Showing posts with label selendang paisley. Show all posts
Showing posts with label selendang paisley. Show all posts

Tuesday, 1 April 2014

Kenali Corak Paisley


shawl paisley

dress paisley                                       blouse paisley

tudung paisley

Fabrik bermotif paisley memang diminati ramai. Lihat sahaja disekeliling kita mesti ada yang memakainya sama ada tudung, baju atau shawl.

Paisley merupakan salah satu daripada banyak motif dan corak yang terdapat pada pakaian. Motif ini adalah abstrak dan kebiasaannya berwarna-warni yang menampilkan keunikannya yang tersendiri. Ianya berbentuk seperti titisan air yang hujungnya sedikit melengkung.

Warna-warna yang lembut dan menarik  seperti terdapat pada pensil warna menjadikan paisley amat menarik dan kelihatan cantik. Terdapat berbagai bentuk dan warna  pada motif paisley menjadikan ianya sangat sesuai jika dibuat shawl, tudung dan pakaian. Kepelbagaian pada warna dan corak menjadikan ianya sesuai untuk digayakan pada kebanyakan majlis dan juga boleh dipakai di mana-mana sahaja. 

Motif paisley juga banyak digunakan sebagai hiasan dinding seperti  'wall paper' dan menjadi corak pilihan untuk fabrik pakaian, shawl dan tudung.  Shawl bermotif paisley juga sering dijadikan hadiah sebagai mas kahwin bagi sesetengah tempat di India terutamanya di Kashmir.

Corak paisley juga mampu memberi kesan mewah kepada pemakai sehinggakan ramai pereka bentuk fesyen pakaian menggunakan motif ini untuk rekaan fesyen mereka. Pakaian muslimah juga sekarang boleh didapati dalam banyak motif paisley. Rekaan seperti dress, jubah, blouse, tudung dan shawl banyak mendapat sambutan untuk corak paisley ini. Motif paisley kini terdapat dalam pelbagai bentuk dan corak dari ukuran yang besar sehingga yang kecil. Warna-warna yang menghiasi motif paisley juga semakin pelbagai yang memberi banyak pilihan kepada peminat paisley ini.

Bagi yang tidak mengenali corak paisley ini, ia berbentuk seperti biji mangga atau ginjal atau seperti titisan air yang melengkung dihujungnya. 

Dari rujukan wikipedia terdapat pelbagai panggilan untuk corak paisley ini seperti di Amerika bagi sesetengah penjahit quilt, mereka memanggilnya sebagai 'Persian pickles' kerana asal corak ini dipercayai dari Parsi, di kalangan penjual tekstil di Welsh memanggilnya  sebagai 'Welsh pears'.  Dalam bahasa Tamil dikenali sebagai 'mango pattern', bahasa Marathi dan Urdu dikenali sebagai 'mango seed' dan dalam bahasa Punjabi dikenali sebagai 'Mango'. Mungkin dalam Bahasa Melayu saya boleh sebut corak seperti 'biji mempelam'.  Sebutlah apa pun janji boleh faham bentuk corak paisley ini. 

Beberapa gambar corak paisley.



Paisley dinamakan sempena nama sebuah bandar di Scotland di mana fabrik dengan cetakan paisley dikeluarkan secara besar-besaran.

Negara Parsi adalah negara asal yang  dikatakan menghasilkan rekaan dasar pola atau corak menggunakan boteh atau buta iaitu motif titisan kecil sayur-sayuran seperti bentuk titisan air.  Corak atau motif ini yang akhirnya dinamakan sebagai motif paisley. Asal rekabentuk boteh ini atau titisan kecil sayur-sayuran ini sudah dicorakkan di atas permukaan fabrik sejak dari Dinasti Sassanid lagi di Parsi (1501-1736). 

Kermudian rekabentuk ini terus  dipopularkan lagi oleh penenun-penenun Parsi semasa Dinasti Qajar (1795-1925). Bagi penduduk Parsi mereka mempercayai rekabentuk boteh ini melambangkan daun pokok cypress  iaitu simbol kehidupan, kesuburan dan keabadian.




Corak paisley dicatatkan bermula di Kashmir, India sebelum dipopularkan kepada masyarakat Eropah.
Shawl dengan corak bermotif paisley di tenun di Kashmir, satu lembah yang subur di Himalaya sejak abad ke 17. 

Mengikut sejarah, tentera British yang ditugaskan di India pada masa Peperangan Anglo-Sikh (1848-1849) yang di bawah kawalan British telah membawa pulang shawl cashmere bermotif paisley ke Eropah sehingga dikenali oleh masyarakat Eropah. Pada pertengahan abad ke-17, Syarikat Hindia Timur telah mempopularkan  motif paisley ini ke Eropah sehingga mendapat permintaan yang tinggi oleh golongan wanita. Ketika itu, permintaan terhadap motif paisley sangat tinggi sehinggakan tidak dapat menampung permintaan yang ada ketika itu. 

Oleh kerana permintaan yang tinggi, negara Eropah akhirnya mengambil peluang untuk  meniru dan mengeluarkan sendiri shawl paisley ini secara besar-besaran. Antara negara-negara Eropah yang terkenal pada masa itu mengeluar shawl paisley ini adalah Norwich di England dan Paisley di Scotland.

Penenun-penenun di Eropah pada masa itu mendapat bayaran yang tinggi untuk tenunan bermotif paisley ini sehingga ramai yang telibat dalam pekerjaan tersebut. 

Pada awalnya teknik tenunan menggunakan tangan. Penciptaan mesin tenunan Jacquard telah berjaya mengeluarkan fabrik bermotif  paisley secara besar-besaran pada tahun 1850 di Scotland. Daripada sinilah 'paisley' mendapat namanya.

Dengan pengunaan mesin tenun, fabrik paisley dihasilkan dikilang-kilang yang menyebabkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan semakin berkurangan.

Pengeluaran fabrik paisley ini juga mengalamai  zaman kemerosotannya dengan berlakunya krisis ekonomi di Eropah pada tahun 1841-1843 sehinggakan menyebabkan banyak kilang-kilang ditutup dan diistihar muflis. 

Pekerja kilang tenunan  juga pernah melancarkan mogok kerana membantah  pemerintah yang terlibat dengan peperangan yang dikenali sebagai Radikal War.

Motif paisley juga di digunakan sebagai lambang pemberontakan di kalangan etnik tertentu terutamanya oleh golongan muda yang radikal.

Kemunculan semula  paisley berlaku semula pada tahun 1960an dan terus menjadi popular terutamanya pada tahun-tahun 1990an hingga kini. Fabrik bermotif paisley terus mendapat sambutan di mana corak-corak ini boleh kelihatan di mana-mana sahaja sekarang.

Jika berminat dengan corak paisley ini bolehlah mendapat fabrik bermotif paisley ini untuk dijadikan shawl, atau mendapatkan tudung paisley, dress paisley atau blouse bermotif paisley ini.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018