Aku telefon Alex, mekanik mesin jahit untuk datang baiki. Janji nak datang pukul 11.00 pagi tetapi hampir pukul 3.00 petang baru datang. Aku pun dah tak ada semangat nak buat kerja lain. Akhirnya layan facebook dan tengok TV.
Walaupun mesin masih boleh jahit tetapi kualitinya memang nampak teruk sedikit. Biarpun jahitan tepi biasa ini tidak nampak dari depan baju kerana berada di sebelah dalam kain. Aku memang tak puas hati kerana pelanggan akau mungkin akan complaint. Aku perlu pastikan pelanggan aku berpuashati. Itu yang perlu dijaga. kalau pelanggan tahu kualiti jahit tepi aku tak bagus mungkin mereka tak akan datang lagi. Setakat ini pelanggan aku tak pernah complaint lagi sama ada jahit tepi biasa atau jahit tepi halus.
Selepas tukar mata pisau, akhirnya mesin jahit tepi dapat menjahit dengan kemas semula. Mungkin terlampau kerap aku guna tak berhenti-henti. Pisau pun dah mula tumpul. Mesin perlukan servis. Kena keluar belanja.
Itulah serba sedikit kisah aku hari ini. Gambar di bawah adalah contoh jahitan selepas ditukar mata pisau. Aku harap selepas ini mesin jahit tepi aku tidak mendatangkan masalah lagi kepada aku. Aku perlu teruskan kerja aku sekarang.
Mata pisau mesin jahit
Jahitan sebelah atas mengguna 2 jarum. Sebelah bawah
dengan 1 jarum
1 comment:
kalau jahitan bahagian bawah tak kemas, nak baiki macam mana, saya baru belajar guna mesin jahit tepi utk tudung.
Post a Comment