Thursday 4 September 2014

Lagi Shawl Dengan Hiasan Sequin










Dalam entri saya sudah tunjukkan contoh jahitan dengan hiasan sequin. Kali ini saya tunjukkan beberapa lagi contoh jahitan sequin seperti gambar di atas. 

Hiasan sequin ini terletak pada kedudukan di atas kepala untuk menampak kesan kilauan yang menarik. Kesan kilauan juga boleh kelihatan dengan meletakkan manik, kristal, batu swarovski dan lain-lain atau beli sahaja kain jenis glitter. Efek kilauan akan jelas kelihatan apabila shawl ini dipakai di bawah cahaya lampu terutamanya apabila menghadiri majlis-majlis atau perayaan tertentu pada waktu malam.

InshaAllah pada entri yang akan datang saya akan tunjukkan shawl sequin dalam beberapa bentuk yang lain pula.

Wednesday 3 September 2014

Tudung Syria Lipan









Tudung syria lipan dengan pelbagai warna

Apabila ada permintaan untuk menghasilkan tudung syria lipan ini, saya pun mencuba untuk membuatnya. Hasilnya seperti gambar di atas. Lipatan berlapis-lapis di sebelah belakang seperti bentuk lipan amat menjadi sekali. Untuk memakainya mestilah mengguna inner yang sesuai. Sekali pandang pun sudah tergoda.

Material yang digunakan adalah dari kain chiffon georgette dan kemasan tepi menggunakan jahit tepi halus. 

Lain kali saya tunjukkan pola yang saya gunakan pula.

Tuesday 2 September 2014

Jalan Menuju Kejayaan


Seorang anak muda bertanya dengan gurunya. “Tuan guru, bolehkah tunjukkan kepada ku di manakah jalan menuju kejayaan?

Tuan guru terdiam sejenak. Tanpa mengucap sepatah kata pun, guru tersebut menunjukkan arah sebuah jalan dengan jari telunjuknya. Anak muda tersebut tersebut segera berlari sekuat tenaga menyusuri jalan yang ditunjukkan oleh guru tadi. Seboleh-bolehnya ia tidak mahu membuang masa untuk meraih kejayaan dengan cepat. Setelah agak jauh perjalanannya tiba-tiba ia menjerit.

“Ha! Ini jalan mati."  Benar dihadapannya adalah sebuah tembok yang besar dan tinggi yang menghalang perjalannannya. Ia terdiam kebingungan .

“Mungkin salah aku sendiri tidak memahami betul-betul apa yang dimaksudkan oleh guru ku.”

Anak muda tadi kembali semula menemui gurunya untuk bertanya sekali lagi.

“Tuan guru, yang mana satukah jalan menuju kejayaan”

Sekali lagi tanpa mengucap sepatah pun, guru tersebut menunjuk ke arah yang sama. Anak muda itu kembali berjalan ke arah jalan yang ditunjuk oleh gurunya. Namun yang ditemuinya tetap sebuah tembok yang besar dan tinggi yang menghalang perjalanannya. 

Ia terdiam sejenak dan berfikir. Mungkin ini satu guruan dari guruku. Ia merasa seolah-olah dipermainkan oleh gurunya. Ia menjadi sangat kecewa dan marah sekali dan kembali menemui gurunya.

“Tuan guru, aku sudah menuruti petunjuk yang diberikan oleh mu . Tetapi aku hanya menemui sebuah tembok yang besar dan tinggi yang menghalang perjalanan ku.

“Tuan guru, katakan kepada ku di manakah sebenarnya jalan menuju kejayaan? Jangan berdiam diri begitu sahaja.

Tuan guru akhirnya bersuara.

“Di situlah jalan menuju kejayaan. Hanya beberapa langkah sahaja di sebalik tembok itu.

Siapa kata tembok adalah tujuan terakhir.


