Thursday, 9 October 2014

Shawl Instant Lycra Berawning




Shawl dengan tambahan awning juga adalah dalam kategori shawl instant kerana mudah dipakai. Setiap orang mempunyai citarasa masing-masing. Ada yang tidak suka awning dan ada pula yang memilih awning untuk shawl atau tudung. Pilihan masing-masing tidak perlu dipertikaikan. Kedua-duanya jika pandai memadannya dengan bentuk muka dan pakaian yang dipakai tetap kelihatan cun, cantik dan jelita. 

Shawl lycra instant berawning di atas menjadi pilihan pelanggan untuk hari raya aidil adha yang lepas. Alhamdulillah sampai ke tangan tuannya sebelum hari raya lagi. Warna pink terang dan hitam menjadi pilihan kerana untuk disesuai dengan baju yang sudah siap dibeli. 

Selain chiffon, kain lycra juga menjadi pilihan ramai kerana tahan lasak, mudah dijaga dan sejuk apabila dipakai. InshaAllah saya akan kongsi banyak lagi fesyen shawl dan tudung dalam blog ini. 

Blog ini dah jadi macam album gambar pula. Entri pun semakin pendek-pendek sekarang ini kerana Kak Ros semakin sibuk menjahit dan melayan pelanggan yang datang sampai tak sempat untuk menulis entri yang panjang-panjang macam dahulu. InshaAllah kalau banyak masa nanti saya akan tulis entri yang panjang pula terutamanya berkaitan pengalaman saya menjahit. 

Ada yang suka tengok gambar sahaja tetapi ramai juga yang minat membaca. Kalau ada kedua-dua sekali dalam blog tentunya ini lebih baik.  Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment