Seterika awning dengan pelapik gam.



STEP 3
Guna glu untuk melekatkan kain chiffon


STEP 4
Seterika awning bersama  pelapik gam seperti di bawah.



STEP 5
Kemudian jahit di bahagian depan ½ inci untuk melekatkan kain chiffon dengan pelapik gam.


STEP 6
Seterika sekali lagi untuk kemasan.


                                      
STEP 7
Jahit sekeliling awning.


Hasil jahitan.


STEP 8
Trim ikut betul-betul dengan pola awning di atasnya.


STEP 8
Kemudian tanda di tengah-tengahnya.



STEP MEMBUAT CANTUMAN AWNING DENGAN KAIN

STEP 1
Cantumkan:
(i) Ambil tiga layer yang telah siap tadi dan lekat dengan awning.
(ii) Dengan jarak ¼ inci kita jahit dan cantumkan awning dengan 3 layer kain chiffon.
(iii) Seterika lagi.

 

STEP 2
Jahit sekeliling awning



STEP 3
Kemaskan dengan menjahit tepi biasa. Cantumkan ketiga-ketiga layer  dengan jarak 11.5 inci  dari atas awning ke bawah dagu (jarak dari A ke B). Kemudian jahit dari B ke C jarak lebih kurang 5 inci bercantum untuk ketiga-tiga layer.



STEP 4
Jahit lebihan sehingga hujung (dari C ke D) untuk setiap layer. Setiap layer tidak bercantum.



STEP 5
Dari dagu jahit sekeliling awning.  Setelah selesai, trim sekali lagi untuk mendapat layer yang kemas dan cantik.


STEP 6
Jahit tepi halus. Gunakan benang dengan color yang sesuai.


STEP 7
Buatkan tapak untuk meletak brouch. Ukuran dari dagu (A) ke B dengan jarak 2 inci. Dari B ke C dengan jarak 4.5 inci. Semasa jahit besarkan jarak benang untuk dapatkan tapak brouch.


 Tudung setelah diletakkan brouch.


STEP 8
Seterika dan cuba pakai untuk menggayakan tudung chiffon 3 layer.


STEP 8
Tudung yang sudah siap. Sedap dipakai cantik dipandang.




SELAMAT MENCUBA.

Amaran: Panduan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menjahit tudung chiffon 3 layer. Jika terdapat sebarang kerugian semasa mengikut panduan ini adalah menjadi tanggungjawab sendiri.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018