Hari ini tergerak pula untuk menulis entri berkaitan motivasi. Maklum sahajalah bekerja sendiri tiada siapa yang boleh memberi motivasi. Lainlah kalau bekerja makan gaji. Ada sahaja yang datang memberi motivasi dan dorongan. Ada kalanya ada jemputan memanggil penceramah luar, ustaz, ustazah, pakar motivasi yang datang memberi perangsang. Bersemangatlah untuk bekerja pada ketika itu. 

Bekerja sendiri perlukan dorongan dari diri sendiri untuk terus bersemangat melakukan kerja. Ada masanya mood merudum, penyakit malas datang, fikiran negatif meracuni diri dan pelbagai lagi cabaran yang menggugat displin untuk memulakan kerja. Jika tidak kuat semangat alamatnya tidak bergeraklah kerja pada hari tersebut. 

Dengan cara menulis cerita motivasi dapat juga memberi dorongan untuk diri sendiri untuk bangun dan meneruskan kerja yang sedia menimbun menanti untuk disiapkan. Saya menulis entri ini untuk diri sendiri dan mungkin juga bermanfaat untuk pembaca sekalian.

Dalam kehidupan seharian,  kita sering menghadapai pelbagai halangan yang menyebabkan kita sering kecewa kerana gagal mengatasi halangan-halangan tersebut yang sentiasa wujud di sekeliling kita. Kita ingin berniaga tetapi banyak perkara yang kita tidak tahu dan tidak yakin. Kita merasa takut mengalami kerugian, takut diperkatakan oleh kawan-kawan, merasa malu, dan pelbagai lagi perkara-perkara negatif yang datang silih berganti dalan fikiran kita,

Kadang-kadang kita sudah bermula tetapi akhirnya berhenti sekerat jalan sahaja apabila apa yang kita lakukan tidak mencapai seperti mana yang diharapkan. Kadang-kadang kita merasa amat cemburu sekali dengan kejayaan dan kelebihan yang ada pada orang lain. Orang lain boleh berjaya dalam karier mereka tetapi kita pula masih terkial-kial dan sering kecundang pada peringkat permulaan lagi. Kita mencubanya beberapa kali tetapi hasilnya tetap sama. Kita gagal dan akhirnya merasa kecewa dan berhenti sekerat jalan.

Cerita di atas mungkin boleh menjadi perangsang dan pendorong kepada kita untuk meneruskan apa yang kita sudah usahakan selama ini tetapi belum menghasilkan kejayaan. Kita mesti yakin bahawa kita telah memilih jalan yang betul. Mesti teruskan usaha untuk melangkah terus ke hadapan tanpa ragu-ragu dan mampu mengatasi apa sahaja halangan yang ada. Hanya dengan sedikit usaha sahaja lagi, kita akan mengecapi kejayaan yang kita impikan. Teruskanlah perjalanan kita.

Alhamdulillah sejak saya memulakan perkhidmatan menjahit ini, terasa semakin mudah pula usaha yang saya lakukan.  Selama ini saya terfikir siapakah yang akan menghatar tempahan kepada saya. Bagaimanakah cara untuk mengiklankan servis yang saya lakukan? Bagaimana untuk mengambil tempahan yang banyak? Bolehkah saya berjaya?

Tetapi kini semakin terasa dipermudahkan. Ada sahaja yang datang menawar diri untuk membantu saya. Daripada bantuan menjahit, menjahit manik sehinggalah  melipat baju dan shawl, menseterika dan lain-lain sudah ada yang sedia membantu. Saya juga semakin tahu selok belok tentang fesyen tudung, baju dan shawl. Sudah tahu di mana hendak membeli peralatan dan benang menjahit. Di mana hendak hendak membeli kain dan aksesori jahitan. 

Semakin mengenali ramai orang dalam bidang yang sama. Yang paling seronok sekali sudah pandai mengambil gambar, mengedit gambar dan sudah tentu yang paling menarik dapat mengenali dunia blog. Daripada zero sekarang sudah banyak yang tahu. Tembok halangan sudah semakin nipis dan sudah banyak yang saya berjaya tembusi. Jalan kejayaan sudah kelihatan hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi di hadapan.

