Gendong bayi atau kendong bayi atau baby sling adalah produk sampingan yang dihantar oleh pelanggan untuk dijahit di samping tudung, shawl dan baju. Jahitannya agak mudah dan tidak mengambil masa yang lama.
Kain mengendong bayi bukanlah sesuatu yang baru. Orang-orang tua pada masa dahulu telah mengamalkan mengendong bayi dengan menggunakan kain batik sambil membuat kerja. Terdapat pelbagai jenis kain mengendong bayi dan yang saya jahitkan ini menggunkan ring supaya mudah laras dan disesuaikan dengan kehendak sendiri. Mengendong lebih memudahkan pergerakan berbanding dengan mendukung kerana dengan mendukung menyebakan pergerakan yang agak terbatas.
Sambil membuat kerja sambil mengendong anak memang selalu dilakukan kerana tidak rela melihat anak menangis di samping membiar anak begitu sahaja tanpa perhatian. Hubungan anak dengan ibu pun semakin rapat apabila selalu membawanya bersama. Penyelesaiannya adalah dengan mengendongnya ke mana sahaja sepertimana orang tua-tua kita dahulu. Oleh itu pilihan yang terbaik adalah menggunakan kain pengendong yang sesuai dan boleh laras supaya tidak mudah lenguh dan selesa kepada ibu dan anak. Apabila anak duduk diam dan nyenyak tidur, ibu pun boleh membuat pelbagai kerja.
No comments:
Post a Comment