Tudung syria memang simple dan ringkas. Tidak ada awning, mudah digayakan. Boleh juga dipanggil tudung express atau tudung segera. tetap mempunyai peminatnya. Oleh sebab itu ramai yang menggemarinya. Walaupun simple tetapi tetap bergaya apabila memakainya.
Warna plain selalunya menjadi pilihan. Tudung ini paling mudah untuk dijahit. Lihat sendiri tutorial menjahit tudung syria yang telah saya postkan dalam entri yang lepas. Potong kain ikut pola. Kemudian jahit untuk cantumkan tudung tersebut. Kemaskan hujung kain dengan jahitan coverstitch atau jahit tepi halus. Sesiapa sahaja yang mempunya asas menjahit tentu boleh menjahitnya. Sangat mudah.
Walaupun pelbagai fesyen tudung muncul dengan rekabentuk terbaru, tudung syria tidak pernah dilupakan.
Selesa dipakai dan sesuai dengan kebanyakan bentuk muka. Menjaganya pun tidak susah. Nak lipat pun senang sebab tidak ada awning. Boleh dimasukkan dicelah -celah beg kalau nak berjalan jauh atau balik kampung. Cara memakainya pun mudah. Sarung sahaja di kepala. Boleh dipakai dengan inner atau tanpa inner.
Kepada suri rumah yang sepanjang masa berada rumah amat sesuai sekali memakai tudung syria ini. Boleh pakai semasa hendak menyidai kain di ampaian atau semasa nak keluar beli ikan di depan rumah atau semasa nak keluar beli barang di kedai. Semua nak cepat mesti pakai tudung yang mudah.
Kepada yang bekerja pula tudung syria juga tidak ketinggalan dari segi fesyen. Boleh dipakai dengan kerongsang atau gunakan pin sahaja pun nampak kemas. Tidak perlu lagi nak cerita panjang, cubalah sendiri pakai tudung syria. Lihat muka di cermin. Muka yang nampak tembam tadi sudah kelihatan seperti bujur sirih. Tentu ramai yang tergoda.
No comments:
Post a Comment