Saya hanya beroperasi dari rumah. Kepada sesiapa yang mencari kedai Nash Fesyen di Bandar Baru Bangi memang tidak akan jumpa.
Kalau sebelum ini ada yang tersesat sehingga ke Jalan Reko, ada yang sampai ke Sekyen 7 atau tersesat masuk ke Seksyen Tiga atau Seksyen 4. Berpusing di setiap lorong, berkelahi riuh rendah dengan orang sebelah kerana tersilap masuk lorong, kali ini tak payah gaduh-gaduh lagi, tak perlu risau lagi kerana saya dah daftar lokasi Nash Fesyen dengan google map, https://maps.google.com/.
Taip sahaja Nash Fesyen Bandar Baru Bangi Selangor, akan jumpalah lokasi Nash Fesyen atau set sahaja pada GPS, pasti tak akan tersesat lagi. InsyaAllah boleh jumpa rumah saya. Nak datang kena contact dulu. Nanti kalau saya tak ada di rumah kecewa pula. Jangan datang untuk urusan direct selling pula. Masa saya sangat berharga.
Lihat peta lokasi di bawah untuk panduan. Klik imej untuk besarkan gambar.
Tempahan menjahit pakaian wanita, tudung, kelas menjahit. Tempahan baju kurung, jahit pukal shawl, peplum, blouse, shawl, selendang, telekung lycra, jahit shawl, jahit shawl instant, tudung syria, tudung labuh, tudung lycra,tudung chiffon, tukar awning tudung, belajar menjahit. Lokasi di Bandar Baru Bangi, Selangor. Selendang, shawl. Mencerita kehidupan seharian tukang jahit. SMS/WHATSAPP: 017-4315193
Friday, 22 November 2013
Thursday, 21 November 2013
Tempahan Tudung Labuh Lycra & Cotton Lycra
Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan tudung labuh seperti di bawah sila hubungi saya melalui sms atau whatsapp 017-4315193.
Sila pilih corak fabrik di bawah untuk membuat tempahan tudung. Saya akan menjahit untuk anda. Berikut adalah harga untuk tudung pilihan. Material adalah dari fabrik LYCRA atau COTTON LYCRA. Boleh membuat pilihan samada untuk awning lembut (soft) atau awning keras. Harga untuk awning lembut (soft) atau awning keras tetap sama.
1. Tudung Labuh Berdagu Lycra RM60.00
2. Tudung Labuh Berdagu Cotton Lycra RM65.00
3. Tudung Labuh Tanpa Pelapik Dagu Lycra RM55.00
4. Tudung Labuh Tanpa Pelapik Dagu Cotton Lycra RM60.00
Harga di atas tidak termasuk kos pos.
Berikut adalah corak fabrik yang ada dalam stok. Sila nyatakan pilihan tudung beserta jenis awning (lembut atau keras) dan pilih kod fabrik seperti di bawah dan sms/whatsapp ke 017-4315193 untuk membuat tempahan. Buat booking dahulu. Bayaran Hanya Dibuat Selepas Tudung Siap Dijahit. Saya akan maklumkan bila sudap siap jahit. Contoh tudung seperti pada hujung entri ini.
Material Lycra
Berikut Adalah Contoh Tudung Labuh Yang Telah Ditempah Oleh Pelanggan
Tudung Labuh Tanpa Pelapik Dagu - Pelanggan Dari UKM
Tudung Labuh Berdagu - Pelanggan Dari Sabah

Kod : TL02
Kod : TL03
Kod : TL04
Kod : TL05
Kod : TL06
Material: Cotton Lycra
Kod : TCL01
Kod : TCL02
Kod : TCL03
Berikut Adalah Contoh Tudung Labuh Yang Telah Ditempah Oleh Pelanggan
Tudung Labuh Tanpa Pelapik Dagu - Pelanggan Dari UKM
Tudung Labuh Berdagu - Pelanggan Dari Sabah
Wednesday, 20 November 2013
Cara Jahit Kelim Tepi Shawl Dan Tudung
Selain daripada jahit tepi halus, jahit coverstitch dan jahit piping untuk kemasan tepi tudung dan shawl, terdapat satu lagi cara jahitan untuk kemasan tepi kain iaitu jahit kelim.
