Thursday 1 February 2018

Tudung Ala-Ala Bokitta Berawning



Inilah hasil jahitan permintaan dari pelanggan. Hasil jahitan ini baru sample sebelum buat keputusan nak jahit pukal. Rupa-rupanya terdapat banyak permintaan untuk tudung ala-ala bokitta ini. Kali ini dengan tudung ala-ala bokitta berawning. 

Rumit juga sebelum dapat idea untuk tambah awning. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya menjadi juga. Tudung asal sebenarnya tudung dan inner berasingan. Tiada awning tetapi apabila ada permintaan untuk gabung tudung dan awning, puas juga memikirnya untuk gabungkan sekali.

Material yang digunakan adalah chiffon bercorak termasuk awning. Untuk berawning ini memang senang nak pakai. Sekali sarung sahaja dah menjadi. Corak pun nampak cantik. 

Kalau siapa yang datang ke Bandar Baru Bangi boleh beli kain di Jakel atau Gio Fabric. Untuk pengetahuan semua Jakel dah buka kat Bangi. Senang la lepas ini nak cari kain. Selepas dah dapat kain tudung boleh lajak terus ke kedai jahit Nash Fesyen untuk buat tempahan. Waze sahaja pasti sampai atau whatsapp 017-4315193.

Wednesday 24 January 2018

Tempahan Baju Fesyen Wanita





Tempahan untuk menjahit baju memang laku sepanjang masa. Tidak kira hari biasa dan meningkat dengan mendadak apabila menghampiri bulan puasa. Kebanyakan lebih selesa membuat tempahan daripada membeli di kedai kerana saiz badan berbeza-berbeza berbanding dengan saiz baju yang sedia terjual di pasaran. Tambahan pula ramai yang ingin berfesyen mengikut bentuk badan. 

Hasilnya adalah fesyen seperti di atas. Walaupun hari raya lambat lagi tapi sudah ramai yang mula merancang untuk membuat tempahan awal. 

Insya Allah untuk musim raya tahun ini saya akan menerima lebih banyak tempahan baju raya. Perancangan awal sudah dibuat. Tukang jahit pun sudah pun ready untuk menjahit siang dan malam. Walau bagaimanapun tetap terhad kerana perlu mengikut deadline tarikh hari raya. Sekurang-kurangnya dua minggu sebelum hari raya mesti disiapkan. 

Untuk tempahan baju wanita boleh whatsapp 017-4315193 atau datang ke kedai di Jalan Reko Sentral 2, Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor.

Sunday 14 January 2018

Tudung Anak-Anak Pra Sekolah



Kalau dahulu kita hanya mengenali TADIKA, TASKI dan PASTI yang menyediakan pendidikan pra-sekolah. Kini terdapat pelbagai Pusat pendidikanyang menyediakan pendidikan pra sekolah samada diasaskan oleh orang perseorangan atau kumpulan tertentu.

Taman atau pusat pendidikan pra sekolah ini tentunya memerlukan identitinya sendiri. Pakaian seragam yang dipakai oleh kanak-kanak boleh menjadi identiti kepada pusat didikan tersebut. 

Oleh sebab itu pakaian yang dipakai termasuk tudung untuk kanak-kanak perempuan antara yang yang perlu dalam menyediakan pakaian seragam anak-anak. Alhamdulillah perkhidmatan saya diperlukan dalam penyediaan tudung anak-anak untuk salah satu dari taman pendidikan pra-sekolah.

Tempahan tudung di atas adalah antara yang saya jahitkan untuk anak-anak pra-sekolah. 

Saturday 25 November 2017

Tempahan Tudung Doktor




Memakai tudung tanpa mengganggu tugas yang dilakukan adalah idaman setiap muslimah tidak kira apa-apa profesion dan jesnis tugas sekali pun. Kebiasaanya tugas doktor memerlukan stetoschope untuk memeriksa pesakit. Dengan menyelak tudung untuk memasangnya pada telinga akan menyebabkan tudung menjadi tidak kemas dan kadang-kadang merimaskan jika perlu dilakukan berulang kali. Oleh yang demikian tudung yang sesuai sebagai seorang doktor yang sering menggunakan stetoschope perlu mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk memudahkan tugas yang dilakukan.

Tudung yang saya tunjukkan di sini adalah contoh tudung yang sering ditempah oleh doktor untuk dipakai semasa bekerja. Pada bahagian awning ada bahagian tertentu tidak dijahit supaya memudahkan stetsoschope untuk dimasukkan pada telinga. Sesuai untuk dipakai semasa bekerja kerana nampak bergaya dan mudah untuk dipakai kerana mempunyai awning. Awning adalah jenis soft awning dengan kain scuba yang mudah dibentuk dan nampak kemas. 

Sebenarnya tudung yang saya tunjukkan adalah shawl butterfly yang menjadi trend fesyen yang sentiasa mendapat sambutan. Kain untuk body adalah kain lycra. Sebenarnya apa-apa jenis kain juga sesuai seperti moss crepe, chiffon dan lain-lain.

