Thursday, 7 November 2013

Tempahan Menjahit Secara Online



Saya banyak menerima tempahan dan pertanyaan untuk menjahit tudung, shawl, baju, tukar awning tudung dan lain-lain dari pelanggan yang jauh dari Bangi. Pelanggan saya sekarang bukan lagi dari Bangi, Kajang, KL, Putrajaya dan kawasan sekitar tetapi juga ada dari Perak, Kedah, Kelantan, Johor dan lain-lain. Saya memang menerima tempahan dari kawasan yang perlu menghantarnya  menggunakan kurier/pos. Kos pos mesti ditanggung oleh pelanggan.

Kain/fabrik atau baju contoh hendaklah dikirim kepada saya dan dinasihatkan supaya mengguna pos/kurier berdaftar atau pos laju untuk memudahkan tracking dilakukan jika kiriman tidak sampai. Saya tidak bertanggungjawab jika terdapat kehilangan semasa kiriman dibuat. Pastikan alamat ditulis dengan betul.

Saya memerlukan sedikit masa untuk menyiapkan sesuatu tempahan. InsyaAllah tidak terlalu lama.


No comments:

Post a Comment