Sunday 1 September 2013

Cara Jual Shawl Online

Pelbagai jenis shawl

bergaya dengan shawl

Semakin ramai yang melibatkan diri dalam perniagaan online. Antara yang popular adalah menjual tudung atau shawl secara online. Salah seorang customer saya, student dari UKM memberitahu dia berjaya sehingga 80 helai shawl sebulan. Baru-baru ini saya mendapat tempahan untuk menjahit tepi shawl dari student UPM sebanyak 51 helai. Sebelum ini sahaja ramai pelanggan saya datang khas untuk jahit tepi shawl. Sememangnya pertanyaan tentang shawl memang tak pernah putus-putus.

Trend menjual shawl secara online semakin meningkat kerana mendapat permintaan yang tinggi di kalangan remaja. Mereka kelihatan segak dan bergaya apabila mengenakan shawl di kepala. Anak saya sendiri lebih suka memakai shawl daripada tudung layer. Katanya trend sekarang remaja sekarang memang suka memakai shawl. Inilah peluang untuk menjual shawl secara online.

Lihat sahaja begitu banyak keyword yang digoogle di internet mengenai shawl seperti - shawl dua warna, shawl cotton tribal, shawl dua tone, shawl chiffon, shawl yuna, shawl zara, shawl sila amzah, shawl silk, shawl untuk pengantin, shawl cotton 2 layer, shawl muslimah, shawl bawal, shawl blog, shawl online murah, shawl online shopping, shawl online blog, shawl online boutique, blog jual shawl, dan banyak lagi.

Begitu banyak search untuk pelbagai jenis shawl menunjukkan permintaan yang tinggi untuk shawl. Kita perlu ambil peluang ini untuk mulakan perniagaan shawl secara online.

BAGAIMANA NAK BERMULA?

Minat

Mesti ada minat untuk berniaga. Kalau tak berminat lupakan sahaja niat utnuk berniaga.

Ilmu

Ilmu terutama sekali ilmu komunikasi dengan pelanggan. Ilmu menggunakan internet seperti facebook, e-mail dan lain-lain yang berkaitan. Memahami etika penggunaan internet penting supaya kita tidak dianggap sebagai penjual yang tak beretika. Pengetahuan tentang trend terkini shawl juga penting supaya kita tidak dianggap ketinggalan. Perkara ini boleh dipelajari jika kita ada minat.

Produk

Produk yang saya cadangkan adalah shawl.

Kita boleh membeli secara borong dengan harga yang murah. Jika kita membeli secara borong, corak atau pattern selendang adalah mengikut pattern yang telah sedia ada dari kilang. Kita tidak ada banyak pilihan.

Satu lagi cadangan saya kita membeli kain sendiri dan menghantarnya kepada tukang jahit. Kita beli kain mengikut kehendak kita sendiri dengan corak yang kita pilih sendiri. Potong sendiri kain mengikut bentuk selendang dan hantar kepada tukang jahit untuk jahit tepi halus. Saya menyedia perkhidmatan jahit tepi halus.

Untuk peringkat permulaan kita boleh cuba dengan modal yang kecil dahulu.

Komputer/Laptop dan Sambungan Internet

Kalau nak berniaga online kenalah sediakan semua peralatan ini. Kalau tak ada macam mana nak berniaga.

Kamera
Untuk mengambil gambar shawl yang cantik perlu ada kamera. Gambar ini perlu kita upload ke internet.

Kaedah Pembayaran

Kalau nak menjual mesti ada akaun di mana pembeli perlu transfer duit ke akaun kita. Saya cadangkan kita mengguna akaun maybank2u. Ini kerana di mana-mana sahaja terdapat mesin ATM Maybank dan dapat memudah pembeli membuat pembayaran. Antara cadangan lain menggunakan akaun CIMB. Untuk pembelian dari luar negara kita boleh guna akaun Paypal.

Menghantar Pesanan

Gunakan perkhidmatan pos laju atau perkhidmatan kurier yang lain di mana kita boleh tracking pergerakan produk.


