Perkara ini memang sukar jika difikirkan. Lebih sukar dari membuat keputusan untuk balik kampung. Di sebelah sana atau di sebelah sini. Masing-masing ada pendapat sendiri. Jika ada yang tidak setuju hari raya tahun ini akan menjadi tidak meriah. Tambahan pula raya tahun ini telah diputuskan untuk balik ke kampung sendiri. Keceriaan untuk beraya di kampung sendiri tidak boleh dilepas begitu sahaja.
Perkara yang besar begini perlu difikirkan bersama-sama bersama-sama dengan ahli keluarga. Perlu dibuat kata putus dengan segera. Hari raya hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Masa semakin suntuk. Masa terbaik untuk berbincang bersama-sama adalah di waktu malam apabila semua berada di meja makan untuk makan malam. Maka berlakulah dialog berikut dalam keluarga.
"Ibu ada whatsapp Cik Ros tadi. Dia kata tempahan untuk hari raya sudah ditutup"
"Ibu!" "Macam mana baju raya kami" Tanya anak yang pertama.
"Jangan Risau". "Ibu dah lama booking dengan Cik Ros untuk jahit baju raya kita. Termasuk baju Melayu abah kamu."
"Sekarang ibu nak tanya pandangan kamu semua."
"Tema baju raya tahun ini. kamu semua nak pilih warna apa?"
Memang sukar membuat keputusan apabila anak-anak sudah pandai berfesyen. Masing-masing mempunyai citarasa sendiri. Tidak mahu jadi seperti tahun lepas. Ada yang tarik muka. Warna pilihan tidak dipersetujui. Keputusan akhir si bapa yang buat. Warna biru tua langsung tidak mahu. Warna hijau selalu sangat pakai. Kali ini mestilah berlainan dari tahun-tahun yang lepas.
"Apa kata tahun ini kita pilih kaler mustard. Warna gold." Anak yang pertama memberi cadangan.
" Adik nak warna light blue." Jawab anak yang kedua.
"Tak nak warna gold."
"Tak nak lah warna light blue dengan gold". "Pilihlah warna gray. Warna gray boleh pakai masa kat asrama nanti."
Masing-masing menegakkan pilihan masing-masing. Anak yang kecil sekali hanya diam sahaja. Tidak tahu apa-apa yang dibincangkan.
Begitulah yang selalu berlaku apabila memilih tema baju raya. Ada yang setuju. Ada yang tidak. Masing-masing dengan pilihan masing-masing. Kadang-kadang memang pening memikirkannya. Memang dah agak dah perkara begini akan berlaku.
Si bapa pula hanya diam sahaja. Buat dengar tak dengar dengan perbualan yang berlaku. Tersenyum sorang-sorang melihat telefon di tangan.
Keputusan akhir tetap di tangan si bapa.
"Ibu dan abah sudah berbincang".
"Raya tahun ini ibu akan tempah tiga pasang baju untuk setiap seorang".
"Cik Ros pun dah setuju untuk terima tempahan dari ibu sebab ibu dah booking awal-awal lagi."
"Cik Ros kata tempahan menjahit baju raya sekarang SUDAH DITUTUP. "
Alangkah senangnya kalau boleh menjahit sendiri. Berapa pasang baju pun boleh buat. Tetapi masa tidak mengizinkan. Bekerja dari pagi hingga petang memang tidak cukup masa. Kalau ada masa pun bukan pandai sangat menjahit. Rugi juga dulu-dulunya tidak mahu belajar menjahit.
"Kalau nak seorang tiga pasang baju mesti tolong ibu selalu."
"Kemas rumah, basuh pinggan, lipat baju." "Kalau tidak setiap seorang sorang sepasang sahaja."
Apabila tiba musim perayaan seperti hari raya begitulah dilema yang berlaku. Kalau tak dirancang awal-awal semua perkara menjadi kelam kabut. Dulu anak-anak kecil lagi. Tidak pandai memilih. Ikut sahaja kehendak kita. Sekarang keadaan sudah berubah. Anak-anak pun sudah pandai membuat pilihan. Yang kecil pun sudah pandai memilih. Mungkin pengaruh media sosial.