Di sini saya akan tunjukkan cara mudah bagaimana kita boleh membuat kemasan tepi tudung dan shawl menggunakan kaedah jahitan kelim tepi.
Mesin yang digunakan adalah mesin jahit lurus biasa sahaja. Kita hanya perlu menggunakan tapak khas jahit kelim. Boleh dapatkan di kedai mesin jahit.
Sesetengah mesin jahit perlu dibuat setting dahulu dengan tapak jahit kelim ini untuk mendapat kedudukan jarum yang betul.
Terdapat berbagai saiz jahitan kelim ini mengikut saiz tapak. Tapak yang saya gunakan ini adalah untuk jahitan kelim 3.2 mm. Saiz ditandakan pada sebelah tepi tapak kelim. Klik imej untuk besarkan gambar untuk melihat dengan lebih jelas saiz pada tepi tapak.

tapak jahit kelim
Pasang tapak jahit kelim pada mesin jahit lurus yang biasa kita gunakan. Tak perlu beli mesin baru.
mesin jahit kelim
Lipat hujung kain dan letakkan di bawah tapak jahit kelim. Besarkan gambar untuk lebih jelas.
jahit kelim
Mulakan jahitan sehingga selesai. Lihat hasil jahitan. Cantik dan kemas. Boleh besarkan gambar untuk lebih jelas.
Lihat hasil jahitan di bawah untuk pelbagai warna dan corak shawl.
SELAMAT MENCUBA
Tuesday, 19 November 2013
Tukar Awning Tudung Dengan Fabrik Corduroy
tukar awning tudung
fabrik corduroy
Bayangkan tudung yang mahal dibeli hanya dipakai beberapa kali sahaja kerana awning patah, turun warna, awning fesyen lama, kemek-kemek ataupun ada kesan comot pada awning. Jika ada khidmat menukar dan repair awning tudung tentu tudung yang mahal tadi dapat diselamatkan. Digoogle melalui internet maka terjumpalah blog ini. Gembiranya di hati kerana ada yang menawar servis menukar awning tudung. Terselamatlah duit gaji bulan ini untuk membeli tudung baru.
Terdapat berbagai permintaan dari pelanggan untuk menukar awning tudung dengan fabric atau kain tertentu seperti corduroy, chiffon, taffeta, denim, Thai silk, velvet, broked dan lain-lain. Ke kedai textile lah saya mencari fabrik yang dikehendaki. Antara yang popular untuk awning tudung adalah dari fabrik corduroy. Malahan pada masa sekarang saya sendiri menyimpan stok pelbagai warna fabrik corduroy ini supaya tidak perlu saya pergi ke kedai textile berkali-kali untuk membeli fabrik corduroy ini.
Antara sifat –sifat yang biasa terdapat pada fabrik atau kain corduroy adalah panas, tahan lasak, kasar, mudah menyerap dan membebaskan lembapan.
Mempunyai banyak pilihan warna dengan pelbagai ketebalan dan pelbagai tingkat keregangan yang amat sesuai dijadikan awning tudung. Terletak cantik dan mudah dibentuk. Mudah dijaga, tidak mudah patah dan mudah untuk dibasuh kerana sifatnya tahan lasak.
Penjagaan corduroy juga mudah kerana kebanyakannya dibuat dari kain kapas di mana ianya boleh dibasuh dengan mesin basuh malahan juga boleh diseterika pada suhu yang tinggi.
Jika terdapat tompokan kotoran, bersihkan dahulu dengan kain dan jika membasuh dengan tangan, jangan memberusnya dengan kasar.