Untuk tempahan boleh whatsapp 017-4315193.

Wednesday 23 August 2017

Tudung Merdeka


Tarikh hari merdeka  semakin hampir. Di sana-sini bermacam-macam program diadakan untuk menyambut hari merdeka. Peringkat sekolah biasanya paling meriah kerana melibatkan anak-anak . Antaranya adalah pertandingan pakaian merdeka.

Tidak lengkap jika hanya baju sahaja mengikut tema merdeka. Tudung juga perlu mengikut tema yang sama. Untuk mencari tudung mengikut tema merdeka memang susah kerana tiak banyak butik atau kedai pakaian yang menjualnya. Oleh itu tempahan adalah pilihan yang terbaik.

Tempahan tudung merdeka di atas adalah jenis tudung instant dua muka menggunaka warna-warna jalur gemilang. Kainnya pula adalah jenis heavy chiffon berkualiti tinggi. Merah putih, biru kuning adalah warna tema yang digunakan untuk tema hari merdeka. Jika dipakai bersama-sama baju tentunya nampak unik dan ada kelainannya. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA

NEGARAKU SEHATI SEJIWA

Friday 18 August 2017

Baju Merdeka


Bagi kebanyakan orang, bulan kemerdekaan adalah bulan yang biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa. Ramai tahu bahawa pada 31 Ogos adalah hari merdeka dan bulan Ogos adalah bulan untuk meraikan hari kemerdekaan tersebut.  Bagi kebanyakan organisasi dan agensi kerajaan dan juga sekolah, banyak program diatur untuk meraikan hari kemerdekaan tersebut. Antaranya adalah seperti program kibarkan jalur gemilang, nyanyian lagu, bacaan puisi dan juga mengadakan pertandingan-pertandingan tertentu sempena hari kemerdekaan.

Bagi ibu bapa tiada yang istimewa kecuali mereka seorang guru atau staf kepada organisasi dan agensi kerajaan. Kesedaran bulan kemerdekaan hanya terasa apabila anak-anak yang pulang dari sekolah bertanya untuk membeli bendera Malaysia dan keterujaan anak-anak untuk memakai baju dengan tema kemerdekaan. Tentu ada sesuatu yang menarik jika anak-anak bersemangat untuk merayakan hari kemerdekaan. Oleh itu permintaan anak-anak untuk sambutan ini perlu dilayan. Baju atau shawl bercorak bendera Malaysia selalunya menjadi pilihan.

Kemeriahan sesuatu sambutan itu bergantung kepada kreativiti guru-guru di sekolah yang hendakkan program tersebut berjalan lancar dan disambut dengan penuh semangat oleh murid-murid. Ibu bapa pun akan turut terasa kemeriahan ini apabila anak-anak mula bercerita dan dikongsi pula dengan gambar-gambar menarik penuh warna-warni keceriaan.

Berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, tahun ini ibu bapa tidak sabar lagi untuk menunggu hari merdeka pada 31 Ogos ini. Bukan sangat disebabkan untuk menyambut hari kemerdekaan tetapi untuk merdeka dari tidak bekerja. Begitu juga dengan anak-anak untuk merdeka dari perlu ke sekolah. Ini kerana  dapat bercuti panjang. Cuti merdeka kali ini bersambung pula dengan cuti Hari Raya Aidiladaha dan cuti sekolah pula seminggu. Cuti yang panjang ini boleh diguna untuk balik kampung dan berjalan-jalan. Marilah sama-sama kita menyambut Hari Merdeka.

Negaraku Sehati Sejiwa

Saturday 12 August 2017

Hari Kidal Sedunia


Aku secara semulajadinya dilahirkan cenderung ke arah kidal. Dalam keluarga ku yang mempunyai sepuluh orang adik beradik, ayahku adalah kidal. Salah seorang daripada abangku juga kidal. Jadi tidak ramailah yang kidal dalam keluarga ku. Apabila berkahwin hanya seorang sahaja daripada anakku adalah kidal. Kidal menjadi minoriti dalam keluarga ayah ku dan keluarga ku sekarang.

Hari kidal sedunia disambut pada 13 Ogos setiap tahun. Aku tidak pernah pun peduli sebelum ini. Malahan tidak tahu pun tarikh tersebut. Apabila disebar melalui media sosial barulah aku tahu kewujudannya.

Cenderung Mengguna Tangan Kiri

Sewaktu kecil akau selalu dimarahi oleh kakak-kakak ku kerana menggunakan tangan kiri terutama ketika waktu makan. Nak buat macam mana, aku lebih selesa menggunakan tangan kiri. Terasa kekok ketika mengguna tangan kanan. Nak suap makanan pun susah hendak masuk ke mulut. Membuat kerja rumah seharian seperti menyapu sampah, bermain badminton dan banyak kerja lain aku cenderung mengguna tangan kiri.