PERKARA YANG PALING PENTING ADALAH MENGIKLANKAN PRODUK KITA.

Bagaimana nak mengiklankan produk kita?

Blog

Saya mencadang kita menggunakan blog untuk mempromosi produk shawl kita. Kita ada kawalan terhadap blog kita sendiri. Kita boleh kemaskini blog kita sebanyak mana yang kita mahu. Letakkan gambar-gambar shawl yang menarik. Iklankan blog kita. Kita perlu pastikan blog kita dipaparkan pada page google. Kita perlu mempelajari teknik SEO.

Kita boleh mengguna Blogspot atau Wordpress. PERCUMA sahaja. Belajarlah untuk membina blog. Jangan risau kalau kita tak pandai pada permulaan. Apabila kita dah mula berblog kita secara secra automatik akan menguasainya.

Blog saya sendiri pun dari segi rekabentuk tidaklah begitu menarik. Saya pun masih belajar. Template yang saya guna pun saya dapatkan secara percuma dari internet. Saya pun baru bermula dalam dunia blog ini. Alhamdulillah, setakat ini setiap hari ada sahaja pertanyaan dari pelanggan.

Kalau nak lebih professional kita boleh beli hosting dan domain kita sendiri.

Facebook

Kalau selama ini kita hanya menggunakan facebook untuk berkongsi gambar dan cerita kita. Kali ini kita boleh membuat promosi untuk memperkenalkan shawl kita. Gunakan facebook secara beretika. Jangan 'tag' ikut sesuka hati. Jangan keterlaluan mempromosi produk kita.

Facebook Fan Page

Kita boleh create dan set profile fan page kita sendiri untuk mengiklan produk kita. Jemput kawan-kawan kita untuk promosi fanpage kita.

Instagram dan Twitter

Mulakan upload gambar-gambar shawl kita dan sebarkan melalui twitter.

Mengiklan di web pengiklanan.

Antaranya seperti mudah.com dan majalah.com. PERCUMA

Kedai Online

Kalau perniagaan dah maju, bolehlah kita buka kedai online kita sendiri iaitu dengan mengguna e-commerce software atau blogshop. Kita boleh mengguna open source shopping cart sepert Zen Cart, Magento, ZeusCart, PrestaShop dan lain-lain. Pembayaran pula boleh setkan dengan mengguna kad kredit.


Bagaimana?

Kalau dah bersedia bolehlah mula. Pergi beli kain, potong ikut saiz shawl dan hantar kepada saya untuk jahit tepi halus dan start buat promosi. Ingat usaha yang bersungguh-sungguh akan menghasilkan kejayaan.


BEBERAPA TIP TAMBAHAN

1. Untuk menarik perhatian pelanggan, gambar yang kita upload mestilah cantik dan menarik. Kita boleh menggaya sendiri shawl yang kita nak jual. Kalau muka kiut, comel, segak lebih mudah menarik perhatian pelanggan. Kalau malu nak letak gambar sendiri boleh guna model atau gayakan sahaja pada kepala patung.

2. Kita mesti berani menonjolkan diri kita. Meletak gambar sendiri beserta contact no. lebih meyakinkan pelanggan. Kalau kita nak menyembunyikan identiti kita dan muncul sebagai anonymous tentunya pelanggan tak yakin dan menganggap kita cuba menipu.

3. Mencari kawan atau follower seramai mungkin. Ingat pembeli yang yakin dengan kita sahaja yang akan membuat pembelian.

4. Terus belajar ilmu perniagaan internet seperti rekabentuk blog/web, ilmu-ilmu seo supaya blog kita sentiasa dipaparkan di muka pertama terutamnanya di google. Bila pengguna internet membuat search produk shawl mereka akan menjumpai blog kita.

5. Mengembali wang kepada pelanggan jika pelanggan tak berpuashati.

6. Tunjukkan cara-cara memakai shawl yang kita nak jual seperti merakam dalam bentuk video dan upload ke Youtube.

7. Mengetahui trend shawl terkini dan mengambil peluang menjualnya semasa mendapat sambutan.


Kalau tak laku macam mana?

