Showing posts with label baju merdeka. Show all posts
Showing posts with label baju merdeka. Show all posts

Friday, 18 August 2017

Baju Merdeka


Bagi kebanyakan orang, bulan kemerdekaan adalah bulan yang biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Ramai tahu bahawa pada 31 Ogos adalah hari merdeka dan bulan Ogos adalah bulan untuk meraikan hari kemerdekaan tersebut.  Bagi kebanyakan organisasi dan agensi kerajaan dan juga sekolah, banyak program diatur untuk meraikan hari kemerdekaan tersebut. Antaranya adalah seperti program kibarkan jalur gemilang, nyanyian lagu, bacaan puisi dan juga mengadakan pertandingan-pertandingan tertentu sempena hari kemerdekaan.

Bagi ibu bapa tiada yang istimewa kecuali mereka seorang guru atau staf kepada organisasi dan agensi kerajaan. Kesedaran bulan kemerdekaan hanya terasa apabila anak-anak yang pulang dari sekolah bertanya untuk membeli bendera Malaysia dan keterujaan anak-anak untuk memakai baju dengan tema kemerdekaan. Tentu ada sesuatu yang menarik jika anak-anak bersemangat untuk merayakan hari kemerdekaan. Oleh itu permintaan anak-anak untuk sambutan ini perlu dilayan. Baju atau shawl bercorak bendera Malaysia selalunya menjadi pilihan.

Kemeriahan sesuatu sambutan itu bergantung kepada kreativiti guru-guru di sekolah yang hendakkan program tersebut berjalan lancar dan disambut dengan penuh semangat oleh murid-murid. Ibu bapa pun akan turut terasa kemeriahan ini apabila anak-anak mula bercerita dan dikongsi pula dengan gambar-gambar menarik penuh warna-warni keceriaan.

Berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, tahun ini ibu bapa tidak sabar lagi untuk menunggu hari merdeka pada 31 Ogos ini. Bukan sangat disebabkan untuk menyambut hari kemerdekaan tetapi untuk merdeka dari tidak bekerja. Begitu juga dengan anak-anak untuk merdeka dari perlu ke sekolah. Ini kerana  dapat bercuti panjang. Cuti merdeka kali ini bersambung pula dengan cuti Hari Raya Aidiladaha dan cuti sekolah pula seminggu. Cuti yang panjang ini boleh diguna untuk balik kampung dan berjalan-jalan. Marilah sama-sama kita menyambut Hari Merdeka.

Negaraku Sehati Sejiwa

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018