Tempahan menjahit pakaian wanita, tudung, kelas menjahit. Tempahan baju kurung, jahit pukal shawl, peplum, blouse, shawl, selendang, telekung lycra, jahit shawl, jahit shawl instant, tudung syria, tudung labuh, tudung lycra,tudung chiffon, tukar awning tudung, belajar menjahit. Lokasi di Bandar Baru Bangi, Selangor. Selendang, shawl. Mencerita kehidupan seharian tukang jahit. SMS/WHATSAPP: 017-4315193
▼
Thursday, 7 May 2015
Shawl Bawal Satin
Apabila seseorang itu menjadi popular apa sahaja yang dipakai akan menjadi ikutan ramai peminatnya. Begitulah sambutan yang diberikan kepada shawl bawal satin akhir-akhir ini apabila drama popular Hati Perempuan ditayangkan di setiap petang di TV3. Apabila pelakonnya memakai shawl bawal satin maka ramailah yang mencari dan ingin juga menggayakan shawl satin. Trend semasa ini juga diambil peluang oleh peniaga shawl untuk menjualnya sementara mendapat sambutan hangat.
Sebagai tukang jahit saya juga tidak terlepas dari mendapat banyak tempahan untuk shawl bawal satin ala-ala Mia Ahmad ini iaitu pelakon utamanya. Saya menggunakan kain satin dengan saiz 50 inci x 50 inci untuk potongan shawl untuk saiz yang sedikit besar sebagaimana permintaan pelanggan ini. Boleh juga menggunakan saiz 45 inci x 45 inci bergantung kepada keselesaan masing-masing. Kemasan keliling kain pula menggunkan jahit tepi halus.
Di mana nak beli kain satin ini?
Pergi sahaja di mana-mana kedai kain sememangnya akan terdapat kain satin ini. Saya biasa membelinya di Jakel atau Gio Fabrics sahaja. Oleh kerana Jakel tidak ada di Bandar Baru Bangi saya biasa membelinya di Gio Fabrics. Tak perlu nak pergi sampai KL atau Shah Alam. Lagi pun saya dah jadi VIP customer bolehlah dapat harga murah sedikit.
Kepada peminat drama Hati Perempuan dan terpengaruh dengan pelakonnya boleh mencuba untuk menggayakan shawl satin ini sama ada dengan menjahit sendiri atau menghantar kepada tukang jahit yang berdekatan.
Saya sendiri pernah menulis beberapa entri berkaitan shawl satin dalam blog ini sejak dahulu. Boleh lihat entri yang lepas untuk ciri-ciri kain satin.
No comments:
Post a Comment