Bawa sahaja ke tempat kerja kita dan jual secara offline.

Kalau tak laku juga?

Boleh pakai sendiri.

SELAMAT MENCUBA


Wednesday 28 August 2013

Cara Jahit Shawl Half Moon 2 Layer

Trend memakai shawl half moon atau selendang separuh bulat menjadi kegilaan anak-anak remaja sekarang. Saya sendiri banyak mendapat permintaan menjahit shawl half moon ini.  Shawl half moon ini mudah dipakai, cantik dan nampak segak dipandang dan sesuai untuk pergi ke majlis-majlis.

Ianya juga mudah dibentuk dan amat sesuai dipakai dengan baju bercorak. Bahan kain yang nipis sangat selesa dan tidak panas. Boleh juga dipakai labuh atau singkat.

Untuk panduan ini saya mengguna chiffon georgette.Kain yang diperlukan lebih kurang 1 3/4 meter dan bidang 60.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menjahit shawl half moon 2 layer.

Langkah 1: Sediakan pola dan kain.

Pola di bawah mengikut saiz yang diminta oleh pelanggan.



Langkah 2: Lipat kain menjadi 2.


Langkah 3: Lipat pola menjadi 2 letakkan di atas kain.


Langkah 4: Potong kain mengikut pola.



Langkah 5: Ulangkan untuk kain yang kedua tetapi dengan potongan kain kurang 2 inci dari kain yang pertama.



Langkah 6: Jahit kelim lebih kurang 1/4 inci untuk ke dua-dua kain.



Langkah 7: Lipat 2 kain. Tandakan dengan kapur di tengah-tengah.


Langkah 7: Cantum ke dua-dua layer. Lihat tanda kapur untuk mendapat centre kain. Lekatkan dengan mengguna jarum peniti. Kain yang kecil di atas dan yang besar di bawah. Mulakan jahitan di sepanjang kain.



Hasil kain yang telah dijahit.



Langkah 9: Kemaskan dengan jahitan tepi halus di sekeliling kain untuk kedua-dua layer.





Langkah 10: Shawl half moon sudah siap dijahit dan boleh digayakan di kepala.



SELAMAT MENCUBA

Monday 26 August 2013

Baju Kedah Moden

Baju kedah atau baju kurung kedah dipercayai berasal dari Selatan Thailand. Baju ini adalah inspirasi dari baju kurung asal yang berubah mengikut rekabentuk dan fesyen-fesyen tertentu.

Dari baju kurung yang asal terhasilnya pelbagai jenis rekabentuk baju kurung seperi baju kurung melaka, baju kurung pahang, baju kurung riau, baju kurung johor atau dikenali juga baju kurung teluk belanga, baju kurung cekak musang dan juga baju kurung kedah.

Baju kedah biasanya dipakai bersama kain batik atau kain sarung dan disifatkan sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan. Baju kedah lebih menyerupai blaus pendek dibuat singkat sampai ke paras punggung.

Di negeri Kedah baju ini suka dipakai oleh kaum wanita yang membantu keluarga atau suami di bendang.

Baju kedah juga tidak ada pesak dan mempunyai poket besar untuk mudah mengisi barang tertentu.

Baju kedah moden pula adalan inspirasi dari baju kedah tradisional di mana pada masa sekarang dipakai bersama kain lipat depan atau kain susun belakang. Baju kedah moden tidak lagi mempunyai poket dan sudah biasa dipakai ke majlis-majlis seperti majlis kenduri.

Itulah serba sedikit maklumat yang aku tahu mengikut sumber Wikipedia dan dari pemerhatian aku sendiri.

Tempahan baju kedah adalah antara yang paling aku suka kerana mudah dijahit dan cepat siap. Untuk sepasang baju kedah moden dan kain biasanya aku boleh siapkan dalam masa tidak sampai satu jam.

Gambar di bawah adalah baju kedah yang siap dijahit untuk pelanggan.


baju kedah moden

Saturday 24 August 2013

Jahit Lencana Sekolah

Selain menjahit pakaian seperti baju, langsir dan tudung, tukang jahit juga kadang-kadang menerima permintaan untuk menjahit untuk kerja-kerja sampingan lain.

