Showing posts with label shawl butterfly. Show all posts
Showing posts with label shawl butterfly. Show all posts

Saturday, 25 November 2017

Tempahan Tudung Doktor




Memakai tudung tanpa mengganggu tugas yang dilakukan adalah idaman setiap muslimah tidak kira apa-apa profesion dan jesnis tugas sekali pun. Kebiasaanya tugas doktor memerlukan stetoschope untuk memeriksa pesakit. Dengan menyelak tudung untuk memasangnya pada telinga akan menyebabkan tudung menjadi tidak kemas dan kadang-kadang merimaskan jika perlu dilakukan berulang kali. Oleh yang demikian tudung yang sesuai sebagai seorang doktor yang sering menggunakan stetoschope perlu mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk memudahkan tugas yang dilakukan.

Tudung yang saya tunjukkan di sini adalah contoh tudung yang sering ditempah oleh doktor untuk dipakai semasa bekerja. Pada bahagian awning ada bahagian tertentu tidak dijahit supaya memudahkan stetsoschope untuk dimasukkan pada telinga. Sesuai untuk dipakai semasa bekerja kerana nampak bergaya dan mudah untuk dipakai kerana mempunyai awning. Awning adalah jenis soft awning dengan kain scuba yang mudah dibentuk dan nampak kemas. 

Sebenarnya tudung yang saya tunjukkan adalah shawl butterfly yang menjadi trend fesyen yang sentiasa mendapat sambutan. Kain untuk body adalah kain lycra. Sebenarnya apa-apa jenis kain juga sesuai seperti moss crepe, chiffon dan lain-lain.

Untuk tempahan boleh whatsapp 017-4315193.

Saturday, 22 November 2014

Bercuti Ke Johor


Cuti sekolah dah bermula. Anak-anak mula bertanya cuti kali ini hendak ke mana. Kalau ikut hati memang tak nak pergi ke mana-mana tetapi demi melayan anak-anak kali ini saya bawa mereka ke Johor sahaja. Banyak negeri-negeri dalam Malaysia, Johor sahaja yang belum pernah saya sampai. 

Kalau nak ke KL bila-bila masa sahaja boleh pergi. Nak balik kampung mungkin hujung December nanti. 

Saya tidak ada di rumah mulai besok iaitu hari ahad hingga ke hari selasa minggu depan. Tiga hari sahaja. Jangan datang ke rumah dari ahad hingga hari selasa ini. Sebarang pertanyaan melalui facebook/email/SMS/Wahatsapp akan saya jawab seperti biasa. Tempahan yang belum siap harap bersabar dulu yer. 

Apa kaitan dengan gambar shawl di atas dengan bercuti? Sebenarnya shawl di atas adalah shawl butterfly yang baru sahaja saya siapkan sebentar tadi. Untungnya boleh menjahit sendiri. Beli kain yang matching dengan warna baju. Balik di rumah potong dan terus jahit sendiri.

Untuk jahit shawl butterfly ini bukannya susah. Potong kain ikut pola dan jahit tepi keliling. Siap. Boleh dipakai terus tanpa susah payah mencarinya di kedai.

Nak pola shawl butterfly ini boleh hubungi Kak Ros. No telefon ada dalam blog ini.

InsyaAllah selasa malam nanti saya akan sampai di rumah.

Tuesday, 23 September 2014

Shawl Lycra Butterfly Berawning



Sejak saya postkan entri berkaitan shawl butterfly dan shawl butterfly berawning, saya sering mendapat pertanyaan untuk tempahan dan juga untuk membeli pola. Sekurang-kurangnya saya berjaya menjual 3 hingga 5 pola seminggu. Tempahan untuk  tempahan dan menjahit shawl ini juga sentiasa ada sepanjang masa.

Carian menggunakan keyword shawl butterfly, shawl butterfly berawning, cara jahit shawl butterfly dan juga pola shawl butterfly antara yang banyak dilakukan  melalui google oleh pengunjung sehingga membawa mereka ke blog ini. Antara shawl lain yang mendapat sambutan pada masa sekarang adalah instant shawl atau pun shawl segera.

