Showing posts with label tudung lycra. Show all posts
Showing posts with label tudung lycra. Show all posts

Friday, 12 September 2014

Tudung Lycra Berawning



Tudung berawning memang mudah dipakai. Capai dan sarung sahaja di kepala terus menjadi. Oleh sebab itu ianya sentiasa menjadi pilihan walalupun shawl atau selendang semakin menjadi fenomena sekarang.

Tudung berawning yang ditunjukkan di atas adalah dari material lycra. Awningnya adalah dari jenis hard awning juga dari material lycra. InshaAllah jika sesiapa yang telah mencuba panduan menjahit tudung yang saya tunjukkan dalam blog ini, boleh cuba menjahit tudung ini pula. Kemasan tepi adalah menggunakan jahit tepi halus. Jika inginkan kemasan menggunakan jahitan piping atau coverstitch juga menghasilkan kemasan yang menarik. Jika ada keinginan bolehlah cuba menjahit sendiri.

Jika tahu menjahit tudung sendiri memang seronok. Dengan sedikit asas menjahit tudung kita boleh menghasilkan berbagai fesyen tudung. Saya sendiri hanya mengikuti kursus untuk satu pattern tudung sahaja. Yang lain semuanya dijahit sendiri dengan bantuan pola.

Tudung dengan pattern di atas adalah antara fesyen tudung yang banyak ditempah oleh pelanggan.

Thursday, 28 August 2014

Tudung Lycra Plain




Tempahan tudung lycra di atas adalah untuk tudung lycra plain dengan warna oren dan merah dengan awningnya adalah dari jenis  hard awning, dengan pelapik dagu dan materialnya dari kain lycra sepenuhnya.

Panduan untuk menjahitnya sama seperti yang saya berikan untuk panduan menjahit tudung labuh berdagu. Hanya polanya berlainan menggunakan pola tudung lycra biasa seperti pada gambar di atas.

Berminat untuk mendapatkan pola boleh hubungi Kak Ros.

Sunday, 20 July 2014

Koleksi Tudung Raya 2014 Tempahan Pelanggan

Paparan tudung di bawah adalah beberapa contoh tempahan dari pelanggan. Memandangkan hari raya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, tempahan menjahit tudung akan di buka semula seminggu selepas hari raya.

Di bawah adalah contoh-contoh hasil jahitan yang dibuat oleh pelanggan. Tudung 2 layer, 3 layer, lycra dan tambahan awning pada shawl tetap menjadi pilihan pelanggan sempena musim perayaan ini.

Untuk membeli tudung sila rujuk kepada entri yang terdahulu di bawah.

Beli tudung 3 layer (Klik di sini)
Beli tudung Lycra (Klik di sini)

Tudung 3 Layer






Shawl Berawning



Tudung 2 Layer












Tudung Lycra






Monday, 21 October 2013

Tudung Lycra Terkini

Tempahan menjahit tudung lycra fesyen terkini seperti gambar di bawah adalah untuk Cikgu Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Kedah. Terdapat lima helai tudung lycra berkerongsang ini yang ditempah dengan pelbagai gabungan warna yang menarik. Mengikut Cikgu ini, tudung ini untuk dipakai semasa berkursus pada cuti sekolah nanti.

Cikgu-cikgu sekolah atau sesiapa saja yang berminat dengan tudung ini sama ada untuk kursus, untuk kahwin, untuk ke pejabat atau  untuk apa-apa majlis  boleh la cuba pakai tudung lycra ini. Nanti tentu akan jadi bualan di kalangan kawan-kawan.

Lihat beberapa gambar menarik tudung lycra berkerongsang yang ditempah oleh pelanggan saya. Klik untuk besarkan gambar.


tudung lycra mustrad


tudung lycra gray

tudung lycra turquoise

tudung lycra yellow-green

tudung lycra pink

Kalau berminat untuk jahit sendiri tudung lycra di atas boleh rujuk tutorial di sini. Panduan Jahit Tudung Lycra.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018