Kerja-kerja sampingan inilah sebagai pendapatan tambahan kepada tukang jahit. Antaranya seperti tukar awning tudung, jahit awning tudung, jahit tepi halus, jahit tepi tudung, jahit tepi shawl, tukar zip seluar, tukar zip baju kurung, jahit sarung kusyen, repair seluar, potong kaki seluar, potong kain labuh, jahit cadar, jahit lubang butang, jahit sarung bantal, jahit lencana dan banyak lagi. 

Kerja-kerja ini walaupun nampak remeh dan kecil tetapi cukuplah untuk belanja dapur, duit saku anak sekolah dan mungkin juga untuk bayar bil-bil tertentu. Kalau kita perhatikan di kedai-kedai tertentu seperti kedai mamak, di kaunter bayaran mereka mesti ada jual rokok, top up hotlink, gula-gula dan lain-lain. Nampak seperti tak seberapa tetapi bolehlah bayar bil-bil yang kecil. Tukang jahit pun mesti pandai mencari pendapatan sampingan.

Kali ini saya nak ceritakan berkenaan jahit lencana sekolah. Jiran-jiran yang sibuk atau murid-murid sekolah sendiri memang mencari tukang jahit untuk menjahit lencana sekolah. Cara jahitnya sangat mudah.

Kalau menjahit pada tudung terus pasang benang putih dan jahit lencana pada tudung. Siap.

Kalau menjahit pada poket baju, kena buka dulu (tetas) poket. Kemudian jahit lencana pada poket dan jahit semula poket pada baju. Siap. Tak sampai pun lima 5 minit.

Gambar di bawah adalah lencana sekolah untuk Sekolah Kebangsaan Jalan 4, Bandar baru Bangi.

lencana sekolah

lencana siap dijahit pada poket







Friday 23 August 2013

Tempahan Jahit Jubah

C: Boleh jahit jubah tak?

S: Boleh.

C: Harga berapa?

S: Saya kena tengok contoh dulu. Kalau jubah fesyen saya ambil mahal sikit?

C: Saya ada contoh gambar. Boleh tengok tak?

S: Ok. Boleh whatsapp?

C: Ok.
:
:
S: Saya dah tengok gambar tu. Biasanya saya ambil RM XX.00

C: Ok. Nanti saya hantar kain. Boleh bagi alamat.

S: Ok.

* C - customer
   S - saya

Begitulah lebih kurang dialog dalam SMS. Permintaan pelanggan bermacam-macam. Kadang-kadang pening kepala juga nak buat keputusan. Nak ambil tempahan  atau tak. Setiap call atau message perlu dibalas. Pelanggan kadang-kadang search dalam google image dan hantar gambar bertanya itu dan ini. Sesetengah jubah memang tak boleh nak buat kerana dijahit dengan menggunakan mesin tertentu. Biasanya kalau tak mampu memang saya mengaku tak boleh buat.

Search sahaja dalam google akan muncul pelbagai jenis nama jubah. Taip sahaja perkataan 'jubah fesyen', 'jubah terkini' ada pelbagai jenis nama akan muncul. Kebanyakannya mengikut nama jenis kain. Antaranya seperti jubah abaya (ada beza ke abaya dengan jubah?)

Ada juga mengikut nama artis. Sekali sahaja artis tu pakai terus jubah tu dapat nama. Itulah sebenarnya promosi untuk lariskan jualan.

Ada juga yang mengikut jenama nama syarikat, nama-nama anak-anak atau nama pemakai itu sendiri, Ada yang mengikut nama negara seperti Jubah Dubai, Jubah Turki, Jubah Arab dan lain-lain.

Jubah yang saya jahit pun tak ada nama jubah. Apa yang pelanggan minta itulah yang saya jahit. Mungkin lepas ni boleh letak nama jubah Nash Fesyen. Itu pun kalau saya design sendiri.

