Thursday, 24 July 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2014


Kepada semua pembaca blog ini khasnya kepada pelanggan saya yang sabar menunggu sehingga tempahan siap dijahit,  pembaca setia dan pembaca senyap blog ini yang sentiasa membaca setiap patah perkataan dalam blog ini, pengunjung kali pertama yang baru mengenali blog ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf, Zahir & Batin.

Tuesday, 22 July 2014

Projek Menjahit Selepas Raya


Walaupun hari raya tinggal beberapa hari lagi pertanyaan terhadap tempahan menjahit shawl, tudung dan baju terus mendapat pertanyaan. Ada pengunjung yang baru berjumpa dengan blog ini mendapat idea untuk menjalankan bisnes menjual tudung dan shawl. Oleh sebab itulah pertanyaan demi pertanyaan diterima setiap hari.

Tudung atau shawl merupakan keperluan asas untuk wanita muslim. Sentiasa akan dibeli dan dipakai sepanjang masa. Tidak kira semasa perayaan atau tidak. Oleh sebab itu ianya menjadi suatu bisnes yang amat menguntungkan. Jika kena strateginya cara menjualnya, ianya mampu memberi pulangan yang lumayan.

Tambahan pula design fesyen shawl dan corak berserta warna yang menarik, digayakan pula oleh model yang jelita dengan kualiti jahitan yang kemas dan cantik mampu menggoda wanita dan gadis untuk mendapatkannya.

Seorang pelanggan saya yang membaca blog ini terus membeli kain dan menghantar kepada saya untuk dijadikan shawl. Bermula hanya dengan 10 helai shawl. Akhirnya kini berniaga shawl.

"Saya menjualnya kepada kawan-kawan di pejabat."

"Habis kesemuanya 5 helai dijual kepada kawan-kawan."

"Lagi 5 helai jual kat mana pula?"

"5 helai lagi saya pakai sendiri. Sayang pula nak jual. Cantik sangat."

"Selepas ini saya bercadang nak hantar lagi kain untuk jahit shawl".

"Kak Ros mesti ambil tau."

"InshaAllah boleh tetapi mesti tunggu lepas raya"

Itu kisah salah seorang pelanggan saya. Begitu berminat sekali berniaga shawl.

Ramai lagi yang menghantar message kepada saya untuk projek selepas hari raya ini. Awal-awal lagi dah booking. Nampaknya selepas hari raya ini, sibuk lagilah saya menerima tempahan menjahit. Ada yang hendak datang sendiri ke rumah untuk berbincang, ada yang menelefon dan kebanyakan menghantar message melalui whatsapp, sms dan email. Semuanya projek menjahit selepas hari raya ini.




Selepas hari raya banyak kerja yang menunggu. Mulai minggu depan saya akan bercuti panjang. Hari sabtu ini akan bertolak pulang menyambut hari raya di kampung.

Sunday, 20 July 2014

Koleksi Tudung Raya 2014 Tempahan Pelanggan

Paparan tudung di bawah adalah beberapa contoh tempahan dari pelanggan. Memandangkan hari raya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, tempahan menjahit tudung akan di buka semula seminggu selepas hari raya.

Di bawah adalah contoh-contoh hasil jahitan yang dibuat oleh pelanggan. Tudung 2 layer, 3 layer, lycra dan tambahan awning pada shawl tetap menjadi pilihan pelanggan sempena musim perayaan ini.

Untuk membeli tudung sila rujuk kepada entri yang terdahulu di bawah.

Beli tudung 3 layer (Klik di sini)
Beli tudung Lycra (Klik di sini)

Tudung 3 Layer






Shawl Berawning



Tudung 2 Layer












Tudung Lycra






Wednesday, 16 July 2014

Tudung 3 Layer dan Lycra Untuk Dijual

Lagi tudung untuk dijual.

Untuk tudung lycra sebelum ini untuk dijual boleh lihat pada entri yang lepas.

Tudung Lycra Untuk Dijual (Klik di sini).

SMS/Whatsapp Kak Ros: 017-4315193.
PM melalui facebook : https://www.facebook.com/nashfesyen

Harga tudung seperti dipaparkan di bawah setiap gambar tudung. Kos Pos: RM6.00 (Semenanjung), RM10.00 (Sabah & Sarawak) walaupun beberapa helai dibeli.

Penghantaran menggunakan Pos Laju.

Kami mengguna kamera Nikon D3100 untuk mengambil gambar. Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan pencahayaan dan setting pada skrin komputer.

Sila nyatakan kod tudung jika ingin membeli. Siapa cepat dia dapat. Pembelian awal boleh memastikan tudung diterima sebelum hari raya.

Klik imej untuk gambar yang lebih jelas. Boleh juga datang ke rumah jika ingin mencuba.

Tudung 3 Layer Berselendang.

Material: Chiffon Georgette.


Kod Produk: TTS0001
Harga: RM120.00


Kod Produk: TTS0002
Harga: RM120.00


Kod Produk: TTS0003
Harga: RM120.00


Kod Produk: TTS0004
Harga: RM120.00


Kod Produk: TBT0005
Harga: RM120.00

Tudung Twist Berdagu.

Material: Lycra.


Kod Produk: TBT0031
Harga: RM65.00


Kod Produk: TBT0032
Harga: RM65.00

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018