Showing posts with label shawl berawning. Show all posts
Showing posts with label shawl berawning. Show all posts

Monday 21 April 2014

Jahit Awning Pada Shawl

shawl half moon tanpa awning
shawl halfmoon selepas dijahit dengan awning

shawl halfmoon berawning

shawl dengan awning

Shawl berawning menjadi pilihan kerana mudah dipakai dan senang untuk digayakan. Oleh sebab itu ada yang mengambil keputusan untuk memasang awning pada shawl. Ada yang dahulunya minat memakai shawl dan kini mengambil keputusan tidak mahu memakainya lagi kerana berkejar dengan masa setiap hari. Shawl yang dahulunya banyak dibeli kini hanya disimpan sahaja di rumah. Hendak dibuang terasa sayang kerana shawl ini sudah biasa dipakai dan coraknya yang menarik. Ada yang sudah koyak ditengahnya dan sudah tidak boleh dipakai lagi.

Untuk mengelaknya daripada dibiar begitu sahaja lebih baik dipasang awning pada shawl tersebut supaya boleh dipakai semula. Itulah pilihan yang terbaik. Tidak perlu disimpan atau dibiar begitu sahaja. Malahan dengan memasang awning pada shawl menjadikan shawl nampak menarik dan kemas. Pilihan warna pada awning disesuaikan dengan warna dan corak pada tudung. 

Kenapa tak terfikir perkara macam ini dahulu. 

Sunday 30 March 2014

Shawl Berawning






Tempahan dari pelanggan kali ini adalah tambahan awning pada shawl. Dengan shawl berawning lebih mudah untuk dipakai tanpa memerlukan inner. Shawl pun nampak cantik dan bergaya. Sesuai kepada sesiapa yang ingin memakai shawl tetapi hendakkan cara yang mudah untuk membentuknya tanpa memerlukan masa yang lama.

Dengan memilih shawl dengan warna dan coraknya sendiri, pemakai akan lebih bergaya dengan fesyen terkini, berasa yakin serta shawl yang dipilih juga mampu disesuaikan dengan baju pilihan. Oleh sebab itulah tambahan awning pada shawl sentiasa menjadi pilihan kepada peminat shawl

Post Utama

Kedai Online Nash Fesyen

Post Paling Popular

HAKCIPTA TERPELIHARA NASH FESYEN 2018