Antara nama-nama jubah yang saya jumpa masa search kat google seperti jubah muslimah, jubah moden, jubah fesyen, jubah dubai, jubah satin,jubah abaya, jubah seluar, jubah cotton, jubah crepe, jubah souq
jubah kaftan chiffon, jubah kaftan lycra, jubah manik, jubah maxi, jubah denim, jubah princess, jubah batik, jubah maxi chiffon.

Kebanyakan mengikut jenis nama kain. Kalau lihat balik design tidak banyak berbeza pun kecuali beberapa fesyen tertentu. Inilah yang dikatakan dunia fesyen. Yang penting sekali, biar jenama apapun, design macam mana pun mestilah MENUTUP AURAT.

Beberapa contoh jubah yang saya jahit mengikut tempahan pelanggan seperti di bawah.


Beberapa contoh jubah


Thursday 22 August 2013

Pasang Awning Tudung Pada Shawl 4 Segi

Selalunya banyak permintaan daripada pelanggan untuk menukar awning tudung yang rosak atau patah. Pada kali ini ada seorang pelanggan daripada UIA meminta untuk memasang awning tudung pada shawl 4 segi. Apa yang perlu disediakan oleh pelanggan hanyalah kain shawl 4 segi. Kain untuk awning saya sendiri akan sediakan. Warna awning tudung yang dipilih perlu matching dengan warna shawl. 

Sesiapa yang ingin mejahit sendiri awning tudung pada shawl sama sahaja seperti panduan yang saya tunjukkan sebelum ini. Gambar di bawahadalah hasil daripada tudung yang siap dipasang awning.

Kain shawl 4 segi disedia oleh pelanggan

Beberapa awning shawl yang siap dijahit

Awning siap dipasang pada shawl menjadi tudung

Gambar-gambar di bawah adalah gambar untuk setiap tudung yang sudah siap.









Tudung yang diminta memang tudung labuh sesuai kepada sesiapa yang berminat.

Tuesday 20 August 2013

Panduan Tukar Sendiri Awning Tudung

Kebiasaannya tudung yang sudah lama dipakai dan tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan awning tudung patah atau rosak. Tudung yang dibeli dengan harga yang mahal dan tidak boleh dipakai tentunya merugikan. Jika kita boleh tukar awning tudung tersebut kita dapat menjimatkan duit. Saya akan tunjukkan bagaimana kita boleh menukarkan semula awning dan menjadikan tudung cantik dan segak dipakai.

Ini contoh tudung yang telah rosak awning.


Berikut adalah langkah-langkah untuk menukar awning tudung.

LANGKAH 1
Tanggalkan awning yang rosak dari tudung.


LANGKAH 2
Sediakan pola awning mengikut saiz awning yang ditukar.


LANGKAH 3
Sediaka kain untuk membuat awning. Kain sama ada jenis corduroy, Thai silk, lycra, chiffon, broked, tafetta, velvet atau lain-lain mengikut pilihan masing-masing. Potong kain mengikut bentuk pola. 


Inilah hasil kain awning yang siap dipotong.


LANGKAH 4
Sediakan bakrum 2 inci.


LANGKAH 5
Potong bakrum mengikut lebar awning dan seterika seperti gambar di bawah untuk lekatkan bakrum pada kain.


Inilah hasil daripada awning yang diseterika bersama bakrum.


LANGKAH 6
Jahit 2 garisan untuk melekatkan awning dan bakrum (Lihat gambar)



LANGKAH 7
Seterika untuk kemaskan.



LANGKAH 8
Trim kain mengikut pola.

Inilah hasil awning yang telah ditrim.


LANGKAH 9
Snap ditengah awning.

LANGKAH 10
Letak peniti untuk memudahkan jahitan awning dengan tudung.


LANGKAH 11
Jahit sekeliling awning.



LANGKAH 12
Jahit tepi halus biasa untuk kemaskan.


LANGKAH 13
Jahit tindih untuk kemasan.


LANGKAH 14
Tudung dah siap. Gayakan untuk keselesaan.


Kalau susah sangat hubungi saya. Harga boleh dirunding.

SELAMAT MENCUBA

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018