Tuesday, 1 July 2014

Lycra Corak Terkini Untuk Tudung


Kelmarin saya ke Jakel KL. Tujuan asal untuk membeli beberapa jenis fabrik chiffon untuk tudung tempahan pelanggan. Di samping itu juga untuk ke kedai alat-alat jahitan untuk membeli benang polyester untuk jahit tepi halus. Saya juga ingin mencari kain corduroy terutamanya kaler hitam yang sudah lama kehabisan stok. Sudah beberapa kali pergi ke Jakel dan kedai fabrik yang lain tetapi tidak ada kain corduroy hitam. Mungkin kali ini bernasib baik.

Sampai di Jakel saya mencari kain chiffon kaler biru muda, pink muda, merah cili dan juga pink masam. Semua kaler yang dicari ada kecuali merah cili. Saya juga bernasib baik kain corduroy hitam ada stok kali ini. Cadangan asal untuk membeli dalam 3 meter sahaja tetapi apabila melihat di Jakel sendiri tidak banyak stok, saya borong semua sekali. Semuanya 8 meter. Banyak permintaan untuk tukar awning kain corduroy ini terutamanya untuk kaler hitam ini.

Niat asal memang tidak mahu membeli kain lycra kerana sebelum ini sudah banyak yang dibeli dan ada yang belum dijahit menjadi tudung. Apabila melihat banyak corak terbaru terutamanya corak paisley terus jadi rambang mata. Akhirnya membeli juga untuk dibuat tudung dan akan dijual, InshaAllah. Nanti saya akan update melalui blog ini.

Kain lycra ini sesuai sekali untuk dibuat tudung instant atau tudung syria. Saya bercadang untuk membuat tudung twist berdagu sahaja.

Di bawah ini adalah corak yang saya pilih. Kebanyakannya adalah corak paisley. Kembali ke blog ini untuk melihat hasil tudungnya nanti. Bolehlah beli kalau berminat.



















InshaAllah saya akan cuba siapkan tudung lycra ini dalam minggu ini atau selewat-lewatnya dalam minggu depan. Ramai pula yang datang ke rumah akhir-akhir ini. Baru sahaja tunjuk kain sudah ada yang booking.

No comments:

Post a Comment