Sedikit maklumat tentang corduroy untuk pengetahuan pembaca blog ini.
Fabrik corduroy adalah tekstil yang terdiri dari hasil fiber yang dipintal (twisted fiber) biasanya dari kain kapas tebal. Kain yang ditenun membentuk pola kain seperti tali yang terletak selari antara satu sama lain yang dijahit bersama-sama. Ini menghasilkan permukaan tekstur seperti garis-garis timbul selari yang memanjang pada kain yang dikenali sebagai ‘cord’.
Perkataan corde du roi adalah dalam bahasa Perancis bermaksud ‘cord of the King’. Mempunyai sifat asas seperti kain baldu (velvet). Velvet biasanya mempunyai garisan timbul yang lebih tebal berbanding corduroy.
Corduroy adalah hasil tenunan set tambahan fiber kepada fabrik asas yang membentuk garisan timbul di atas permukaan mendatar yang dipanggil sebagai ‘wale’.
Lebar kainnya sering disebut sebagai ukuran saiz wale iaitu jumlah bilangan wale per inci. Semakin kurang bilangan walenya semakin teballah lebar wale, misalnya 4 wale jauh lebih tebal dari 11 wale. Lebar wale pada kain corduroy didapati dalam pelbagai variasi mulai dari 1.5 sehingga 21 inci. Untuk ukuran standard yang biasa digunakan adalah antara 10 inci dan 12 inci.
pelbagai saiz wale
Oleh kerana sifat tahan lasak dengan daya tahan yang baik dan biasanya digunakan untuk membuat jaket, beg tangan, seluar, awning tudung dan lain-lain. Corduroy yang berukuran lebar juga sesuai untuk membuat kain untuk melapisi perabut seperti pada sofa.
InsyaAllah di entri yang lain saya akan cerita pula berkaitan fabrik chiffon, taffeta, denim, Thai silk, velvet, broked dan lain-lain.
Monday, 18 November 2013
Berkongsi Hasil Jahitan Shawl
Shawl Half Moon 2 Layer di bawah adalah hasil jahitan sendiri Mariana dari Puchong yang belajar melalui panduan Cara Menjahit Shawl Half Moon melalui blog ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi.
*gambar dikongsi dengan kebenaran.
Sesiapa yang berminat untuk datang ke kelas menjahit tudung 3 layer sila hubungi Kak Ros.
*gambar dikongsi dengan kebenaran.
Sesiapa yang berminat untuk datang ke kelas menjahit tudung 3 layer sila hubungi Kak Ros.
Saturday, 16 November 2013
Tudung Hoodie Denim 2 Tone
Tudung Hoodie Denim 2 Tone terdapat di Kedai Online Nash Fesyen (Klik di sini).
Pembelian melalui blog ini, sila sms/whatsapp 017-4315193 untuk maklumat lanjut.
(Kami mengguna kamera Nikon D3100 untuk mengambil gambar. Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan pencahayaan)
Nota: Inner dijahit sekali dengan tudung, Tudung ini sesuai untuk umur 10-15 tahun.

Code: HDD0001
Material: Denim
Size: Sesuai Untuk Umur 10 - 15 Tahun
Characteristic: Lembut dan sedap dipakai.
Color: Sila Lihat Gambar
Klik imej untuk besarkan gambar
Code: HDD0002
Material: Denim
Size: Sesuai Untuk Umur 10 - 15 Tahun
Characteristic: Lembut dan sedap dipakai.
Color: Sila Lihat Gambar
Klik imej untuk besarkan gambar
Code: HDD0003
Material: Denim
Size: Sesuai Untuk Umur 10 - 15 Tahun
Characteristic: Lembut dan sedap dipakai.
Color: Sila Lihat Gambar
Klik imej untuk besarkan gambar
Code: HDD0004
Material: Denim
Size: Sesuai Untuk Umur 10 - 15 Tahun
Characteristic: Lembut dan sedap dipakai.