Mengguna tangan kiri dianggap sesuatu yang buruk. Hanya perkara yang tidak elok sahaja dibuat dengan tangan kiri. Dalam Islam pun hendak memula sesuatu mesti bermula dengan kanan. Hendak makan, melangkah, memberi sedekah disuruh mengutamakan dengan kanan. Mungkin sebab itu aku dimarahi kerana menggunakan tangan kiri. Jadi terpaksa perlahan-lahan belajar makan dengan tangan kanan. Kadang-kadang tertukar juga. Lebih selesa mengguna tangan kiri sehingga kini. 

Apabila mula bersekolah aku menggunakan tangan kiri untuk menulis. Oleh kerana selalu dimarahi dan kadang-kadang diejek. Aku mula belajar mengguna tangan kanan sehinggalah dalam darjah tiga aku berjaya menulis dengan tangan kanan. Kini aku boleh menulis mengguna kedua-dua belah tangan. Sama cantik dan sama padan tulisannya. Walaubagaimana pun, pada masa sekarang aku lebih kerap menggunakan tangan kanan berbanding kiri. 

Minat aku terhadap jahitan juga memaksa aku belajar mengguna tangan kanan. Kebanyakan alatan menjahit terutamanya gunting direka untuk mereka yang menggunakan tangan kanan. Nak tak nak aku terpaksa belajar menggunting, memotong dan menjahit mengguna tangan kanan sehingga cekap. Sekarang aku tidak lagi menghadapi masalah untuk mengguna tangan kiri atau kanan.

Mengguna Kedua-Dua Belah Tangan

Orang yang cekap mengguna kedua-dua belah tangan dikenali sebagai ambidextrous. Rupanya ada beberapa tokoh yang hebat yang mempunyai keupayaan menggunakan kedua-dua belah tangan kiri dan kanan. Antaranya adalah Albert Einstein dan Leonarda da Vinci. Aku walaupun cenderung kidal tetapi keupayaan menggunakan tangan kanan bolehlah aku banggakan. 

Walaupun aku boleh menulis menggunakan kedua-dua belah tangan tetapi tidaklah boleh menulis serentak pada masa yang sama seperti Profesor Virus dalam filem Hindustan, Three Idiots.  

Kebolehan mengguna kedua-dua belah tangan banyak memberi kelebihan kepada aku ketika melakukan kerja setiap hari.

Antaranya ketika menggunting kain. Aku menggunakan tangan kanan untuk menggunting. Apabila letih aku boleh menukarnya mengguna tangan kiri.  Aku juga tidak perlu menggubah kedudukan ketika menggunting apabila perlu mengubah arah pemotongan. Aku hanya perlu menukar tangan kiri. Tak perlu bangun lagi  yang kadang-kadang menimbul kekaguman kepada pekerja-pekerja ku yang memerhati ketika menggunting.

Begitu juga ketika memasak. Aku boleh memasak serentak mengguna dua dapur. Ketika mengacau masakan aku boleh sahaja mengguna kedua-dua belah tangan ku untuk mengacau. Kelebihan ini memboleh aku melakukan beberapa kerja serentak dalam satu masa. 

Kebanyakan orang merasa kekok ketika memotong kuku ketika beralih tangan kiri dan kanan. Bagi aku biasa sahaja. Kebolehan ini sangat membantu aku.

Walau pun begitu terdapat juga kekurangan kepada aku. Aku selalu keliru antara kiri dan kanan. Semasa sekolah dahulu aktiviti yang paling aku benci adalah kawad kaki. Selalu sahaja kena denda. Apabila diberi arahan pusing ke kiri atau ke kanan. Selalu sahaja lambat dan tersilap. Di arah pusing ke kiri, aku pusing ke kanan. Begitu juga sebaliknya. 

Apabila berkahwin aku selalu duduk di hadapan ketika suami memandu. Kononnya boleh menjadi penunjuk arah tetapi akhirnya kena marah. Sampai sahaja di mana-mana simpang apabila hendak membelok selalu sahaja memberi arahan yang salah. Perlu belok ke kiri aku sebut belok ke kanan. Akhirnya terlepas jauh ke hadapan dan terpaksa pusing balik. Kadang-kadang hendak diam sahaja. Diam pun kena marah juga.

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Dari segi akademik pula, aku bukanlah pelajar yang cemerlang. Belajar pun cukup-cukup makan sahaja. Mungkin fikiran aku tidak sama dengan cikgu. Di sekolah jawapan cikgu sahaja yang betul. Mungkin sebab itu aku hanya bekerja sendiri sahaja. Membuka kedai jahit. Kalau aku pandai dan belajar tinggi mungkin aku sekarang sudah bekerja makan gaji. Oleh sebab itu aku perlu bersyukur dengan apa yang ada. Kelebihan yang ada boleh digunakan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018