Untuk sebarang kursus menjahit saya lebih suka datang kelas. Kursus menjahit tudung yang pertama saya pun dengan datang ke kelas kerana saya melihat banyak kelebihan bila saya memasuki kelas.
1. Dengan datang ke kelas saya dapat terus berjumpa dengan pengajar dan bertanya sebarang soalan yang saya tak tahu.
2. Dengan datang ke kelas saya dapat menyentuh, mengukur, menggunting, menjahit tanpa takut berlaku kesilapan kerana ada bimbingan dari pengajar.
3. Jika belajar sendiri dengan melihat video atau gambar, saya perlu berhati-hati kerana takut berlaku kesilapan ketika memotong. Saya hanya melihat gambar atau video jika saya sudah mempunyai asas untuk sesuatu jahitan. Itupun untuk melihat langkah atau teknik yang tertentu sahaja.
4. Kain yang kita beli untuk tujuan belajar mungkin rosak jika kita menggunting atau menjahit dengan cara yang salah.
5. Yang penting bagi saya, saya dapat berkenalan dengan pengajar kerana banyak lagi ilmu-ilmu lain yang boleh saya belajar.
6. Pengalaman datang ke kelas itu yang sangat mahal kerana kita mempunyai disiplin untuk belajar. Tambahan pula kita mengeluar duit poket sendiri. Tentu kita menghargai ilmu yang diajar.
7. Perkara teknikal tertentu tidak dapat dipelajari melalui gambar atau video. Ini boleh berlaku semasa tudung yang kita buat tak menjadi atau tak sedap dipakai. Mesti ada sesuatu yang tak kena.
8. Biasanya selepas kelas yang pertama, dan sudah ada asas menjahit tudung yang pertama, tudung-tudung yang seterusnya adalah mudah untuk saya buat. Hanya perlu tahu jenis pola sahaja. Kalau saya tak tahu sekurang-kurangnya saya boleh bertanya dengan pengajar saya.
Melihat gambar atau video untuk belajar menjahit juga banyak kelebihannya terutama sekali jika gambar atau video tersebut mempunyai langkah yang betul dan jelas untuk diikuti. Ada juga yang berjaya menyiapkan tudung sendiri berdasarkan tutorial dalam blog ini. Tahniah kepada yang berjaya.
Kepada pelajar-pelajar saya saya mengalu-alukan untuk datang berjumpa saya jika masih ada perkara-perkara tertentu yang perlu ditanya. Insyallah saya sedia membantu.
Gambar di bawah adalah untuk kelas pada minggu ini. Terima kasih Syuhada dan Wahida.
Belajar membuat pola tudung
Belajar menggunting kain
Tudung siap dijahit
No comments:
Post a Comment