Color: Sila Lihat Gambar
Klik imej untuk besarkan gambar
Code: HDD0005
Material: Denim
Size: Sesuai Untuk Umur 10 - 15 Tahun
Characteristic: Lembut dan sedap dipakai.
Color: Sila Lihat Gambar
Klik imej untuk besarkan gambar
TUDUNG HOODIE DENIM 2 TONES
Code: HDD0006
Material: Denim
Size: Sesuai Untuk Umur 10 - 15 Tahun
Characteristic: Lembut dan sedap dipakai.
Color: Sila Lihat Gambar
Klik imej untuk besarkan gambar
Friday, 15 November 2013
Tudung Hoodie Berkerongsang
Tudung Hoodie Berkerongsang terdapat di Kedai Online Nash Fesyen (Klik di sini).
Pembelian melalui blog ini, sila sms/whatsapp 017-4315193 untuk maklumat lanjut.
(Kami mengguna kamera Nikon D3100 untuk mengambil gambar. Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan pencahayaan)
Nota: Tudung hoodie tidak termasuk inner.

Code: HDK0001
Material: Chiffon
Size: Free Size
Characteristic: Lembut, ringan dan sedap dipakai.
Color: Sila Lihat Gambar
Klik imej untuk besarkan gambar
Code: HDK0002
Material: Chiffon
Size: Free Size
Characteristic: Lembut, ringan dan sedap dipakai.
Color: Sila Lihat Gambar
Klik imej untuk besarkan gambar
Code: HDK0003
Material: Chiffon
Size: Free Size
Characteristic: Lembut, ringan dan sedap dipakai.
Color: Sila Lihat Gambar
Klik imej untuk besarkan gambar
Code: HDK0004
Material: Chiffon
Size: Free Size
Characteristic: Lembut, ringan dan sedap dipakai.
Color: Sila Lihat Gambar
Klik imej untuk besarkan gambar
Code: HDK0005
Material: Chiffon
Size: Free Size
Characteristic: Lembut, ringan dan sedap dipakai.
Color: Sila Lihat Gambar
Klik imej untuk besarkan gambar
Code: HDK0006
Material: Chiffon
Size: Free Size
Characteristic: Lembut, ringan dan sedap dipakai.
Color: Sila Lihat Gambar
Klik imej untuk besarkan gambar
Code: HDK0007
Material: Chiffon
Size: Free Size
Characteristic: Lembut, ringan dan sedap dipakai.
Color: Sila Lihat Gambar
Klik imej untuk besarkan gambar
Subscribe to:
Posts (Atom)
Post Utama
Post Paling Popular
-
Printed Chiffon Terdapat pelbagai jenis fabrik di pasaran. Kadang-kadang sukar juga untuk membuat keputusan apakah fabrik yang sesuai...
-
Saya akan bercuti di kampung sehingga hari Rabu, 26 Mac 2014. Segala panggilan/sms/whatsapp/pm dan sebarang pertanyaan masih akan dijawab se...
-
Tudung bawal Tudung bawal memang terkenal sejak dahulu lagi dan mengalami beberapa transformasi seiring dengan perubahan fesyen tudung...
-
Memenatkan tetapi menyeronokkan. Itulah yang saya boleh katakan selepas sesuatu aktiviti menjahit atau mengajar selesai. Terasa kepuasan bia...
-
Pelanggan saya yang ini memang peminat tudung plain. Tudung plain di atas adalah antara yang ditempah. Saya telah po...
-
Apabila kita membeli sesuatu pakaian seperti baju, seluar dan lain-lain yang berjenama biasanya kita akan mendapati terdapat label pada paka...
-
Setiap orang ada cara sendiri untuk menjahit tudung chiffon 3 layer. Saya nak tunjukkan cara yang saya gunakan untuk menjahit tudung chiffon...