Monday 1 September 2014

Tudung & Shawl Merah Biru Untuk Program Hari Kemerdekaan

Tudung & shawl merah biru

Tudung berawning 2 layer merah biru labuh

tudung syria 2 layer merah biru labuh

Shawl merah biru

Tudung dan shawl yang saya tunjukkan di atas adalah untuk program hari kemerdekaan yang ditempah oleh pelanggan saya seorang guru. Tudung dan shawl dengan warna merah biru dan bersaiz labuh. 

"MALAYSIA.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"

Thursday 28 August 2014

Tudung Lycra Plain




Tempahan tudung lycra di atas adalah untuk tudung lycra plain dengan warna oren dan merah dengan awningnya adalah dari jenis  hard awning, dengan pelapik dagu dan materialnya dari kain lycra sepenuhnya.

Panduan untuk menjahitnya sama seperti yang saya berikan untuk panduan menjahit tudung labuh berdagu. Hanya polanya berlainan menggunakan pola tudung lycra biasa seperti pada gambar di atas.

Berminat untuk mendapatkan pola boleh hubungi Kak Ros.

Wednesday 27 August 2014

Shawl Half Moon

Bergaya dengan shawl halfmoon

Shawl halfmoon berbentuk separuh bulatan memang mandapat sambutan ramai. Antara tempahan menjahit yang paling banyak sekali dihantar kepada saya adalah shawl halfmoon. Cara memakainya pun mudah. Senang untuk dililit. Penggemar fesyen shawl suka memilih shawl halfmoon. 

Berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi Kak Ros. 

Untuk tempahan pakai sendiri boleh request warna yang dikehendaki, Ada banyak stok kain chiffon plain di rumah Kak Ros yang boleh dijahit dengan segera. Boleh juga bawa kain sendiri terutama kain yang bercorak.

Untuk tempahan menjahit shawl secara pukal perlu bawa kain sendiri. Kak Ros akan jahitkan. 

Di mana nak beli kain? Boleh beli kat Jakel. Kalau di Bangi boleh beli kat Gio Fabrics. Kalau di Kajang boleh beli kat Kamdar.

Macam mana nak contact Kak Ros?

Ada no telefon dalam blog ini.

Untuk tempahan pattern shawl yang lain juga boleh hubungi Kak Ros.

Tuesday 26 August 2014

Shawl Jahit Kedut





Kedutan pada shawl mampu memberi kesan yang menarik pada shawl. Contohnya seperti yang saya tunjukkan pada gambar di atas. Pada entri sebelum ini saya pernah tunjukkan bagaimana membuat kedutan untuk tapak kerongsang. Cara yang sama digunakan untuk menghasilkan kedutan pada shawl seperti gambar di atas. 

Saya pun tidak boleh menulis entri yang panjang-panjang sekarang ini. Tempahan semakin menimbun mengalah musim hari raya yang lepas. Prioriti lebih kepada aktiviti menjahit dan bukan sangat kepada blog walaupun blog juga penting sebagai medium untuk memperkenalkan servis yang saya lakukan. InshaAllah jika ada masa terluang dan yang paling penting jika ada idea untuk menulis saya akan terus update blog ini. Sudah banyak entri yang saya postkan. Jika ada banyak masa rajin-rajinlah menyelak halaman demi halaman dalam blog ini untuk melihat pelbagai lagi fesyen shawl, tudung dan baju. Dalam setiap entri ada sesuatu yang boleh dipelajari. 

Jika ada kesempatan teringin sekali saya membuat beberapa lagi siri panduan menjahit tudung yang terbengkalai sekian lama. Tetapi apakan daya untuk menjawab message sms/whatsapp/facebook/email dan melayan tetamu yang datang ke rumah setiap hari sudah makan masa beberapa jam. 

Itulah normal tanda-tanda kemajuan. Jika tidak ada pertanyaan dan tidak ada sesiapa yang datang untuk membuat tempahan sudah lama saya boleh tutup mesin jahit dan blog ini juga.

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018