Showing posts with label tempahan baju kurung. Show all posts
Showing posts with label tempahan baju kurung. Show all posts

Friday 21 February 2014

Bila Baju Dah Siap Jahit










Bila Baju Dah Siap Jahit
  • Terasa puas hati tak terhingga kerana dapat melihat hasil jahitan sendiri.
  • Jika jahit baju sendiri bolehlah melaram dengan baju baru.
  • Jika jahit untuk pelanggan, terasa sangat lapang di dada. Tak ada lagi kena ligan dengan pelanggan yang asyik bertanya baju bila nak siap.
  • Bolehlah rehat sekejap,baring-baring untuk menghilangkan lenguh di badan sambil berebut TV dengan anak-anak untuk tengok cerita Hindustan atau pun drama Melayu.
  • Boleh ambil gambar dan upload ke blog atau facebook. Blog pun nampak sentiasa hidup walaupun tak tulis apa-apa.
  • Ada-ada sahaja idea untuk tulis entri blog.
  • Boleh cuba untuk buat tutorial tudung baru dan masukkan ke dalam blog.
  • Boleh mengemas rumah dan menyusun semula kain dan barang-barang menjahit.
  • Boleh telefon adik beradik di kampung bertanya khabar. 
  • Boleh memasak sendiri  resipi istimewa Bihun Sup Daging Utara. Hari ini kan hari minggu. Semua ada kat rumah.
  • Boleh ambil tempahan baru.
Jika pelanggan datang ambil baju. Ada la duit sedikit.
  • Boleh bawa anak-anak pergi tengok Pesta Buku Lelong Big Bad Wolf 2014 di The Mines Seri Kembangan.
  • Atau pun pergi berjalan-jalan sambil shopping di Alamanda, Putrajaya.
  • Malam nanti boleh belanja suami dan anak-anak makan di restoran kat luar.
  • Macam-macam boleh buat.
"Kak Ros, tudung saya dah siap ka, belum?"

"Belum"

"Besok boleh siap tak?

Baru sahaja nak berangan-angan dah ada pula yang tanya tudung dia.

Friday 27 September 2013

Menjahit Baju Kurung Berlace

Dahulunya saya mempunyai sebuah mesin sulam. Akhirnya setelah lama memberi khidmat, saya menjualnya kerana tidak mampu lagi membuat bermacam-macam kerja dalam satau-satu masa. Memang sentiasa ada tempahan baju kurung bersulam ini tetapi saya tidak cukup masa untuk membuatnya.

Jika sekarang kalau ada yang bertanya, saya lebih suka mencadangkan supaya baju kurung dijahit bersama dengan border lace. Walaupun harga border lace agak mahal sehinga ada yang sampai beratus-ratus ringgit untuk sehelai baju tetapi memang menarik dan berseri jika dijahit bersama dengan baju kurung.

Kain lace yang juga dikenali sebagai kain renda biasanya diletak di pergelangan tangan baju, kaki baju dan bahagian dada baju. Kain lace mempunyai kerawang dan pola berlubang-lubang bukan sahaja ditampal di baju kurung tetapi juga boleh ditampal di kain, bantal, tudung dan lain-lain. Untuk jahit kain lace ini sebenarnya tidak susah hanya menggunakan jahitan tangan sahaja.

Pakaian berlace sudah lama popular terutama sekali di Barat sejak zaman berzaman lagi. Pakaian berlace menjadi pakaian yang digayakan di majlis-majlis perkahwinan. Malahan pakaian berlace ini pernah ditempah oleh Ratu Victoria untuk majlis perkahwinannya sehingga menyebabkan permintaan terhadap pakaian berlace meningkat selepas itu di England dan digemari oleh wanita-wanita di Barat.

Dahulunya pakaian berlace ini dianggap pakain orang tua-tua dan tidak diminati oleh golongan muda. Golongan muda pada masa itu tidak begitu berminat dengan corak renda-renda dan pola yang berlubang-lubang pada kain. Kini dengan pelbagai jenis gaya dan corak menjadikan pakaian berlace mula mendapat tempat dan menjadi gaya popular terutamanya untuk dipakai pada majlis-majlis keramaian tertentu.

Dalam dunia fesyen di Barat kain lace dipilih untuk membuat gaun malam. Pemakainya akan kelihatan seksi apabila memakainya, juga transparent hingga menampakkan kulit pemakainya jika tidak ada kain lining di dalamnya. Antara yang memakai pakaian  berlace adalah mereka yang popular seperti Kate Middleton Duchess of Cambridge pada hari perkahwinannya. Lady Diana dan juga Madonna juga pernah memakainya.

Banyak lagi cerita dan sejarah lace boleh diikuti di sini.

http://en.wikipedia.org/wiki/Lace
http://www.theguardian.com/fashion/gallery/2011/oct/19/a-brief-history-of-lace

Saya lebih suka pelanggan membeli sendiri border lace pilihan mereka sendiri suapaya tidak ada komplen sepertu upah sepasang baju yang mahal, border lace tak match dengan baju atau lain-lain. Jika ada pelanggan yang berminat, boleh beli sendiri lace di kedai yang jual border lace (ada jual kat kedai reben) mengikut citarasa sendiri dan corak yang disukai. Saya akan jahit bersama baju kurung yang ditempah.

Untuk kelihatan cantik dan menarik border lace mesti dijahit pada kain plain atau kosong supaya dapat disuiapadankan dengan lace.  Untuk sepasang baju kurung pesak dan baju kurung biasanya memerlukan lebih kurang 2  suku meter border lace supaya cukup dijahit pada kaki baju dan pergelangan tangan.

Gambar di bawah adalah tempahan dari pelanggan untuk baju kurung berlace. Pelanggan saya ini memang penggemar border lace.

Baju kurung berlace tempahan
pelanggan

Pelbagai jenis border lace

Pelbagai jenis border lace

Pelbagai jenis border lace

Pelbagai jenis border lace

Baju kurung siap bersulam yang 
ditempah pelanggan




Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018