Tuesday 15 December 2015

Balik Kampung


Saya akan bercuti mulai hari ini hingga sabtu 15.12.15. Hari ahad saya akan mula masuk ke kedai semula. Sesiapa yang ingin berjumpa minta datang pada hari ahad ini. 

Walaubagaimana pun pekerja saya masih bekerja seperti biasa. Untuk pertanyaan masih boleh telefon atau whatsapp/sms kepada saya. 

Shawl Tali


Shawlnya  biasa sahaja tetapi ditambah tali supaya boleh diikat semasa memakainya. Dengan adanya ikatan tali, shawl tidak mudah tanggal walaupun melakukan aktiviti lasak. Sesuai untuk mereka yang rimas apabila shawl asyik nak tertanggal. Dengan adanya tali shawl akan terikat kemas dan pergerakan menjadi lebih mudah di kala bersukan, bekerja secara aktif atau keadaan berangin. Cara memakainya mudah sahaja dengan mengikat tali tersebut di sebelah leher belakang. 

Konsep tali ini bukanlah baru. Tali sudah diperkenalkan pada telekung, hood dan lain-lain. Begitu juga dengan butang, cakuk,zip, pin, kerongsang dan lain-lain. Semuanya diguna untuk mengikat atau mengetatkan kain supaya tidak mudah tertanggal. Cuma sekarang setiap orang semakin kreatif untuk menggabungkannya pada tudung atau shawl dalam bentuk package. 

Semuanya menjadikan dunia fesyen dan tudung semakin bersemarak. Menggayakan fesyen baru untuk shawl dan tudung tidak lagi menjadi pelik. Ianya cepat menjadikan ikutan tambahan pula apabila digayakan oleh seorang selebriti, 

Monday 14 December 2015

Shawl Dua Muka + Pleated + Kedut Di Tepi + Hiasan Batu


Shawl dua muka ini saya gabungkan dengan jahitan pleat di atas shawl dan jahitan kedut di sebelah tepi. Saya juga jahitkan hiasan batu di sebelah sisi atas kepala dan hujung shawl. Gabungan berbagai jenis jahitan dan aksesori pada tudung dengan pelbagai idea menjadikan sesuatu tudung atau shawl itu nampak menarik dan unik. 

Penggunaan pelbagai hiasan yang dijahit pada tudung semakin menjadi trend pada masa sekarang. Setiap orang inginkan kelainan maka lahirkan pelbagai jenis hiasan pada tudung. Hiasan atau aksesori pada tudung dan shawl seperti manik, lace, sequin, reben, bunga, dokoh semakin banyak digunakan oleh penggemar tudung dan shawl. Kalau dahulu hiasan atau aksesori ini banyak didapati pada pakaian wanita. Idea yang sama sekarang dipindakan kepada tudung dan shawl. 

Shawl 2 muka berpleat dengan kedut dan hiasan batu ini saya jahitkan untuk dipakai sendiri untuk pergi makan kenduri di rumah kawan sekolah di Selayang semalam. Sambil makan kenduri boleh juga promosi jahitan shawl terbaru. Jahitan sahaja baru tetapi ideanya tetap sahaja lama. Fesyen terbaru hanyalah pengulangan idea yang lama.

Thursday 26 November 2015

Shawl Dua Muka Kedut Di Tepi



Shawl instant dua muka dengan kedutan di tepi adalah tempahan dari pelanggan untuk jualan di kedai online yang popular di internet. Shawl ini memang sesuai untuk dipakai untuk sesiapa sahaja kerana tidak singkat dan boleh diadjust menutupi dada. 

Kerancakan dalam industri tudung dan shawl sekarang memberi peluang kepada ramai wanita untuk membuat pilihan.  Memilih shawl yang simple, mudah dipakai tetapi masih tetap bergaya walaupun dengan apa-apa warna kulit dan bentuk muka sekali pun kadang-kadang memang sesuatu sukar untuk difikirkan. Mungkin shawl sebegini boleh dicuba untuk pilihan kali ini.

Tuesday 10 November 2015

Nurse Uniform


Selain tempahan menjahit baju, tudung dan shawl saya juga menerima tempahan menjahit uniform. Gambar di atas adalah tempahan uniform jururawat yang diterima. 

Saya dah buat sedikit pengubahsuaian pada kedai. Latarbelakang gambar dah jadi kaler pink. Datanglah ke kedai, nanti kita boleh sembang-sembang tentang bisnes tudung dan shawl.

Friday 30 October 2015

Tempahan Baju, Tudung & Shawl

dress-peplum

tudung berawning

tudung fesyen

Bulan ini merupakan bulan yang sibuk bagi saya. Kebanyakan masa dihabiskan di kedai jahit saya sehingga tidak sempat mengadap blog ini. Saya juga sedang mengubahsuai kedai jahit saya ini supaya boleh digunakan untuk beberapa bisnes lain yang sedang dirancang. 

Walaupun sudah lama blog ini tidak dikemaskini dengan entri terbaru, saya tidak pernah sunyi daripada menerima pertanyaan setiap hari. Itulah hebatnya kuasa Google. Saya sendiri telah membuat beberapa survey daripada pelanggan yang datang ke kedai saya dan kebanyakannya menyatakan mereka mengatahuinya daripada Google, Selain daripada itu ramai juga yang mengetahuinya daripada kawan-kawan. Dua bentuk pemasaran yang hebat ini telah banyak membantu saya. Oleh sebab itu blog ini tidak akan diabaikan. InsyaAllah akan sentiasa ada entri terbaru yang mungkin bermanfaat kepada peminat fesyen baju, tudung & shawl. Kepada yang baru menjumpai blog ini, boleh lihat post saya yang lain yang mungkin boleh memberi idea untuk menjalankan bisnes berkaitan pakaian dan tudung.

Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan tudung, baju dan shawl boleh datang ke kedai saya di alamat:

Nash Fesyen
No 3-1, Jalan Reko Sentral 2
Jalan Reko Sentral
43000 Kajang
Selangor
Kedai di sebelah M Garden Hotel & MyEG. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 017-4315193.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018