Showing posts with label tudung hijau. Show all posts
Showing posts with label tudung hijau. Show all posts

Sunday, 23 February 2014

Tudung Untuk Cikgu Sekolah


Tudung hijau untuk aktiviti TKRS.

Tudung untuk aktiviti mengajar

Tudung untuk aktiviti mengajar.

Kali ini Kak Ros dapat tempahan buat tudung untuk cikgu sekolah pula. Cikgu tempah khas tudung berawning warna hijau untuk aktiviti kokorikulum TKRS. Senang nak pakai semasa aktiviti kokurikulum TKRS setiap hari rabu.

TKRS tu apa?  Kak Ros pun tak tahu.

Masa Kak Ros sekolah dulu mana ada TKRS. Kalau ada pun memang Kak Ros tak minat nak join jenis pasukan pakaian seragam. Tak suka kawad. Bila disuruh kawad selalu tersilap. Disuruh pusing kiri, dipusing kanan. Kalau disuruh pusing kanan, pusing kiri pula. Selalu keliru. TKRS adalah Tunas Kadet Remaja Sekolah. Itu pun anak yang beritahu sebab dia pun masuk TKRS kat sekolah.

Cikgu kena pakai tudung berwarna hijau. Hijau pula mesti kaler 'Sherwood Dark Green'.

Cikgu tempah tudung berawning. Senang nak pakai. Kena ikut peraturan dan panduan yang dikeluarkan. Tak boleh pakai tudung kaler lain.

Dah tempah tudung hijau TKRS ini, lebih baik tempah sekali tudung berawning untuk pakai masa mengajar nanti. Sebenarnya sudah lama teringin nak tempah tudung dengan Kak Ros. Hari ini baru betul-betul jadi. Itu pun sebab ada aktiviti TKRS.

Hai, cikgu pun ada masa baca blog Kak Ros juga ka? Maklum sahajalah cikgu sibuk sekarang. Keliru pula dengan PBS.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018