Walaupun ada tanggapan jubah hanya sesuai untuk wanita dewasa dan hanya dipakai oleh wanita berusia 40 tahun ke atas tetapi dengan rekabentuk dress moden terkini remaja mula terpikat untuk memakai pakaian jenis jubah dress moden ini.
Mengapa memilih dress? Kerana ianya selesa dan longgar menyebabkan ia menjadi pilihan pemakai. Pakaian ini bukan sahaja sesuai untuk ke majlis ilmu lagi tetapi untuk sebarang majlis.
Kali ini saya tunjukkan dress moden yang telah siap dijahit untuk pelanggan. Kain yang menjadi pilihan pelanggan saya ini adalah dari jenis lycra.
Kenapa Lycra? Kerana kain jenis ini adalah ringan, lembut, terletak cantik, tak mudah renyuk dan boleh dibasuh dengan mesin basuh dan tak perlu hantar dobi. Malahan masih nampak kemas walaupun tanpa diseterika.
Pemakainya juga merasa selesa kerana pakaiannya lembut, tak panas dan tak mudah berkedut.
Ramai tukang jahit tidak begitu berminat menerima tempahan untuk kain jenis lycra ini kerana sifat kain itu sendiri bersifat elastik dan susah untuk dijahit dengan mesin jahit. Alhamdulillah mesin saya setakat ini tidak ada masalah dan masih boleh menerima kain jenis lycra ini tanpa perlu menukar jarum dan tak berkedut.
Ada juga yang berpendapat kain lycra ini tidak begitu sesuai dijadikan pakaian muslimat kerana menampakkan bentuk tubuh badan jika dipakai. Ini adalah kerana sifatnya yang mudah meregang (elastik) mudah menampakkan tubuh badan terutamanya jika dipakai dengan sendat. Terpulanglah kepada diri masing-masing bagaimana hendak menggayakan dress ini sama ada dengan mengenakan pakaian dua lapis atau memastikan ukuran yang sesuai sebelum menjahit dan tidak sendat.
Gambar di bawah adalah contoh dress moden yang sudah siap dijahit untuk pelanggan saya.
Dress moden
Dress moden
Dress moden
Dress moden
Dress moden