Shawl butterfly ini dan instant shawl sentiasa dicari dalam trend shawl sekarang mengikut analisis keyword yang saya lakukan untuk blog ini. Mungkin disebabkan cara pemakaiannya yang mudah dan nampak kemas. Saya sendiri sekarang memakai shawl butterfly atau pun instant shawl apabila keluar makan atau keluar berjalan-jalan.

Shawl di atas adalah tempahan dari pelanggan saya untuk kain jenis lycra warna coklat gelap. Awning pula adalah jenis soft awning. Kebiasaannya permintaan adalah dari kain chiffon. Apa-apa jenis kain pun tidak menjadi masalah kerana cara menjahitnya tetap sama.

Antara top ten keyword untuk blog ini dalam tempoh seminggu saya tunjukkan seperti di bawah di mana carian berkaitan shawl butterfly menduduki tempat ketiga.

Keyword blog ini dalam tempoh seminggu


Kalau nak jahit sendiri shawl ini samada berawning atau tidak berawning boleh beli pola dari Kak Ros. 

Nak buat tempahan shawl ini pun boleh juga . Kak Ros boleh sediakan kain. Untuk warna plain sahaja.

Kalau saya nak hantar kain sendiri untuk Kak Ros jahit. Boleh tak?

Boleh juga.

Wednesday, 4 June 2014

Butterfly Shawl Berawning





Dari sekeping kain menjadi sebentuk tudung atau shawl yang menarik. Begitulah terbentuknya pelbagai fesyen walaupun hanya untuk dipakai di kepala. Rekabentuk fesyen tidak ada sempadannya. Baik baju, tudung atau shawl. Ada sahaja design terbaru yang direka. Walaupun tudung atau shawl nampak simple sahaja dengan rekabentuk yang hampir serupa. Tetapi apabila datang kepada mereka yang kreatif pelbagai design baru boleh terbentuk.

Pada entri yang lepas saya telah tunjukkan shawl butterfly bersama dengan polanya sekali. Kali ini rekabentuknya sedikit berbeza dengan tambahan awning pada shawl. Shawl pula digabungkan dengan dua kepingan kain menjadi dua layer seupaya lebih tebal dan jarang. Fabriknya pula adalah dari kain chiffon georgette yang kebiasaannya menjadi pilihan untuk shawl atau tudung.

Yang menariknya tentang design ini adalah kedudukan awning yang tidak terletak ditengah-tengah shawl. Awning terletak di sebelah tepi shawl supaya apabila dipakai mudah untuk dililit di kepala. Pemakaianya yang mudah membolehkan sesiapa sahaja memakainya. Nampak kemas dan bergaya sekali. Pilihan warna untuk tempahan kali ini adalah warna plain yang boleh dipakai dengan apa sahaja kombinasi warna baju yang sesuai.

Betapa mudahnya untuk menjahit sendiri tudung kalau sudah ada asas menjahit tudung. Tak sabar sudah untuk menunggu hari sabtu ini untuk kelas menjahit tudung.

Wednesday, 7 May 2014

Butterfly Shawl


shawl butterfly

pola butterfly shawl

Shawl butterfly, butterfly shawl atau selendang rama-rama antara design shawl yang diminati. Mempunyai design lebih kurang simetri  seolah-olah seperti kepak rama-rama antara sebab ia mendapat nama butterfly shawl. Material yang digunakan juga pelbagai dan kebiasaanya dari kain chiffon yang lembut serta terletak cantik di kepala. Untuk contoh di atas adalah menggunakan kain chiffon dengan kemasan jahit tepi halus di sekelilingnya.

Butterfly shawl juga mempunyai pelbagai design yang berlainan bergantung kepada kreativiti masing-masing untuk merekabentuknya. Cara pemakaiannya juga agak mudah dan tidak susah untuk dibelit kerana bentuknya yang lebih kurang sama di kedua-dua belah shawl. 

Begitulah kreativi perekabentuk shawl yang sentiasa memikirkan fesyen-fesyen terbaru untuk shawl mereka. Apabila sudah diminati makin banyaklah permintaan untuk menjahitnya. 

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018