Selain daripada tudung ada juga yang minta jahitkan anak tudung atau inner. Itulah yang saya siapkan untuk tempahan kali ini. Tempahan untuk inner sahaja tanpa tudung. Pelanggan bawa sekali dengan sampel. Nak sama sebiji macam sampel.
Inner tudung atau anak tudung memang kadang-kadang susah nak dicari. Saya sendiri pernah menghadapi masalah untuk mencari inner atau anak tudung ini . Berpusing-pusing di pelbagai kedai, singgah di pasar malam hanya untuk mencari inner. Susah betul nak dapat. Masa itu belum lagi menjahit tudung sendiri. Bila dah jumpa tak sesuai pula. Kadang-kadang saiz kecil. Bila pakai rasa panas. Terasa tekanan pada teliga. Rasa sempit dekat leher. Rasa rimaslah dan macam-macam lagi. Semuanya tak kena.
Jadi tidak hairanlah bisnes jual inner tudung boleh mendapat sambutan yang baik. Ada beberapa tempahan yang saya terima khas untuk tempahan inner tudung sahaja.
Cubalah jual inner tudung ini. Pasti ada sambutan. Tak cuba mana tahu. Try dulu bawa 10 helai kat pejabat. Tentu kita akan tersenyum puas bila pulang kerja. Suami pun hairan kenapa tiba-tiba hari ini nak belanja makan. Semuanya hasil untung dari jual inner tudung.
Terdapat berbagai jenis inner dengan pelbagai nama seperti inner neck, inner magic, inner ninja, inner berawning, inner silang, inner ajaib, inner net, inner berdagu dan lain-lain. Tak tahulah siapa yang bagi nama magic dan ajaib ini. Asal ada produk sahaja. Mesti nak letak nama magic, ajaib dan macam-macam lagi. Strategi berniaga begitulah.
Tempatan dari pelanggan saya adalah untuk inner biasa sahaja dengan soft awning. Material dari kain lycra berwarna hitam. Sesuai dengan pelbagai bentuk muka dan boleh digaya dengan pelbagai jenis tudung dan shawl.
Dahulu saya panggil 'anak tudung' sahaja. Kadang-kadang sebut 'anak' sahaja bila bercakap tentang tudung. Sekarang bila dah mengambil tempahan menjahit mesti kena sebut inner barulah standard.
Inner tudung kebiasaannya dipakai bersama tudung atau shawl. Inner diletak di bawah tudung dan saiznya lebih pendek berbanding tudung atau shawl. Malahan sekarang inner juga boleh didapati dengan pelbagai kaler supaya lebih sesuai dengan warna tudung atau shawl. Warna plain sentiasa menjadi pilihan berbanding dengan yang bercorak.
Keselesaan amat penting apabila memilih inner tudung. Kain jenis cotton, campuran cotton atau lycra sentiasa menjadi pilihan kerana mudah menyerap peluh dan terasa sejuk.
Beberapa sebab kenapa inner dipakai bersama tudung atau shawl. Antaranya bertujuan:
- menutup leher dan sebahagian dada.
- supaya tudung dan shawl dapat diletakkan dengan baik dan untuk mengelak dari terlucut.
- menjadi asas untuk menggayakan tudung atau shawl.
- untuk mengelak rambut dari terurai dan dapat memperkemas kedudukan rambut.
- menjadi alas untuk tudung atau shawl yang jarang dan nipis.
- menguatkan ikatan serta dapat mengukuhkan perhiasan di kepala.
- menjamin keselesaaan serta dapat menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala apabila memakai inner dengan material yang sesuai iaitu kain mestilah dari jenis yang mudah menyerap peluh dan juga angin boleh masuk sehingga terasa di kulit kepala.
- tiada tekanan pada telinga sehingga boleh menyebab telinga merasa sakit. Inner yang dipilih boleh menjamin kselesaan pemakai.
- boleh memakai shawl yang jarang kerana ada satu lapisan lagi iaitu anak tudung di dalam.
- melekat cantik kat muka. Kalau yang ada awning akan terletak cantik pada dahi. Tak payah selalu-selalu nak adjust tudung atau shawl.
- Jika tudung atau shawl yang longgar boleh menyebabkan boleh terjatuh atas bahu. kadang-kadang nak elak tudung atau shawl jatuh terpaksa pakai kerongsang, penyepit, jarum peniti dan lain-lain. Jika pakai inner kan lebih mudah.
- Bila pakai inner nampak lebih yakin bila bersama kawan-kawan. Kalau tidak asyik nak tengok cermin sahaja. Daripada dalam rumah, luar rumah kat cermin motosikal, dalam kereta sehinggalah di pejabat. Sampai pejabat pergi tandas dahulu untuk tengok cermin. Dalam beg tangan pun ada cermin untuk adjust tudung atau shawl. Sentiasa rasa tidak puas.
- Dengan inner pemakai boleh merasa kemas dan selesa.
- Dengan inner tudung dan shawl boleh digaya dengan pelbagai cara.
- Boleh merubah bentuk muka. Setiap wanita mempunyai bentuk muka yang berlainan. Ada bentuk oval, petak, empat segi, panjang, bulat, segitiga, seperti bentuk cawan dan sebagainya. Dengan memakai inner tudung, muka boleh kelihatan cantik dan menawan. Muka yang bulat atau petak boleh berubah menjadi bujur.
Rupa-rupanya ada banyak sebab kenapa memakai inner tudung. Patutlah ramai yang cari.
boleh review inner tudung dari Just You? hehe
ReplyDelete