Nash Fesyen
Tempahan menjahit pakaian wanita, tudung, kelas menjahit. Tempahan baju kurung, jahit pukal shawl, peplum, blouse, shawl, selendang, telekung lycra, jahit shawl, jahit shawl instant, tudung syria, tudung labuh, tudung lycra,tudung chiffon, tukar awning tudung, belajar menjahit. Lokasi di Bandar Baru Bangi, Selangor. Selendang, shawl. Mencerita kehidupan seharian tukang jahit. SMS/WHATSAPP: 017-4315193
Monday, 31 December 2018
Thursday, 1 February 2018
Tudung Ala-Ala Bokitta Berawning
Inilah hasil jahitan permintaan dari pelanggan. Hasil jahitan ini baru sample sebelum buat keputusan nak jahit pukal. Rupa-rupanya terdapat banyak permintaan untuk tudung ala-ala bokitta ini. Kali ini dengan tudung ala-ala bokitta berawning.
Rumit juga sebelum dapat idea untuk tambah awning. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya menjadi juga. Tudung asal sebenarnya tudung dan inner berasingan. Tiada awning tetapi apabila ada permintaan untuk gabung tudung dan awning, puas juga memikirnya untuk gabungkan sekali.
Material yang digunakan adalah chiffon bercorak termasuk awning. Untuk berawning ini memang senang nak pakai. Sekali sarung sahaja dah menjadi. Corak pun nampak cantik.
Kalau siapa yang datang ke Bandar Baru Bangi boleh beli kain di Jakel atau Gio Fabric. Untuk pengetahuan semua Jakel dah buka kat Bangi. Senang la lepas ini nak cari kain. Selepas dah dapat kain tudung boleh lajak terus ke kedai jahit Nash Fesyen untuk buat tempahan. Waze sahaja pasti sampai atau whatsapp 017-4315193.
Wednesday, 24 January 2018
Tempahan Baju Fesyen Wanita
Tempahan untuk menjahit baju memang laku sepanjang masa. Tidak kira hari biasa dan meningkat dengan mendadak apabila menghampiri bulan puasa. Kebanyakan lebih selesa membuat tempahan daripada membeli di kedai kerana saiz badan berbeza-berbeza berbanding dengan saiz baju yang sedia terjual di pasaran. Tambahan pula ramai yang ingin berfesyen mengikut bentuk badan.
Hasilnya adalah fesyen seperti di atas. Walaupun hari raya lambat lagi tapi sudah ramai yang mula merancang untuk membuat tempahan awal.
Insya Allah untuk musim raya tahun ini saya akan menerima lebih banyak tempahan baju raya. Perancangan awal sudah dibuat. Tukang jahit pun sudah pun ready untuk menjahit siang dan malam. Walau bagaimanapun tetap terhad kerana perlu mengikut deadline tarikh hari raya. Sekurang-kurangnya dua minggu sebelum hari raya mesti disiapkan.
Untuk tempahan baju wanita boleh whatsapp 017-4315193 atau datang ke kedai di Jalan Reko Sentral 2, Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor.
Sunday, 14 January 2018
Tudung Anak-Anak Pra Sekolah
Kalau dahulu kita hanya mengenali TADIKA, TASKI dan PASTI yang menyediakan pendidikan pra-sekolah. Kini terdapat pelbagai Pusat pendidikanyang menyediakan pendidikan pra sekolah samada diasaskan oleh orang perseorangan atau kumpulan tertentu.
Taman atau pusat pendidikan pra sekolah ini tentunya memerlukan identitinya sendiri. Pakaian seragam yang dipakai oleh kanak-kanak boleh menjadi identiti kepada pusat didikan tersebut.
Oleh sebab itu pakaian yang dipakai termasuk tudung untuk kanak-kanak perempuan antara yang yang perlu dalam menyediakan pakaian seragam anak-anak. Alhamdulillah perkhidmatan saya diperlukan dalam penyediaan tudung anak-anak untuk salah satu dari taman pendidikan pra-sekolah.
Tempahan tudung di atas adalah antara yang saya jahitkan untuk anak-anak pra-sekolah.
Saturday, 25 November 2017
Tempahan Tudung Doktor
Memakai tudung tanpa mengganggu tugas yang dilakukan adalah idaman setiap muslimah tidak kira apa-apa profesion dan jesnis tugas sekali pun. Kebiasaanya tugas doktor memerlukan stetoschope untuk memeriksa pesakit. Dengan menyelak tudung untuk memasangnya pada telinga akan menyebabkan tudung menjadi tidak kemas dan kadang-kadang merimaskan jika perlu dilakukan berulang kali. Oleh yang demikian tudung yang sesuai sebagai seorang doktor yang sering menggunakan stetoschope perlu mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk memudahkan tugas yang dilakukan.
Tudung yang saya tunjukkan di sini adalah contoh tudung yang sering ditempah oleh doktor untuk dipakai semasa bekerja. Pada bahagian awning ada bahagian tertentu tidak dijahit supaya memudahkan stetsoschope untuk dimasukkan pada telinga. Sesuai untuk dipakai semasa bekerja kerana nampak bergaya dan mudah untuk dipakai kerana mempunyai awning. Awning adalah jenis soft awning dengan kain scuba yang mudah dibentuk dan nampak kemas.
