Showing posts with label tudung twist. Show all posts
Showing posts with label tudung twist. Show all posts

Thursday 13 February 2014

Tudung Labuh Untuk Pelajar Tahfiz



Hari itu saya didatangi tetamu istimewa. Ustaz datang bersama isteri untuk menempah tudung. Tudung labuh warna hitam untuk pelajar-pelajar tahfiz di sekolah kelolaan ustaz di Semenyih. 

Sehari sebelum itu ustaz dan isteri sudah pun datang tetapi saya tiada di rumah. Saya ke Kajang untuk menukar talian telefon dari Maxis ke Celcom. Talian Maxis selalu ada masalah menyebabkan saya tidak boleh menjawab message sms yang masuk dan membuat panggilan. Nasib baik melalui Whatsapp masih boleh menjawab message mengguna talian Unifi di rumah. Saya tidak boleh membalas sebarang panggilan dan message jika berada di luar rumah.

Tudung yang ditempah adalah dari kain lycra hitam yang dibawa sendiri dengan berpelapik dagu dan berawning lembut. Saya berjanji dalam tempoh sebulan cuba siapkan. Minggu tersebut juga adalah minggu yang sibuk kerana saya dalam persiapan mengangkat barang untuk berpindah ke rumah baru.

Alhamdulillah rezeki memang murah akhir-akhir ini. Banyak sekali tempahan dari jenis tudung berdagu, tudung twist dan juga tudung syria yang semuanya bersaiz labuh dari kain lycra sejak saya postkan entri yang berkaitan. Rupanya tudung begini begitu mendapat sambutan di sekitar Bandar Baru Bangi ini. 

Akhir-akhir ini memang ramai tetamu yang datang ke rumah. Dari pagi hinggalah ke malam. Semua datang untuk membuat tempahan tudung, shawl dan juga baju. Yang datang terus sahaja tanpa beritahu dahulu pun ada. Memang susah nak tolak jika tetamu datang membawa kain ke rumah.

Menjahit seharian memang terasa letih. Kadang-kadang terlelap pada mesin jahit. Kalau terasa letih dan mengantuk ingin juga baring-baring sekejap.  Maklum sahajalah akhir-akhir ini saya selalu tidur lewat kadang-kadang sampai pukul 1 pagi untuk siapkan tempahan yang urgent. Bangun pagi awal pula kerana perlu siapkan anak-anak yang nak pergi sekolah.

Baru sahaja nak terlelap, anak yang kecil sekali menjerit. "Ibu! ada orang datang rumah". Terus terjaga.

Kemudian bila nak baring semula. Baru sahaja terlelap sekejap. Telefon pula berdering "Kak Ros saya nak tanya Kak Ros, saya cuba jahit sendiri tudung tapi nampak senget. Kenapa boleh jadi macam tu. Begitu sopan sekali suara di talian. Kena layan dahulu telefon. Kalau message yang masuk bolehlah tangguh dahulu menjawab. Bila dah mula bersembang kadang-kadang terlajak sampai setengah jam. Macam-macam cerita lain keluar. Seronok bersembang dengan Kak Ros.

Kak Ros, saya ingat Kak Ros ni garang macam cerita Upin dan Ipin. Rupanya Kak Ros ni peramah.

Tempahan tudung labuh dari ustaz pun banyak helai. Dah janji dalam masa sebulan perlu disiapkan segera. 
Alhamdulillah akhirnya siap semua tudung. Terasa lega sekali apabila selesai menjahit tudung yang terakhir. Berjaya juga siap sebelum deadline. Semuanya 23 helai. 

Saya terbayang-bayang jika nanti pelajar-pelajar tahfiz memakai tudung ini. Akan nampak manis, sopan dan manja sekali. Tambahan pula dengan kemerduan suara masing-masing mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran dengan bimbingan ustaz dan ustazah yang hebat-hebat. Tentunya terpesona sekali sehingga menusuk di kalbu. Terhibur mata yang memandang dan suara yang mendengar.

Bertuahnya anak-anak pandai mengaji Al Quran dan dapat menghafalnya dengan lancar dan tertib. Sejuk perut ibu mengandung. Semoga menjadi anak yang solehah.

Ustaz adalah peserta imam muda yang popular dalam rancangan di Astro.

Sunday 2 February 2014

Tudung Twist Labuh


Sudah kali ketiga tudung twist ini ditempah oleh pelanggan saya. Seorang guru yang menyambung pelajaran di peringkat Master di UKM. Bila dah berulang tempah, kiranya dah jadi regular customer saya. 

Bagi saya sendiri, tentunya gembira sekali kerana pelanggan berpuas hati dengan sentuhan pertama saya. Dah jadi testimonial untuk perkhidmatan menjahit yang saya lakukan.

Tempahan tudung twist ini sebanyak 12 helai. Baru siap 4 helai sahaja. Tinggal lagi 8 helai  yang perlu dijahit. InsyaAllah minggu depan boleh siap semua. 

Tudung twist labuh ini amat sesuai sekali untuk pergi ke kuliah atau atau ketika mengajar. Mempunyai keistimewaan tersendiri, menambah keyakinan diri serta mampu memberi penampilan yang positif apabila menyampaikan pembentangan dan juga ketika berhadapan dengan sesiapa sahaja. Malahan boleh menambah aura serta meningkatkan karisma sebagai seorang pendidik.

Nampak kemas dan segak bila dipakai. Sesuai untuk semua majlis rasmi dan juga ketika outing bersama kawan-kawan. Materialnya dari fabrik lycra plain dan bercorak.

Kemasan di pinggiran bawah kain menggunakan jahitan coverstitch 2 jarum yang biasa digunakan untuk kemasan kain lycra. Tudung twist juga antara tudung express atau tudung segera yang menjadi pilihan mereka yang sibuk. Senang nak adjust bila dipakai. Cepat dipakai dan senang untuk digayakan. 

Kepada cikgu-cikgu yang berminat bolehlah mencuba tudung twist labuh ini.







Thursday 28 November 2013

Tudung Twist & Tudung Chiffon Untuk Pengantin

Musim cuti banyaklah majlis perkahwinan berlangsung. Hari istimewa pengantin baru perlu dihiasi dengan pelbagai perhiasan dari pelamin, kelengkapan bilik pengantin sehinggalah pakaian pengantin. Hari istimewa mestilah dirai dengan istimewa. Maklum sajalah Raja Sehari.

Ada pasangan pengantin yang menyewa pakain pengantin dengan harga yang mahal untuk menyerikan majlis perkahwinan tersebut. Kelengkapan dengan sehelai sahaja persalinan tentunya tidak mencukupi kerana gambar hari istimewa tersebut perlu diambil dan di rakam sebanyak mungkin.

Oleh sebab itu ada yang memilih untuk menempah dengan tukang jahit untuk menjahit pakain pengantin termasuklah tudung. Saya juga tidak kurang menerima tempahan termasuklah tudung.

Di bawah saya kongsikan tudung yang saya jahit khas untuk pengantin baru iaitu tudung twist 2 layer. Salah satu tudung di bawah dengan kemasan piping berwarna gold.



Di bawah pula adalah untuk pengantin yang lain pula iaitu tudung chiffon 2 layer.



SELAMAT PENGANTIN BARU

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018