Ada permintaan dari pelanggan untuk tudung instant syria lipan ini selepas melihat entri tudung syria lipan yang postkan pada entri yang lepas. Ada sedikit komen pada tudung syria lipan yang saya postkan dahulu. Katanya tudung syria lipan yang saya postkan dahulu dandanannya tidak begitu bersilang seperti dandanan yang selalu dibuat pada rambut. Selepas melihat contoh yang diberi saya membuat sedikit pengubahsuaian pada jahitan dandanan lipan tersebut supaya nampak lebih kemas seperti bentuk tulang ikan. Hasilnya adalah seperti di atas. Boleh lihat perbezaannya dengan entri yang terdahulu walaupun tidak begitu ketara.
Berbanding gambar syria lipan yang saya post pada entri yang lepas kali ini ada perbezaan pada dandanan yang dibuat. seperti gambar di atas. Nampaknya pelanggan saya berpuas hati dan membuat tempahan dalam pelbagai warna.
Saya pun tak nak tulis entri yang panjang-panjang. Cukup sahaja dengan saya tunjukkan gambar. Sudah beberapa malam tidur lewat untuk siapkan tempahan pelanggan. Sudah terasa mengantuk, Esok perlu sambung lagi kerja yang sentiasa urgent setiap hari.
Gambar di bawah adalah pelbagai warna tudung instant syria lipan untuk tatapan semua yang mengikuti blog ini.
Saya cuba update blog ini secara konsisten setiap hari tetapi kadang-kadang gagal juga kerana memberi perhatian kepada perkara lain yang lebih utama. Menulis blog juga perlukan disiplin.
No comments:
Post a Comment