Sebenarnya tudung yang saya tunjukkan adalah shawl butterfly yang menjadi trend fesyen yang sentiasa mendapat sambutan. Kain untuk body adalah kain lycra. Sebenarnya apa-apa jenis kain juga sesuai seperti moss crepe, chiffon dan lain-lain.
Untuk tempahan boleh whatsapp 017-4315193.
Wednesday, 23 August 2017
Tudung Merdeka
Tarikh hari merdeka semakin hampir. Di sana-sini bermacam-macam program diadakan untuk menyambut hari merdeka. Peringkat sekolah biasanya paling meriah kerana melibatkan anak-anak . Antaranya adalah pertandingan pakaian merdeka.
Tidak lengkap jika hanya baju sahaja mengikut tema merdeka. Tudung juga perlu mengikut tema yang sama. Untuk mencari tudung mengikut tema merdeka memang susah kerana tiak banyak butik atau kedai pakaian yang menjualnya. Oleh itu tempahan adalah pilihan yang terbaik.
Tempahan tudung merdeka di atas adalah jenis tudung instant dua muka menggunaka warna-warna jalur gemilang. Kainnya pula adalah jenis heavy chiffon berkualiti tinggi. Merah putih, biru kuning adalah warna tema yang digunakan untuk tema hari merdeka. Jika dipakai bersama-sama baju tentunya nampak unik dan ada kelainannya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA
NEGARAKU SEHATI SEJIWA
Friday, 18 August 2017
Baju Merdeka
Bagi kebanyakan orang, bulan kemerdekaan adalah bulan yang biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Ramai tahu bahawa pada 31 Ogos adalah hari merdeka dan bulan Ogos adalah bulan untuk meraikan hari kemerdekaan tersebut. Bagi kebanyakan organisasi dan agensi kerajaan dan juga sekolah, banyak program diatur untuk meraikan hari kemerdekaan tersebut. Antaranya adalah seperti program kibarkan jalur gemilang, nyanyian lagu, bacaan puisi dan juga mengadakan pertandingan-pertandingan tertentu sempena hari kemerdekaan.
Bagi ibu bapa tiada yang istimewa kecuali mereka seorang guru atau staf kepada organisasi dan agensi kerajaan. Kesedaran bulan kemerdekaan hanya terasa apabila anak-anak yang pulang dari sekolah bertanya untuk membeli bendera Malaysia dan keterujaan anak-anak untuk memakai baju dengan tema kemerdekaan. Tentu ada sesuatu yang menarik jika anak-anak bersemangat untuk merayakan hari kemerdekaan. Oleh itu permintaan anak-anak untuk sambutan ini perlu dilayan. Baju atau shawl bercorak bendera Malaysia selalunya menjadi pilihan.
Kemeriahan sesuatu sambutan itu bergantung kepada kreativiti guru-guru di sekolah yang hendakkan program tersebut berjalan lancar dan disambut dengan penuh semangat oleh murid-murid. Ibu bapa pun akan turut terasa kemeriahan ini apabila anak-anak mula bercerita dan dikongsi pula dengan gambar-gambar menarik penuh warna-warni keceriaan.
Berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, tahun ini ibu bapa tidak sabar lagi untuk menunggu hari merdeka pada 31 Ogos ini. Bukan sangat disebabkan untuk menyambut hari kemerdekaan tetapi untuk merdeka dari tidak bekerja. Begitu juga dengan anak-anak untuk merdeka dari perlu ke sekolah. Ini kerana dapat bercuti panjang. Cuti merdeka kali ini bersambung pula dengan cuti Hari Raya Aidiladaha dan cuti sekolah pula seminggu. Cuti yang panjang ini boleh diguna untuk balik kampung dan berjalan-jalan. Marilah sama-sama kita menyambut Hari Merdeka.
Negaraku Sehati Sejiwa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Post Utama
Post Paling Popular
-
Saya akan bercuti di kampung sehingga hari Rabu, 26 Mac 2014. Segala panggilan/sms/whatsapp/pm dan sebarang pertanyaan masih akan dijawab se...
-
Printed Chiffon Terdapat pelbagai jenis fabrik di pasaran. Kadang-kadang sukar juga untuk membuat keputusan apakah fabrik yang sesuai...
-
Memenatkan tetapi menyeronokkan. Itulah yang saya boleh katakan selepas sesuatu aktiviti menjahit atau mengajar selesai. Terasa kepuasan bia...
-
Apabila kita membeli sesuatu pakaian seperti baju, seluar dan lain-lain yang berjenama biasanya kita akan mendapati terdapat label pada paka...
-
Kadang-kadang menjadi dilema tukang jahit menerima tempahan menjahit . Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum memotong kain, menjahit,...
-
kebaya kebarung Saya jarang menerima tempahan menjahit baju kebaya dan juga kebarung sejak berpindah ke Bangi ini. Tidak banyak...
-
Tudung bawal Tudung bawal memang terkenal sejak dahulu lagi dan mengalami beberapa transformasi seiring dengan perubahan fesyen tudung...