Thursday, 27 March 2014

Tempahan Fesyen Peplum Terkini

Peplum fesyen terkini dengan butang berbalut di belakang


 Lagi fesyen peplum terkini

Alhamdulillah, akhirnya dapat kembali semula ke Bangi. Tidak banyak hendak dicoretkan sepanjang bercuti di kampung. Cuaca panas dan kering di kampung. Sepanjang hari dihabiskan dengan beristirehat sahaja sambil melihat anak-anak bermain layang-layang di dalam bendang yang kering kontang. Hanya hari ketiga anak-anak mengajak pergi ke Pasar Chowrasta  di Pulau Pinang mencari novel-novel terpakai. Perjalanan ke Pulau Pinang melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang pergi dan balik. Pergi waktu petang dan balik pada waktu malam. Ingin merasai pengalaman baru melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang pada waktu siang dan malam. Tol masih lagi percuma.

Pada paginya pergi ke Sungai Petani untuk mencari kain-kain untuk membuat tudung. Kain yang dicari adalah yang tidak ada stok di sini terutamanya kain chiffon putih yang sudah habis stok di Jakel KL dan juga kain lycra sherwood green yang juga tiada stok di Jakel KL. Ada beberapa tempahan dari pelanggan yang terpaksa ditangguhkan kerana tiada stok kain tersebut.

Sampai di rumah, tidak boleh berehat  panjang. Ada sahaja pelanggan yang menghantar message ingin berjumpa. Gambar baju di atas di atas adalah tempahan dari pelanggan dengan fesyen peplum terkini untuk menghadiri majlis kahwin.

Itu sahaja untuk entri kali ini. Mood bercuti masih terasa kerana anak-anak masih bercuti. Selepas ini tidak lagi boleh berehat panjang kerana tempahan hari raya sudah mula diterima.

No comments:

Post a Comment